Pokok kelapa dijual RM3.2 juta

CG Sponsors




NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,164
Reaction score
1,041
Points
1,101


ABIDJAN: Saintis di Ivory Coast cuba menjual pokok kelapa ganjil mempunyai tiga cabang yang diimport dari Malaysia pada harga AS$1 juta (RM3.2 juta) tetapi setakat ini belum menemui pembeli yang berminat.

“Ini adalah kejadian botani yang amat jarang berlaku. Kami mempunyai 150,000 pokok kelapa di ladang penyelidikan ini dan ini satu-satunya yang mempunyai tiga cabang,” kata Dr Roland Bourdeix, yang bekerja dengan pusat penyelidikan kelapa Marc Delorme di pinggir bandar raya Abidjan.

Kewujudan cabang seumpama itu kadang-kadang disebabkan serangan serangga atau pelepah yang jatuh, tetapi dalam kes ini tiada tanda rosak, yang bermakna cabang itu tumbuh secara genetik.

Pokok itu diimport dari Malaysia kira-kira 40 tahun lalu.

“Kami akan menggandakan pokok ini kira-kira 150 kali untuk menyaksikan jika keturunannya mempunyai tiga atau empat cadang,” katanya sambil menambah ia mengambil masa sehingga 20 tahun untuk mengetahui hasilnya.

Dr Bourdeix berkata, memindahkan pokok itu ke rumah pembeli berpotensi tidak mendatangkan sebarang masalah.

Tahun lalu saya berada kepulauan French Polynesia dan melihat ada orang memindahkan pokok kelapa yang tinggi ke pulau peribadi mereka, jadi saya fikir ia tidak mustahil untuk dipindahkan - bukan mudah - tetapi boleh dilakukan,” katanya.

Ladang penyelidikan itu kekurangan dana berikutan perang saudara dan pokok berkenaan diletakkan dalam pasaran untuk mendapatkan wang bagi penyelidikan selanjutnya.

Ladang penyelidikan Marc Delorme yang ditubuhkan pada tahun 1949, adalah antara paling penting di dunia tetapi bergelut untuk meneruskan kajian ketika perang saudara di negara itu.

“Kami memerlukan dana untuk penyelidik. Kami menjalankan banyak aktiviti penyelidikan dan membekalkan hibrid kepada peladang untuk membangunkan sektor kelapa di dunia,” kata ketua penyelidik, Dr Jean-Louis Konan.

Pokok kelapa tiga cabang itu mengeluarkan lebih 150 biji yang besar setahun, berbanding 30 hingga 80 biji buah bagi pokok biasa. - Agensi


3.2 juta??..baik aku beli rumah..bikin spa...
 
Last edited:
Sponsored Post

tudung87

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
12,870
Reaction score
69
Points
120
:))
lawak betul..
sapala yg b0d0 tu nk beli pokok kelapa ni..:))
 

NEMO

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jan 13, 2007
Messages
109,164
Reaction score
1,041
Points
1,101
marsha...kot..pokok kelapak..
 

LilinSticks

Active+ Member
Joined
Mar 20, 2008
Messages
3,487
Reaction score
3
Points
25
comelnya kocing nemo...hehe..pkok kelapa cabang tiga..kalau aku billionaire pun aku takbeli..hehe baik sedekahkan jer duit dr mengarut
 

otaida00taj

Legendary Member
Joined
Apr 4, 2007
Messages
10,466
Reaction score
56
Points
120
pokok tu berapa lama boleh tahan... setakat kajian je susah juga.
 

EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
92
Points
120
3.2 juta ? hehehhe... pokok tu sebiji buahnya bley jual rm500k ke ? :))
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Saintis tu dah jadi gila kot... tu yang buat pekara yang paloi2 tu
 

hazwan17

Super Active Member
Joined
Nov 24, 2007
Messages
7,442
Reaction score
3
Points
65
mahal ny
br 3 cabang
blm 5 cabang lg..huhu
 
Sponsored Post
Top
Log in Register