BTC USD 37,701.3 Gold USD 1,775.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok reput penyebab ajal

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,337
Reaction score
12,851
Points
2,376
ne031.jpg

ISTERI Mohd. Helmi melihat mayat suaminya yang mati dihempap batang pokok reput di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang wanita hanya mampu menangis apabila suaminya yang baru sahaja menghantarnya ke tempat kerja maut dihempap sebatang pokok reput di Jalan Bukit Nanas di sini semalam.

Kejadian pukul 8.30 pagi itu menyebabkan seorang kakitangan bank, Mohd. Helmi Husain, 37, (gambar kecil) mati selepas mengalami cedera parah di kepala dihempap pokok setinggi lima meter yang terletak di kiri jalan itu ketika hendak ke tempat kerjanya di Jalan Ampang.

Isterinya juga seorang kakitangan bank dan bekerja di Jalan Pudu. Dia yang menerima khabar itu beberapa minit kemudian bergegas ke lokasi kejadian dan hanya mampu menangis.

Sebaik sampai, dia melihat mayat suaminya masih lagi ditimpa batang pokok tersebut sebelum ia dialihkan oleh kakitangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Difahamkan, setiap hari, bapa kepada lapan anak itu akan menghantar isterinya ke tempat kerja sebelum dia akan ke pejabatnya pula.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, pokok tersebut tiba-tiba tumbang sebaik mangsa melalui kawasan tersebut.

Kosmo
 
Last edited:
Sponsored Post

sunnyfx

Super Active Member
Joined
Jan 6, 2008
Messages
7,802
Reaction score
73
Points
70
Semoga Allah permurahkan dan diperluaskan pintu rezeki bagi anak-anak Allahyarham...
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
299,337
Reaction score
12,851
Points
2,376
dah sampai ajal dia ngan cara cam tu
al fatihah
 
Last edited:

arjan

Fun Poster
Joined
May 14, 2010
Messages
570
Reaction score
11
Points
15
Al Fatihah....



Apa yg DBKL buat, tak ada ka usaha memantau pokok yg berisiko membahayakan orang ramai selain usaha menyaman orang ramai dan penjaja...

Kejadian pokok tumbang 25 Nov 2010 yg lalu masih DBKL tak ambil perhatian serius untuk meneliti pokok yang ada sehingga perginya seorang insan baru DBKL NAK BUKA MATA ker
 

ignorexx

Super Active Member
Joined
Jan 31, 2008
Messages
9,253
Reaction score
7
Points
65
al fatihah, dekat tempat mak sedara aku keje ni
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
al fatihah..
semoga roh nye bersemadi dgn aman..
 

aznor59

Active+ Member
Joined
Jul 9, 2009
Messages
2,668
Reaction score
23
Points
25
moga ALLAH cucuri rahmat ...buat isteri n anak2 tabah...
 

BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
[Bergambar] Nak ikut.. Isteri tergamam suami maut ditimpa pokok tumbang

Tragedi Pokok Tumbang – Kakitangan Bank Maut

Tarikh 29 Nov 2010
Lokasi: Jalan Raja Chulan
Masa: 8.30 Pagi


Seorang isteri yang merupakan seorang kakitangan bank yang baru sahaja dihantar ke tempat kerjanya oleh suaminya dengan menunggang motosikal sedih apabila suaminya mati dihempap pokok.


"Nak ikut.." Itu sahaja yang mampu terkeluar dari mulut isteri mangsa, Hayati Hussain, ketika mayat suaminya hendak dihantar ke Hospital Kuala Lumpur dengan van polis.

Suasana di lokasi hening. Hayati kelihatan begitu tabah , walaupun airmatanya tidak henti mengalir dan kelihatan amat sebak.

Baru beberapa minit tadi mereka bersama menaiki motosikal ke tempat kerja. Dan segala-galanya berakhir dalam sekelip mata.

Mereka yang berada di lokasi kejadian, sebenarnya tidak mampu untuk menghadapi dan melihat situasi di mana isteri mangsa datang ke sini.

Hayati datang dengan dipapah oleh beberapa rakan sekerja, dari Menara Maybank, hanya kira-kira 500 meter dari tempat kejadian.



Kemalangan ini berlaku selepas mangsa, Mohd Helmi Hussin, 37 tahun, baru sahaja menurunkan isterinya di Menara Maybank,tempat isterinya, Hayati, bekerja sebagai kakitangan di Maybank.

Mohd Helmi kemudian menunggang motosikalnya untuk ke tempat kerjanya di ibu pejabat Al Rajhi Bank di Wisma Selangor Dredging di Jalan Ampang.

Malang baginya, apabila tiba-tiba sebuah tunggul kayu setinggi kira-kira 5 meter, tumbang terus menimpanya

Pokok @ tunggul kayu ini sebenarnya mungkin telah ada di sini seja bertahun lalu, dan kedudukannya betul-betul di tebing antara jalan dengan Hutan Simpan Bukit Nanas.

Mangsa yang cedera parah di muka, maut di tempat kejadian. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Bukan sahaja Hayati, malah beberapa rakan arwah dan rakan Hayati mengalirkan airmata tidak dapat menahan sebak akan apa yang berlaku.

Kerja-kerja pembersihan laluan ini dilakukan oleh anggota bomba dan penyelamat Hang Tuah dan DBKL.

Apa yang pasti, tunggul ini sudah sepatutnya tidak berada di tebing ini, dan DBKL seharusnya lebihkan tumpuan pada benda-benda sebegini sebelum tragedi yang lebih besar berlaku.



[gambar ihsan ondscene]


DSCN8889-400x300.jpg


DSCN8887-400x300.jpg


DSCN8933-400x300.jpg


DSCN8881-400x300.jpg


DSCN8883-400x300.jpg


DSCN8909-400x300.jpg
 
Last edited:

zerovirus

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 25, 2009
Messages
182,141
Reaction score
79
Points
1,020
dah sampai ajal dia :(( alfatihah
 

-pojie-

Well-Known, Member, XM Official, Representative
Joined
Oct 29, 2008
Messages
20,951
Reaction score
50
Points
120
ape tindakan DBKL?
tgk jer ke slps kejadian camni..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register