BTC USD 60,243.2 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pokok ditanam MPAJ diinsurans, ganti rugi sehingga RM1 juta

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
AMPANG 5 Dis. - Setiap pokok yang ditanam oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) kini dilindungi insurans yang membolehkan ganti rugi sehingga RM1 juta dituntut.

Yang Dipertua MPAJ, Datuk Mohammad Yacob menjelaskan, insurans tersebut termasuklah ganti rugi kepada kontraktor dan pihak ketiga iaitu orang awam sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan pokok-pokok milik MPAJ.

"Ia termasuklah kemalangan atau kerosakan akibat pokok tumbang mahupun patah.

"Namun begitu, tuntutan insurans tersebut tidak melibatkan tumbang atau patahnya pokok akibat bencana alam seperti tanah runtuh, gempa bumi dan ribut taufan.

"Untuk kes seperti itu, orang ramai perlu membuat laporan polis dan membuat aduan kepada MPAJ bagi membolehkan siasatan dilakukan," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Beliau memberitahu, walaupun diinsuranskan, pihaknya sering memantau keadaan pokok di sekitar Ampang.

Katanya, kawalan ke atas pokok dilakukan melalui dua kaedah iaitu sama ada menebang pokok itu atau memangkas ranting atau dahan yang menghalang laluan angin.

"Kerja-kerja kawalan tersebut dilakukan oleh MPAJ sendiri atau pun kontraktor yang dilantik.

"Kos untuk setiap pokok ini bergantung pada saiz pokok, tahap kesukaran ketika menebang atau memangkas iaitu antara RM250 hingga RM300," katanya.

Sementara itu, kawasan Bukit Antarabangsa dilaporkan sebagai kawasan yang sering berlakunya pokok tumbang.

Mohammad berkata, ia disebabkan pokok yang ditanam di kawasan itu adalah jenis pokok ru yang tidak mempunyai akar tunjang selain jenis tanah di situ yang terdiri daripada batu dan pasir.

"Untuk kawasan tersebut, kita menggunakan kaedah ganti pokok di mana MPAJ sedang giat menanam pokok jenis merawan siput jantan bagi menggantikan pokok ru yang kurang sesuai.

"Kita juga mempunyai program sendiri di mana sebanyak 100,000 batang pokok akan ditanam setiap tahun bagi menghijaukan kawasan Ampang.

"Namun begitu, 20 hingga 30 peratus daripadanya rosak dan kebanyakannya akibat dirosakkan oleh orang awam termasuklah dicabut dan sebagainya," katanya.

Sementara itu, MPAJ juga mengalu-alukan penyertaan orang ramai dalam kempen menembak gagak yang akan diadakan 11 Disember ini.

"MPAJ akan membayar RM3 bagi setiap gagak yang ditembak.

"Orang ramai yang mempunyai lesen menembak dan mempunyai senapang sendiri boleh mula mendaftar di MPAJ," ujar Mohammad.
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
318,744
Reaction score
15,644
Points
2,376
lepas da ada yg meninggal dunia baru la nk wat insurans pokok2 baru d tanam
 

jengkol

Active Member
Joined
Dec 29, 2007
Messages
1,415
Reaction score
0
Points
20
kes nak cari duit laa ni

nk menyusahkan orang awam..

malaysia makin pelik..
 

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,186
Reaction score
76
Points
80
baggus MPAJ, bertanggungjawab. so pasni semua majlis perbandaran kena beli insuran awam, supaya keselamtan org ramai ditahap yg baik. apa2pun kejadian pokok tumbang kena ambil langkah jangka panjang, pokok tua kena tebang n ganti pokok muda.
 

DDos

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,111
Reaction score
690
Points
166
so, kes yg tunggul tumbang hari tu ap cerita erk? caman ke tak?
 

bahagia2you

Fun Poster
Joined
Sep 12, 2010
Messages
152
Reaction score
0
Points
15
berapa premium insuran MPAJ kena bayar agaknya??..nanti pokok tumbang ada saja la syarikat insuran cari alasan tak mau bayar
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register