ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120

Ketua Pegawai Eksekutif Biotech Corp, Datuk Dr Mohd Nazlee Kamal (kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Pengerusi PNS, Datuk Idris Hashim sambil di oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena persidangan Bio-International Advisory Panel (Bio-IAP) 2014 di AS.
MENYEDARI kesukaran produk bio memasuki pasaran, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) bekerjasama dengan Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd (Biotech Corp) dalam usaha membangunkan konsep francais dikenali sebagai BioShoppe.
Pengarah Urusan Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin berkata, BioShoppe adalah rangkaian francais yang akan menjual produk-produk penjagaan kesihatan berkaitan bioteknologi yang mempunyai status BioNexus.
"Pada peringkat permulaan, produk-produk itu akan ditempatkan di sebuah farmasi sedia ada bagi melihat sejauh mana sambutan pelanggan dan perkembangan farmasi itu sebelum membuka farmasi sendiri," katanya.
Menurutnya, BioShoppe akan menjadi platform kepada syarikat-syarikatyang berstatus BioNexus di bawah BioTech Corp untuk memasarkan produk kepada pasaran tempatan.
Menerusi kerjasama itu, PNS berperanan memberikan khidmat nasihat bagi pembangunan konsep yang bersesuaian dengan cawangan rangkaian francais itu, latihan francais dan skim pembiayaan kepada bakal pengurus serta pra-francaisi BioShoppe.
Katanya, kerjasama ini juga akan membuka lebih banyak peluang dan ruang kepada usahawan-usahawan industri francais negara untuk menceburi satu bidang perniagaan yang dilihat mempunyai prospek dan seterusnya akan memacu ekonomi negara, memandangkan
produk berasaskan bioteknologi mempunyai potensi besar dalam pasaran.
Kerjasama itu dimeterai dalam persidangan Bio-International Advisory Panel (Bio-IAP) 2014 yang berlangsung pada 22 September sehingga 24 September 2014 yang lalu, bertempat di New York Marriot Downtown, Amerika Syarikat (AS).