Polis akan kenal pasti 'sekolah panas' di KL

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur akan mengenal pasti sekolah bermasalah atau "sekolah panas" di sekitar ibu negara supaya usaha dapat digembleng ke arah menangani masalah disiplin, jenayah dan sosial di kalangan pelajar sekolah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pelbagai aktiviti seperti pameran, ceramah, dialog dan edaran risalah pencegahan jenayah akan diadakan dari semasa ke semasa di sekolah panas yang dikenal pasti bagi mengingatkan pelajar agar menjauhkan diri daripada masalah sosial dan jenayah.

"Program ini adalah satu usaha untuk mendekatkan pelajar dan polis bagi memudahkan proses penyaluran maklumat, mengesan aktiviti dan permasalahan jenayah yang wujud, sekaligus membanteras kegiatan tidak sihat di kalangan murid dan pelajar sekolah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan watikah pelantikan pengawas di Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail 1 di sini hari ini.

Pada majlis itu, Muhammad Sabtu menyampaikan watikah pelantikan pengawas kepada 89 murid termasuk kepada Ketua Pengawas, Khairul Azli Khairul Razi dan Penolong Ketua Pengawas, Alia Suraya Ahmad yang dipilih melalui pilihan raya pada 11 Januari lalu. Sekolah berkenaan mencipta sejarah apabila pemilihan ketua muridnya itudibuat secara pilihan raya sebenar serta dikendali dan dipantau sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Wilayah Persekutuan.

Muhammad Sabtu berkata, keutamaan akan diberikan kepada sekolah menengah kerana banyak kes jenayah dan sosial membabitkan pelajar peringkat itu berlaku namun ia tidak bermakna sekolah rendah diabaikan.

Beliau berkata, aduan dan masalah yang diutarakan akan dibincang bersama pihak sekolah berkenaan supaya ia dapat ditangani dengan kadar segera. - Bernama
 
Sponsored Post

Anonymous89

Super Active Member
ForexMart Fans
Joined
Apr 28, 2009
Messages
5,408
Reaction score
28
Points
80
haish zaman skang nie .. mcm2.. akan datang macam mane la plak nanti .. -_-"
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
Knal pasti bilik darjah mana yang panas tu...pas2 pasang air-cond!!!
 

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
teruk sgt dah akhlak dak skolah skrg..serupa tayah skolah la cmtu..skolah pn bkn leh jadi manusia..rugi duit mak pak jer
 

theBLOGGERboy

Super Active Member
Joined
Aug 21, 2009
Messages
7,437
Reaction score
30
Points
70
hummm, aku rase sekolah aku dah memang panas skarang nie....:D
 

endingman86

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
11,492
Reaction score
61
Points
120
ooo..aku ingat sekolah tu takde pasang aircond...panas semacam jer..hehehehe
 

Putra_Quezee

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Feb 7, 2008
Messages
1,287
Reaction score
19
Points
25
huhuhu... makin teruk dunia sekarang.... bunga2 kiamat kot... :D
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
selama ni memang dibiar aje la yer?
 

desire

Super Active Member
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2006
Messages
9,694
Reaction score
29
Points
70
cakap mengalahkan bunyi rebana ubi...

tapi time nak laksanakan, umpama siput khinzir cacat bergerak!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register