BTC USD 65,630.3 Gold USD 1,783.88
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok tumbang bukan seliaan Jabatan Perhutanan

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,258
Reaction score
15,595
Points
2,376
KUALA LUMPUR: Jabatan Perhutanan menafikan dakwaan sebatang pokok setinggi kira-kira 10 meter yang tumbang ke arah jalan sehingga meragut satu nyawa awal pagi semalam di bawah seliaan pihaknya.

Sebaliknya, jurucakap jabatan itu berkata, pokok terbabit di bawah bidang kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kami sudah menghantar sepasukan renjer di lokasi berkenaan dan mendapati pokok itu tidak terletak dalam kawasan seliaan kami kerana ia di luar Hutan Simpan Bukit Nanas.

“Pihak jabatan juga sudah mengesahkannya dan laporan lengkap berhubung kejadian termasuk siasatan terperinci hanya akan diperoleh esok,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas insiden pagi semalam yang mengorbankan satu nyawa apabila seorang penunggang motosikal parah di kepala akibat dihempap pokok yang tumbang dan melintang di tengah jalan.

Mangsa, Mohd Helmi Hussin, 37, menunggang motosikal bersendirian berhampiran Hutan Simpan Bukit Nanas, arah Jalan Raja Chulan, di sini, sebelum dihempap pokok terbabit.

Anggota bomba dan penyelamat dan kakitangan DBKL mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memotong dan mengalihkan batang pokok itu sebelum mayat mangsa ditarik keluar.

Sementara itu, DBKL yang enggan mengulas lanjut berkata akan menyiasat kejadian terbabit secara menyeluruh.

“Kami akan siasat perkara ini dan di samping itu mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa,” katanya.

myMetro
 
Sponsored Post

janggut_X

CG Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Oct 23, 2008
Messages
57,870
Reaction score
73
Points
520
mari kita lihat siapa yang kena.sana nanti menafikan kot plak.
 

erani

Fun Poster
Joined
Sep 12, 2008
Messages
449
Reaction score
0
Points
10
slhkan la 1 sama lain..nmpk sgt xwat keje..
bila ada yg mati br sibuk2..yg sini xngaku, yg sana xngaku..
jwb la kt akhirat nnti..
Ni semua pgjrn pd PBT, agak2 pokok nk tumbang/merbahaya kt org awam potong je la...xkn nk tggu surat aduan/org da mati br b'tindak..
 
Last edited:

adoila

Active Member
Joined
Feb 15, 2010
Messages
2,245
Reaction score
42
Points
30
yang penting, saman...boleh buat belanja anak2 sebab kehilangan tempat bergantung...
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
masing2 x mau mengaku salah..
bile dh jd mcm nie bru nk amik perhatian..
korg sume nie mkn gaji buta ker?
 

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,199
Reaction score
94
Points
1,020
siapa yang dah terkena ni
 

GABAN_Z

Active Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
1,601
Reaction score
22
Points
25
ceehhh... kotor punya orang.. tak mau mengaku neh..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register