PNB jangka penipuan menerusi pelaburan akan meningkat

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
PASIR PUTEH 15 Feb. – Kegiatan penipuan menerusi pelaburan dijangka meningkat memandangkan bidang itu semakin digemari pada kalangan masyarakat khususnya di luar bandar, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Justeru kata beliau, PNB akan menjadikan pendidikan pelaburan sebagai antara agenda utamanya bagi mendidik masyarakat terutama generasi muda agar tidak terpedaya dengan pelbagai tawaran pelaburan saham tidak selamat dan tidak diiktiraf badan yang sah.

"Ada di antara tawaran itu mendakwa pulangan saham sehingga 300 peratus dan ini tidak masuk akal, jadi masyarakat harus diberi pendedahan secukupnya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), di sini hari ini.

Beliau berkata, program itu kini diadakan di sekolah-sekolah di seluruh negara dan sehingga sekarang lebih 100,000 pelajar telah diberi pendedahan mengenai pelaburan selamat oleh pegawai PNB. – Bernama
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
harap tahun ni PnB bg dividen tinggi skit..jgn makin tahun makin ciput..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register