BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok mangga dibiarkan dalam rumah.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
BACHOK – Sebuah keluarga dekat sini tidak mempunyai masalah untuk tinggal bersama sepohon pokok mangga yang berusia 15 tahun walaupun ia semakin membesar dari sehari ke sehari.

Penghuninya, Siti Rozila Ramli, 45, berkata, awalnya pokok itu berada di luar rumah mereka, namun apabila rumah mereka dibesarkan beberapa tahun lalu, ia tidak ditebang dan dibiarkan berada di dalam rumah.

“Mungkin kalau dari luar orang tidak perasan sangat kecuali orang setempat di sini sahaja. Kami tidak mahu tebang pokok ini sebab ia sentiasa berbuah tidak kira musim.

“Kami tidak ada masalah untuk membiarkan ia di dalam rumah sebab di sekeliling pokok ini sudah disimen dan dahannya dilapisi dengan zink untuk mengalirkan air hujan dari atas ke bawah. Kalau ada bocor pun sikit sangat,” katanya yang mengusahakan perniagaan peralatan untuk pertukangan dan pembinaan dekat sini.

Siti Rozila berkata, pokok mangga yang lebih dikenali sebagai Pauh Siku itu ditanam oleh ahli keluarganya terdahulu dan dalam masa yang sama ia berfungsi menyejukkan ruangan dalam rumah mereka.


image.jpg
 
klo atap zink malam2 jatuh mau terkejut 1 rumah

dulu kt kg atuk ak durian. syg sgt taknak tebang 1 pokok ni amik kau 1 malam abis bocor belah dapur
 
best apa
skrg org puteh buat rumah cam ni la
siap letak gelas lg

design skrg pun rumah teres 2 tingkat ada common area tgh2 utk letak pokok
 
Kalo pokok tu tumbang, agak2 rumah tu ada nmpk mcm rmh lg x
 
wahh.. mcm ni pun boleh ke..
ingtkn pokok dlm rumah berbumbung terus...
& letak atap yg lutsinar utk bg matahari masuk..
 
..bagus le dia tak tebang ...kire dia menghargai alam sekitar....
..dolu2 ade kes mamat nie main tebang pokok sebab nk amik daun nyer yg lebih lembut dari sutera tu..siap bleh buat kain le..dtg penjaga hutan tu..tapi tak makan saman mamat nie...siap panggil family dia le katanye...abis ditbg sumer pokok....:o
 
Back
Top
Log in Register