BTC USD 102,502 Gold USD 2,705.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Buru 10 Lelaki Bergaduh Di Kedai Makan Taman Rhu

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
64,480
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
64,480
Reaction score
7,074
Points
916
Awards
1
20.11.2024 - Polis memburu 10 lelaki yang terbabit dalam insiden pergaduhan di sebuah kedai makan di Taman Rhu, di sini, 10 November lalu. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima laporan daripada pemilik premis terbabit pada 3.52 petang.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan berpunca apabila salah seorang daripada pelanggan tiba-tiba bangun dari tempat duduknya dan pergi ke meja pelanggan lain. Suspek bertindak menampar salah seorang lelaki di meja itu dan berlaku pergelutan, selain mereka menterbalikkan meja,” katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Azaharudin berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 160/427 Kanun Keseksaan (KK). Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau mana-mana balai polis berhampiran. Terdahulu, tular di aplikasi Telegram video kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan pergaduhan di sebuah kedai makan sekitar daerah ini. Video berdurasi tiga minit 10 saat itu mendapat pelbagai reaksi dari warga maya.
1732102286669.png
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register