BTC USD 56,916.4 Gold USD 1,771.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis buka kertas siasatan LHDN guna dokumen palsu terhadap Najib

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,196
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,196
Reaction score
15,427
Points
1,906

Kontrak CEO LHDN ditamatkan​


October 18, 2021 7:27 PM

Sabin-SamitahLHDN-Bernama.jpg


Kerajaan telah bersetuju memendekkan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif LHDN Sabin Samitah berkuatkuasa esok. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kontrak Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Sabin Samitah ditamatkan berkuasa kuasa esok.
LHDN dalam kenyataan ringkas yang dimuatnaik di laman sesawangnya memaklumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memendekkan kontrak perkhidmatan Sabin.

Sehubungan itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) LHDN, Mohd Nizom Sairi, dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif LHDN yang baharu berkuat kuasa 19 Okt menggantikan Sabin.

LHDN turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sabin atas sumbangan bakti selama beliau berkhidmat di agensi itu.



 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,196
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,196
Reaction score
15,427
Points
1,906
Pe maksud ttkm Tu

tn GamezStar, ni berita dari malaysiadateline


October 18, 2021
9:46 PM


Mahfuz-e1627577250656.png

CEO LHDN ditamatkan kontrak: Apakah Najib bakal terlepas bayar cukai RM1.7 bilion?​

October 16, 2021


Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar tidak menolak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bakal terlepas daripada membayar cukai RM1.7 bilion kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ini kerana katanya, kontrak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN Datuk Sabin Samitah yang kini sedang mempertahankan kes tuntutan cukai itu akan berakhir esok.

“Saya sangat terkejut kontrak beliau ditamatkan padahal Disember 2020 Menteri Kewangan Tengku Zafrul telah menyambung kontrak beliau selama dua tahun dan berakhir pada Disember 2022.



“Esok lembaga pengarah LHDN akan membuat pengumuman berkenaan perkara tersebut,” kata beliau.

Daripada sumber dalaman LHDN, menurut Mahfuz Sabin adalah seorang yang jujur dalam mempertahan kes tuntutan mendapatkan semula RM1.7 bilion yang dilarikan oleh Ahli Parlimen Pekan itu.

“Melalui sumber dalaman, beliau sangat tegas untuk tidak bertolak ansur dalam kes Najib.

“Kalau ini perkara benar seperti yang diperkatakan sumber, ini satu amat malang kepada kita kerana kita akan kehilangan CEO yang boleh mendapat kembali hasil negara melalui cukai yang dilarikan oleh seorang bekas perdana menteri,” katanya.

Beliau bimbang, apabila CEO yang baru dilantik nanti dan membuat keputusan sebaliknya sudah tentu berkemungkinan Najib terlepas daripada membayar kepada LHDN.

Katanya negara akan hilang hasil negara yang boleh dimanfaatkan kepada rakyat negara ini.

Justeru Mahfuz meminta menteri kewangan jelaskan kenapa CEO ini ditamatkan kontrak padahal Zafrul yang melanjutkan kontrak Sabin.

“Malang rakyat negara ini orang yang larikan cukai mungkin bakal terlepas membayar cukai, sedih apa yang berlaku, negara ini sudah kembali ke kleptokrat semula.

“Jelas kerajaan Ismail adalah legasi kepimpinan kerajaan gagal Mahiaddin.

“Saya harapkan CEO yang baru mampu mempertahankan keputusan dan tidak berganjak daripada untuk bersekongkol menggugurkan kes rayuan Najib,” katanya.

 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,388
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,388
Reaction score
2,965
Points
201
Kene angkat sumpah laknat dulu ni hehe
 

yussv

Active+ Member
Messages
4,197
Paid Membership
Top Poster #4
Joined
Oct 18, 2008
Messages
4,197
Reaction score
655
Points
81

Tentera Troll Kebangsaan Malaysia

· 25m ·

Tu dia! Ingatkan khabar angin je.
---------------------
"Datuk Seri Najib Razak pada 8 September lepas membuat laporan polis terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas menerima maklumat pegawai LHDN menerima tekanan dari ahli politik mahu dirinya dikenakan tindakan undang-undang termasuk penalti cukai"
Baca laporan penuh: https://ttkm.com.my/2021/10/18/kontrak-ceo-lhdn-ditamatkan

Wahh..sape pulak hijack LHDN ni suruh pekena Najib? Hamzah ke? atau TSMY waktu dia berkuasa dulu?
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,388
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,388
Reaction score
2,965
Points
201
Anda seorang peniaga. Anda bayar cukai pendapatan lebih kurang RM 10 ribu setahun.

3 tahun lepas, anda ingin bertandingan dalam Dewan Peniagaan Malaysia dan memerlukan dana untuk design poster, iklankan di media sosial.

Seorang peniaga yang merupakan kawan baik kamu yang sehala dengan pemikiran anda, masukkan RM 50,000 dalam akaun anda untuk bertanding.

Anda menang dan menjadi Pengerusi Dewan Peniaga Malaysia, namun, anda hanya pakai RM 6000 sahaja. Maka kamu pun pulanglah RM 44000 kepada kawan anda.


Tahun lepas anda kalah, dan orang lain jadi Pengerusi Dewan Peniagaan.

Lepastu, LHDN keluar saman, penati anda kena bayar penalti cukai RM 45000 atas Dana kawan anda itu.

Anda marah, maka anda cabar di Mahkamah, kerana duit itu bukan pendapatan, malah yang lebih anda telah pulangkan.

Lepas tu anda mengetahui, rupa-rupanya Calon Pengerusi Dewan Peniaga yang kalah dengan anda 3 tahun lalu, bila dia menang tahun lepas, dia menyebabkan anda dituntut LHDN penalti itu.

Mungkin ada hubungan antara pegawai LHDN dan Calon Pengerusi itu.

Lepas tu, anda membuat repot polis tentang hubungan Calon Pengerusi dan pegawai LHDN.

Pegawai itu meletak jawatan, ataupun dikenali sebagai “ pemendekan kontrak jawatan “ .

Calon Pengerusi itu buat tak tahu je.

Beginilah cerita tentang Najib Razak, LHDN dan juga “ Ahli Politik Misteri “ yang kononnya mengarahkan LHDN untuk mengenakan Penalti 1.7 B terhadap Najib Razak

Salam hormat

—————————————————————-
Ulasan Apek Cina
Telegram : https://t.me/ulasanapekcina
YouTube : https://youtube.com/c/ApekCina
Facebook : https://Facebook.com/sergeant_roy
Twitter : www.twitter.com/apekcina9
Instagram : www.Instagram.com/apekcina_official
 

AdiWalter

Fun Poster
Messages
569
Joined
Jul 15, 2021
Messages
569
Reaction score
77
Points
20
sekali lagi..mane walaun PH..

mane walaun ..walaun ..mane korang woiiiiiiiiiiiii

ape teruk korang kenakan najib razak.... betul2 punddekk yang gunakan taktik NAZI ..perang propaganda jatuhkan musuh ..sampai LHDN pun digunakan era PH walaun
 
Sponsored Post
Top
Log in Register