BTC USD 62,007.1 Gold USD 2,650.31
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Poligami Terancang Dan Terpimpin Asas Pembinaan Empayar

min9797

Active+ Member
Messages
3,093
Joined
Aug 13, 2008
Messages
3,093
Reaction score
91
Points
30
"Poligami, walaupun wujud dalam Islam tetapi ia adalah satu perkara yang sangat terasing dan terpinggir. Seolah-olah ianya tidak wujud dalam ajaran Islam. Sesiapa yang mengamalkannya dianggap satu kesalahan yang tidak boleh dimaafkan, dipandang serong dan dimusuhi."

Terpinggirnya amalan poligami ini bukan bermakna satu kelemahan. Malah ia merupakan satu kekuatan. Sebenarnya watak atau sikap sesuatu bangsa yang akan bangun itu asalnya ia terpinggir dahulu. Kalau kita lihat dalam sejarah, bangsa-bangsa yang menjadi empayar bukanlah bangsa yang bilangannya besar, tetapi bangsa yang kecil jumlahnya atau etnik yang kecil. Tapi ia dapat memiliki satu-satu sifat yang sangat kuat, sama ada semulajadinya begitu, atau melalui hasil didikan. Contohnya bangsa Arab. Bangsanya ramai, di dalamnya bermacam-macam etnik, tapi tidak ada keistimewaan. Mereka tidak tahu menulis, tidak tahu membaca dan tidak ada ilmu. Hanya memikirkan hidup bersama kambing-kambing.

Rasa kasih sayang sesama bangsa Arab tidak wujud, sedangkan kasih sayang itu adalah sesuatu yang besar. Yang ada pada mereka hanyalah sifat bengis, maka berlakulah permusuhan dan pergaduhan antara bani-bani.

Tapi bila datang Rasulullah SAW, baginda berjaya menukar watak bangsa tersebut. Di antaranya ialah menanamkan sikap berkasih sayang sesama insan yang seterusnya melahirkan perpaduan. Akhirnya bangsa tersebut muncul menjadi empayar. Tetapi yang berjaya menjadi empayar itu bukannya seluruh bangsa Arab. Tuhan memilih di kalangan bangsa Arab itu satu etnik yang yang menjadi tunjangannya ialah Quraisy. Jadi bangsa Quraisy inilah yang berjaya mendidik dengan cepat hingga bertukar wataknya hasil didikan dan pimpinan Rasulullah. Bila ia menjadi kuat, maka bangsanyalah yang menaungi semua etnik-etnik Arab yang lain. Akhirnya bangsa Arab muncul sebagai pembangunan Empayar.

Contoh lain, di waktu umat Arab sudah lemah, datangnya satu puak yang kecil sahaja, iaitu puak Kurdi yang dipimpin oleh Salehuddin Al Ayyubi. Pada etnik itu ada sifat besar yang boleh memberi kekuatan pada bangsa itu walaupun bilangannya kecil, iaitu ketaatannya pada pemimpin. Akhirnya bangsa Arab dapat dibela semula oleh satu puak yang asalnya hanyalah kecil dan terpinggir.

Sebagai contoh yang lain, Turki merupakan satu bangsa yang di dalamnya terdapat macam-macam etnik. Di antaranya ialah etnik Saljuk dan etnik Usmaniyah. Bani Usmaniayah ini berasal dari hulu. Pemimpinnya hanyalah merupakan ketua kampung saja. Tapi Tuhan menganugerahkannnya beberapa sifat yang mencabar, yang sangat memberi kekuatan pada kelompok kecil ini, iaitu :
1. Berani
2. Berpadu
3. Sangat mentaati pemimpin.

Dengan kekuatan-kekuatan inilah mereka yang asalnya duduk di hulu, ketuanya hanyalah ketua kampung, akhirnya berjaya mengetuai sebuah empayar Usmaniyah di Turki.

Demikianlah cara terbangunnya bani-bani Usmaniyah, Abbasiyah, Fatimiyah dan lain-lain, sehingga masing-masing berjaya membangunkan empayarnya sendiri dan boleh menguasai serta membangunkan Islam hingga akhirnya kegemilangannya Islam diperolehi di tangan mereka.

Begitulah di akhir zaman, walaupun umat Islam ramai, tetapi banyak amalan Islam yang telah terpinggir, terutamanya poligami. Orang yang benar-benar hendak mengamalkan syariat Islam dalam kehidupannya dipandang ganjil dan aneh. Tepat sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud : “ Islam itu asalnya dagang dan akan kembali dagang. “

Jadi, di zaman kebangkitan Islam kali kedua ini, kalau ada segolongan umat Islam yang mampu memperjuangkan syariat Tuhan yang telah terpinggir, terutamanya poligami, maka tidak mustahil golongan itulah bakal diserahkan empayar oleh Tuhan yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa.

Ini kerana memperjuangkan poligami sepertimana yang dikehendaki oleh Tuhan, bukan satu perkara mudah . Sedikit saja bilangannya yang berjaya dalam rumahtangga poligami. Golongan yang sedikit itu ialah golongan yang bertaqwa. Hanya taqwa membolehkan seseorang itu berlaku adil terhadap terhadap diri dan keluarganya.

Golongan ini bilangannya sedikit, tapi kuat. Kuat itu bukan diukur dari segi fizikal. Tapi kuat keyakinannya, kemahuan, kegigihan, kesabaran, ibadah, akhlak, kepimpinan dan minda, yang mana gabungan kesemua kekuatan ini akan melahirkan pribadi-pribadi super yang agung. Kekuatan mereka adalah bertunjangkan kemantapan taqwa.

Gabungan pribadi agung ini akan melahirkan satu bangsa yang agung yang dinaungi oleh Tuhan yang Maha Agung. Akhirnya bangsa inilah yang akan menerajui sebuah empayar dimana orang lain dapat menumpang sama.

Apa kaitannya pula dengan poligami? Poligami merupakan gelanggang ujian kepimpinan, kesabaran, mujahadah, keadilan serta kejayaannya berteraskan kemantapan keyakinan, minda, ibadah serta matlamat yang jelas dan tepat yang menjurus kepada mendapatkan redha Tuhan.

Oleh itu seseorang yang berjaya melalui ujian dan cabaran poligami, yang sememangnya sulit dan sukar, baik kepada isteri mahupun suami, maka untuk memiliki kekuatan yang lain akan jadi lebih mudah.

Ujian kepimpinan sebenarnya bermula di rumah. Seorang suami yang berjaya mendidik serta memimpin isteri-isteri serta anak-anaknya dirumah, berarti dia telah berjaya menjadikan rumahtangga sebagai platform mengasah kepimpinan. Kekuatan paling menonjol dan terpenting dalam melaksanakan poligami ialah apabila seseorang itu mampu menyatukan empat orang wanita dan hidup dalam penuh aman damai, berkasih sayang bersatu padu serta bekerjasama dalam merebut cinta Tuhan. Betapa indah dan bahagianya rumah tangga ini.

Kekuatan inilah yang sudah tidak ada pada masyarakat mahupun mana-mana pemimpin di dunia hari ini. Malah untuk memimpin satu isteri dan beberapa orang anak pun masih banyak orang yang gagal.

Oleh itu andainya terdapat seorang pemimpin yang terbukti berjaya dalam memimpin keluarga berpoligami, malah menjadi model serta ikutan kepada pengikut-pengikutnya yang mana akhirnya tercetus satu masyarakat yang berjaya membuktikan keindahan syariat Tuhan dalam poligami, maka sudah tentulah “etnik” ini mempunyai satu kekuatan luar biasa. Jika ujian sebesar itupun mampu diatasi dengan berjaya, maka hal-hal lain akan menjadi mudah bagi mereka. Oleh kerana kebangkitan Islam kali kedua ini paling besar, sama besar dengan zaman pertama, maka kekuatan yang dibawa bersama poligami yang terancang dan terpimpin ini adalah cukup besar. Bila poligami berjaya dilaksanakan, kekuatan-kekuatan lain akan mengikut sama. Seluruh kekuatan lain sangat ditentukan oleh faktor berjayanya poligami sama ada dari sudut kasih sayang, perpaduan dan lain-lain berasaskan kekuatan taqwa itu sendiri, sebab kalau bukan calang-calang taqwa dia tidak boleh berjaya dalam poligami ini.

Selain “etnik” ini berjaya mendapatkan kekuatan taqwa melalui poligami, maka hanya perlu ditambah dengan kekuatan-kekuatan lain seperti kekuatan strategi, kepimpinan, kewangan, dan lain-lain. Sebab kalau tidak ada duit, bagaimana untuk menjayakan ‘masterplan’ yang besar ini. Apabila semua kekuatan telah terlonggok di situ, maka tidak hairanlah jika Tuhan memilihnya untuk jadi satu bangsa yang agung bagi menaungi dunia satu hari kelak, Insya Allah.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register