BTC USD 52,643.6 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PN mula rundingan kerusi PRU15 tanpa UMNO

kaki_sedut

Freshie
Messages
5
Joined
Sep 26, 2021
Messages
5
Reaction score
0
Points
3
umno lagi baik bertanding kat semua tempat.. takyah pening2 nak bergantung kat parti lain.. bergabung dengan bersatu hanya tambah krisis yg tak berkesudahan.. dua2 nak jadi taiko
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,266
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,266
Reaction score
15,432
Points
1,906
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, usaha itu adalah untuk memastikan kepimpinan Melayu dapat dikekalkan sekiranya PN memenangi PRU-15.
https://www.utusan.com.my/.../pn-terbuka-bincang-dengan.../

PN terbuka bincang dengan UMNO​

MOHD.-REDZUAN-MD.-YUSOF-re.jpg


  • 1 Oktober 2021, 8:28 pm


JOHOR BAHRU: Perikatan Nasional (PN) sentiasa terbuka melakukan perbincangan dengan UMNO untuk bergabung dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi mendukung visi yang sama.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, usaha itu adalah untuk memastikan kepimpinan Melayu dapat dikekalkan sekiranya PN memenangi PRU-15.

“UMNO tidak pernah ada dalam PN yang pada awal penubuhannya membabitkan Bersatu, Pas dan parti-parti kecil lain. Jadi, kita sarankan kerjasama untuk gabungan parti yang berasaskan kepimpinan dan perjuangan Melayu.

“Perbincangan ini untuk kita hadapi PRU dan menang dengan lebih besar. Ini bagi melestarikan kepimpinan Melayu itu sendiri.

“Kalau kita berpecah, PN, UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak bersama-sama, tidak ada parti yang majoriti untuk bentuk kerajaan pada PRU-15. Jadi, kena ada gabungan tetapi terpulanglah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Memorandum persefahaman (MoU) antara Syarikat Sersol Energy Sdn. Bhd., Aeroleum Sdn. Bhd. dan Silicon Designs (M) Sdn. Bhd. di Menara MSC Cyberport, di sini hari ini.


Mohd. Redzuan berkata demikian ketika diminta mengulas tentang Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti PN yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan berlangsung tanpa kehadiran wakil UMNO, semalam.

Dalam mesyuarat itu, parti-parti komponen PN telah mencapai kata sepakat bagi pembahagian kerusi yang akan ditandingi pada PRU-15 di seluruh negara.

Mesyuarat tersebut dihadiri parti komponen PN iaitu Bersatu, Pas, Star Sabah, Parti Maju Sabah (SAPP) dan Gerakan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah memberitahu, andai kata UMNO tetap enggan menyertai PN dalam PRU-15, Bersatu sedia untuk pertemuan tiga atau empat penjuru melawan parti tersebut di mana-mana kerusi ditandingi.

Ditanya mengenai pelantikan Ahli Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr. Edmund Santhara Kumar sebagai Ketua Sayap Bersekutu pertama parti itu, beliau menjelaskan, ia adalah satu perubahan parti ke arah menjadi parti berbilang kaum.

“Persaingan kita selepas ini mungkin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang berbilang kaum. Jadi, ada baiknya, mungkin usaha ini mampu menarik bukan Melayu sertai Bersatu jika mereka rasa PKR tidak mampu memimpin mereka,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,266
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,266
Reaction score
15,432
Points
1,906
'Bersatu sudah ada pendirian, kalau UMNO tidak mengubah keputusan itu... kalau kita terpaksa bertembung dalam PRU15' - Muhyiddin

PRU15: Bersatu sedia bertembung jika UMNO tidak ubah pendirian
| | 02 Oktober 2021



1633184170930.png

Tan Sri Muhyiddin Yassin


KOTA KINABALU - [DIKEMAS KINI] Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kemungkinan pertembungan parti itu dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) merupakan antara realiti politik yang perlu diterima dan Bersatu bersedia menghadapi sebarang kebarangkalian yang terjadi pada masa akan datang dengan cara serta strategi tersendiri.

Beliau berkata, dalam menghadapi PRU15 apa yang penting adalah penilaian rakyat tentang sejauh mana parti politik itu dapat membantu mereka terutama berdepan Covid-19 masa kini dan siapa yang dapat membantu mereka dalam menghadapi cabaran yang mendatang.


Katanya sehubungan itu Bersatu akan terus menyantuni dan memberikan khidmat terbaik kepada rakyat terutama ketika berdepan pelbagai cabaran dibawa Covid-19, yang akhirnya rakyat akan menilai sendiri apa yang Bersatu lakukan untuk mereka.

"Mungkin mereka (rakyat) menilai apa langkah saya buat dahulu atau bentuk bantuan pakej rangsangan yang telah kita keluarkan lebih RM530 billion, mereka menilai usaha kita mengatasi masalah Covid-19, proses vaksinasi berterusan yang bilangannya semakin meningkat.
Jadi apabila kita terpaksa bertembung (dengan UMNO) kita hadapi, itu realiti politik dan kita ada strategi serta cara kita...akhirnya kita serah kepada rakyat tentukan parti mana terbaik untuk mereka," katanya dalam sidang media di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Jumaat bahawa UMNO akan mempertahan dan tidak berkompromi mengenai kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lepas.

Ditanya tentang pembahagian kerusi antara parti komponen Perikatan Nasional (PN) di Sabah pada PRU15, beliau yang juga Pengerusi PN berkata perkara itu masih belum ditentukan bagaimanapun pihaknya telah memberi mandat buat Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah Datuk Hajiji Noor yang juga Ketua Menteri Sabah untuk berbincang dengan parti komponen PN di Sabah terlebih dahulu.

"Sabah ada sedikit kelainan dari Semenanjung supaya ada keputusan yang baik untuk semua...kita bincang kerusi ini dengan mengambil kira kepentingan parti-parti lain dalam PN," katanya.



Sementara itu beliau berkata PN telah membuat keputusan untuk menolak permohonan Parti Liberal Demokratik (LDP), sebuah parti tempatan Sabah, untuk menyertai gabungan itu dan beliau masih belum menerima permohonan Parti Cinta Sabah untuk menyertai PN yang terdiri gabungan parti Bersatu, PAS, Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Gerakan.

Sebelum itu beliau menghadiri Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah yang turut dihadiri Naib Presiden Bersatu Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Hajiji. -Bernama


 

AdiWalter

Fun Poster
Messages
571
Joined
Jul 15, 2021
Messages
571
Reaction score
77
Points
20
dah lama dah UMNO tolak PPBM nie...nampak PPBM nie yg sibuk2 keluarkan kenyataan..hahahaha

banghall punye partii
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,266
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,266
Reaction score
15,432
Points
1,906
dah lama dah UMNO tolak PPBM nie...nampak PPBM nie yg sibuk2 keluarkan kenyataan..hahahaha

banghall punye partii
pak Zahid semalam keluarkan kenyataan kat media massa
ni saya ambik yg gistnya

Sujita Soorian

23j ·

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, keputusan itu adalah muktamad.
 

akecema

CG Top Poster Club
Messages
23,893
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,893
Reaction score
3,018
Points
206
Pru15
Ph vs umno vs pn+pas
 

akecema

CG Top Poster Club
Messages
23,893
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
23,893
Reaction score
3,018
Points
206
pak Zahid semalam keluarkan kenyataan kat media massa
ni saya ambik yg gistnya

Sujita Soorian

23j ·

PETALING JAYA: Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi mengulangi keputusan Perhimpunan Agung Umno 2020 dan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) tidak bekerjasama dengan Bersatu pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Katanya, keputusan itu adalah muktamad.
Tapi itu keputusan zahid n kluster mahkamah
Yg bawah2 xtau
Maybe akan berlaku perpecahan lagi
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,266
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,266
Reaction score
15,432
Points
1,906
PN tolak permohonan LDP
02 Oktober 2021




1633185635736.png

Muhyiddin bersama Hajiji pada sidang media selepas Mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah pada Sabtu. - Foto Bernama

KOTA KINABALU - Pimpinan Perikatan Nasional (PN) mengambil keputusan untuk tidak menerima permohonan daripada Parti Liberal Demokratik (LDP) bagi menyertai kerjasama itu.
Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu diambil selepas perbincangan dilakukan di peringkat PN dan hasil daripada konsultasi.





"Kita ada bincang di peringkat PN dan selepas konsultasi kita buat dengan pihak Datuk Hajiji (Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor) rakan di sini, bahawa kita tidak menerima permohonan atau pun kita menolak permohonan dari LDP," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah, di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, permohonan daripada parti lain juga akan dinilai sama ada boleh menambah baik kedudukan atau sebaliknya.

"Kita akan kaji dan teliti," katanya.

Sebelum itu, diminta mengulas berhubung pembahagian kerusi terhadap dua lagi parti tempatan yang menyertai PN, beliau berkata, perkara itu belum dibincangkan lagi.

"Parti Maju Sabah (SAPP) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sudah berada dalam PN Pusat. SAPP dan STAR (kerusi) belum dibincangkan lagi.

"Ini akan kita bincangkan antara kita dan STAR memang antara parti dalam PN. Jadi bila kita bincang di peringkat nasional, tetapi banyak di Sabah, maka akan dibincangkan sekali gus dengan mengambil kira semua kepentingan parti lain," katanya.


Pada Mac lalu, Majlis Tertinggi LDP memaklumkan bahawa telah meluluskan usul untuk menyertai PN dan keputusan itu diambil selepas melihat kesungguhan PN dalam menyelesaikan masalah rakyat.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,266
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,266
Reaction score
15,432
Points
1,906
“Memandangkan pimpinan parti sudah membuat keputusan, maka UMNO Sabah akan mempertahan kerusi-kerusi yang dimenangi pada PRU lalu."
https://www.utusan.com.my/.../umno-sabah-sedia.../

UMNO Sabah sedia bertembung dengan Bersatu​

umno-tembung.jpg


BUNG MOKTAR RADIN

  • 3 Oktober 2021, 5:20 pm


KOTA KINABALU: UMNO Sabah bersedia bertembung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Ini seiring dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahukan parti itu mempertahan semua kerusi dimenangi di bawah payung UMNO semasa pilihan raya umum (PRU) lalu.

Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, biarpun di Sabah mempunyai Gabungan Rakyat Sabah (GRS), apabila pucuk pimpinan parti sudah membuat keputusan maka, UMNO Sabah sedia berdepan dengan Bersatu.

“Memandangkan pimpinan parti sudah membuat keputusan, maka UMNO Sabah akan mempertahan kerusi-kerusi yang dimenangi pada PRU lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, UMNO negeri sedia berdepan dengan mana-mana parti termasuk Bersatu pada PRU-15 bagi memastikan kerusi dimenangi semasa PRU lalu akan kekal milik UMNO.

“Kita telah mengharungi pelbagai dugaan yang besar, kita pernah menang dan kalah. Jadi, ini bukan satu rintangan yang besar untuk kita bertembung dengan mana-mana parti pada PRU akan datang,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan meminta semua jentera parti untuk bersiap siaga bagi berhadapan dengan PRU akan datang.
Semalam, selepas mesyuarat Badan Pimpinan Bersatu Sabah, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan kesediaan Bersatu untuk bertembung kerusi dengan UMNO susulan keputusan UMNO yang tidak mahu meneruskan kerjasama dengan Bersatu pada PRU-15.

“Kita dalam Bersatu sudah ada pendirian, kalau UMNO tidak mengubah keputusan itu maknanya itulah keputusan yang mereka ambil. Maka, kalau kita terpaksa bertembung dan tiada cara untuk mengelakkannya jadi, kita akan menghadapinya,” katanya. – UTUSAN ONLINE
https://www.utusan.com.my/terkini/2...G2pi7PfK0O-wa_s1OYYSuc6DyREKwpA-gxz4QEja6j7LM
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,976
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,976
Reaction score
2,473
Points
201
Pada Mac lalu, Majlis Tertinggi LDP memaklumkan bahawa telah meluluskan usul untuk menyertai PN dan keputusan itu diambil selepas melihat kesungguhan PN dalam menyelesaikan masalah rakyat.
rakyat negara mana tu?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register