BTC USD 57,031.8 Gold USD 1,788.26
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok tumbang: warga emas cedera dihempap dahan

eboss

CG Hardcore
Messages
85,652
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
wk_03.1.jpg

Sebatang pokok tumbang, menghempap gerai makan dan kereta di medan selera Taman Tenaga, Cheras di Kuala Lumpur, semalam.

CHERAS 20 Dis. – Seorang warga emas nyaris maut akibat dihempap dahan sebatang pokok yang tumbang dan turut mengenai tiga buah kenderaan di Jalan Sembilang, Taman Tenaga di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang itu, mangsa, Mohd. Salleh Baharom, 63, ketika itu baru sahaja keluar dari kenderaan untuk pergi ke gerai makan miliknya.

Menurut Mohd. Salleh, sebaik sahaja keluar dari kereta, sebatang pokok angsana setinggi kira-kira 15 meter yang terletak di tepi gerai itu tiba-tiba tumbang.

“Salah satu daripada dahan pokok itu menghempap paha kanan saya. Saya terperangkap dalam rimbunan daun pokok itu dan tidak dapat menyelamatkan diri.

“Sebaik sahaja kejadian itu, orang awam yang berada berdekatan kawasan itu segera membantu mengalihkan dahan terbabit,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd. Salleh yang sudah berniaga di gerai makan di situ sejak 20 tahun lalu berkata, ini merupakan kali pertama kejadian pokok tumbang di kawasan berkenaan.

Sementara itu, salah seorang peniaga di gerai tersebut yang enggan dikenali turut terkejut dengan kejadian itu.

Katanya, kereta jenis Honda Civic miliknya antara tiga kenderaan yang dihempap pokok berkenaan.

“Saya terdengar bunyi kuat seperti benda besar menghempap atap gerai saya. Ketika itu, keadaan cuaca agak baik, tidak hujan atau angin kencang

“Sebaik sahaja melihat keluar, saya dapati kereta saya turut terkena pokok yang tumbang itu di bahagian depan,” katanya.

Dalam pada itu, Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak, Zamrus Zainal berkata, ketika tiba, terdapat tiga buah kenderaan dihempap pokok selain beberapa gerai medan selera.

Bagaimanapun, katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan selain kecederaan yang menimpa Mohd. Salleh.

Beliau memberitahu, pihaknya turut meminta bantuan Unit Pemotong Pokok Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk melakukan kerja-kerja pembersihan.
 
Sponsored Post

mrzahz

Fun Poster
Messages
490
Joined
Mar 14, 2008
Messages
490
Reaction score
65
Points
25
aku park betul-betul sebelah honda tu, dahan sikit lagi nk kena avanza, honda tu abg hassan kwn aku punya, lagi bg salleh warga emas yang cedera tu.

katanya DBKL nak bayar gant rugi, honda tu enjin crack, jawabnya enjin baru sebijik.cermin pecah

memang kawsan ni byk pokok tunggu masa nak rebah, DBKL tak bagi potong kerana untuk landscape katanya.

Ada lagi 2 batang nk rebah, DBKL bila nak potong tak pasti, tunggu mati sorang dua baru nak buat biasanya.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register