Polis akan ambil keterangan Adun Seri Kembangan

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,410
Reaction score
256
Points
81
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata polis akan mengambil keterangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah, berhubung kenyataannya yang cuba menakut-nakutkan polis.

"Kita akan memanggil Hian Wah dalam waktu terdekat untuk dirakam percakapannya bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Beliau berkata kenyataan Adun itu dalam media yang mengarahkan polis menghentikan siasatan ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, adalah satu kesalahan dan seolah-olah cuba menakut-nakutkan pihak polis.

"Ingin saya tegaskan, Yang Berhormat jangan cuba menakut-nakutkan kita dengan memberi arahan supaya tidak meneruskan siasatan ke atas Guan Eng," katanya kepada pemberita pada Hari Mesra Bersama Masyarakat Dengan Polis di Seri Kembangan di sini hari ini.

Sebelum ini, Khalid berkata Lim akan disoal siasat kerana mendakwa pada konvensyen Pakatan Rakyat pada 19 Disember di Shah Alam bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock, mati dibunuh.
 
Sponsored Post

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Proses menutup mulut pengkritik2 kerajaan kearah autocratic governance yg di cintai UMNO!!!!
 

papayaomela

Super Active Member
Joined
Jun 17, 2008
Messages
6,244
Reaction score
26
Points
70
UMNO parti perasuah dan pengkhianat negara. Patut dikuburkan dalam PRU akan datang.
 

myvi sporty

Active Member
Joined
Mar 16, 2009
Messages
1,743
Reaction score
35
Points
30
menakut-nakutkan polis? tkut gak polis ngan statement rupenye..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register