BTC USD 28,207.5 Gold USD 1,993.51
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis buka 7 kertas siasatan hina Raja, kaum, agama

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,561
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,561
Reaction score
4,887
Points
261
Awards
1
Polis buka 7 kertas siasatan hina Raja, kaum, agama

FMT ReportersJanuary 8, 2023 2:10 PM

Kebebasan bersuara adalah ciri penting menunjangi sistem demokrasi, namun bukan bermakna bebas berbohong dan menghasut, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Tujuh kertas siasatan dibuka polis berhubung penyebaran berita palsu, menghina Raja, menyentuh sentimen kaum dan agama, sejak 1 Dis, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching.

Katanya, pihak kementerian sedang menunggu tindakan selanjutnya daripada Pejabat Peguam Negara.

“Bagi tempoh 1 Dis 2022 sehingga 6 Jan 2023, sebanyak tujuh kertas siasatan bagi hantaran media sosial yang berunsurkan 3R (raja, kaum, agama) telah dibuka dan dalam siasatan polis serta Jabatan Peguam Negara.

“Kertas siasatan dibuka polis membabitkan kesalahan dalam penulisan artikel berkaitan berita kebencian, menghina Raja-raja, perkauman dan juga sentimen agama. Ini penting kerana ia merupakan titah nasihat Yang di-Pertuan Agong dan juga Sultan-sultan di negara ini.

“Oleh itu, kita telah bekerjasama dengan polis dan peguam negara untuk memastikan sebarang kesalahan dibuat membabitkan perkara-perkara tersebut akan dikenakan tindakan tegas mengikut undang-undang,” lapor Berita Harian.

Teo berkata, kerajaan tidak berhasrat untuk menyekat akses masyarakat kepada dunia digital melalui pelbagai platform media sosial yang tersedia masa kini.

Namun, berusaha memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat agar menghentikan penyebaran berita palsu.

“Sekarang media sosial sudah menjadi platform yang diguna pakai semua orang, kita tidak boleh hentikan akses mereka dan itu bukan hasrat kerajaan. Kebebasan bersuara adalah ciri penting yang menunjangi sistem demokrasi.

“Bagaimanapun kita perlu ingat bahawa kebebasan bersuara ini bukan bermakna anda ada kebebasan untuk berbohong dan menghasut,” katanya.

Beliau berkata, perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Tetapi, kita mahu didik dan tingkatkan literasi digital supaya rakyat menjadi lebih celik digital untuk mendapatkan info sahih, khususnya melalui agensi berita tempatan seperti RTM, Bernama dan Jabatan Penerangan,” katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register