PM ucap takziah atas pemergian kartunis ilustrasi digital Artortoise

CG Sponsors




kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,344
Reaction score
2,409
Points
206
kartunis_1606815207.jpg


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan takziah atas kematian kartunis ilustrasi digital, Mohamad Ikhsan Kamarudin yang meninggal dunia pagi tadi.

Muhyiddin menyampaikan ucapan itu dalam hantaran Facebook beliau dan menyifatkan pemergiannya satu kehilangan kepada semua.

"Sebagai peminat seni lukisan, saya turut merasai kehilangan Allahyarham, apatah lagi karya pengasas ilustrasi digital Artortoise itu banyak digunakan untuk menyebarkan mesej kesedaran mengenai COVID-19.

"Salam takziah kepada keluarga Allahyarham atas kehilangan orang tersayang. Pemergiannya satu kehilangan kepada semua," katanya.

Beliau turut mendoakan, roh Allahyarham dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang beriman dan beramal soleh.

Allahyarham Mohamad Ikhsan dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.37 pagi tadi dan selamat dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi tadi.

Akaun Artortoise sebelum ini pernah melaporkan Allahyarham yang berusia 35 tahun, sedang menerima rawatan Hepatitis B di Hospital Selayang namun masih tiada perkembangan yang baik.

Tahap kesihatannya semakin merosot disebabkan sistem pertahanan badannya yang sangat lemah selepas menjalani kemoterapi untuk kanser.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut berkongsi kenangan bersama kartunis ilustrasi digital dan mendoakan Allahyarham diberi ganjaran syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena.

"Setiap kali terpandang beg cenderahati pejabat saya, pasti teringat Artortoise. Lukisan itu hadiah beliau kepada saya.

"Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena. Sama-sama kita sedekahkan bacaan Surah al-Fatihah," tulisnya di laman Facebooknya.

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #4
Joined
Apr 18, 2010
Messages
36,344
Reaction score
2,409
Points
206
Kartunis-IkhsanIse-Artortoise-800x445-c.jpg


‏‏‎ ‏‏‎ ‏‏‎ ‏‏‎ ‏‏‎ ‏‏‎ ‏‏‎ ‏‏‎ ‏‏‎ ‏‏‎
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,979
Reaction score
11,658
Points
1,906
15 Oktober lalu, Ikhsan membuat kemas kini di laman Instagram, sedang menjalani rawatan radioterapi.
#AWANInews #AWANIpagi

Pengasas Artortoise, Ikhsan Ise meninggal dunia


Disember 1, 2020 08:59 MYT
Pengasas Artortoise, Ikhsan Ise meninggal dunia

Pada 15 Oktober lalu, Allahyarham membuat kemas kini di laman Instagram di mana beliau menjalani rawatan radioterapi untuk hari pertama. - Foto Instagram @Ikhsanise/@Artortoise

KUALA LUMPUR: Pengasas ilustrasi digital Artortoise, Ikhsan Ise, dilaporkan meninggal dunia pagi ini.

Berita sedih itu dikongsi menerusi kemas kini di laman Facebook rasmi Artortoise.

Menerusi kemas kini itu juga, jenazah Allahyarham dimaklumkan akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.




"Assalamualaikum WBT, dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin
(@ikhsanise Artortoise ) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.

"Kami juga memohon doa dari semua supaya dipermudahkan urusan perjalanan Allahyarham ke alam sana. InsyaAllah jenazah akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini," menurut kemas kini tersebut.

Sebelum ini, akaun Artortoise pernah melaporkan Ikhsan atau nama sebenarnya, Mohamad Ikhsan Kamarudin, 35 tahun, menerima rawatan Hepatitis B di Hospital Selayang dan masih tiada perkembangan yang baik.


Pada 15 Oktober lalu, Allahyarham juga membuat kemas kini di laman Instagram beliau, memaklumkan sedang menjalani rawatan radioterapi untuk hari pertama sambil turut meletakkan tanda pagar #CancerFighter.

http://instagr.am/p/CGV4_yVhf-L/

Artortoise bukan satu nama yang asing dalam kalangan pengguna media sosial, malah Astro AWANI juga pernah beberapa kali muncul di ruangan media sosialnya.


http://instagr.am/p/CEybkl3MEdz/
http://instagr.am/p/B-mqKX-F4w6/

Pada masa sama, Artortoise juga menggunakan ilustrasi untuk menyebarkan pesanan khidmat masyarakat (PSA) sepanjang pandemik COVID-19 di Malaysia.
Artortoise juga menampilkan ilustrasi bintang-bintang ternama dalam laman media sosialnya, termasuk Ernie Zakri, Zizan Razak, Black Pink dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
73,979
Reaction score
11,658
Points
1,906
"Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena."
#AWANInews #AWANIpagi

Setiap kali terpandang beg cenderahati itu, pasti teringat Artortoise - Zulkifli


Disember 1, 2020 11:48 MYT
Setiap kali terpandang beg cenderahati itu, pasti teringat Artortoise - Zulkifli

Zulkifli mengajak semua umat Islam menghadiahkan al-Fatihah kepada Allahyarham Ikhsan.

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menzahirkan ucapan takziah ke atas pemergian pengasas ilustrasi digital Artortoise, Ikhsan Ise, hari ini.
Ucapan tersebut dikongsi beliau menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik imej beg kertas yang memaparkan lukisan yang direka Artortoise, yang telah dihadiahkan kepadanya.

"Setiap kali terpandang beg cenderahati pejabat saya, pasti teringat @artortoise. Lukisan itu hadiah beliau kepada saya.
"Moga diganjari syurga atas segala sumbangannya kepada negara melalui mata pena," kata Zulkifli.


http://instagr.am/p/CIPGE5NFweF/

Beliau juga mengajak semua rakyat Malaysia yang beragama Islam bersama menyedekahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Allahyarham.
Ikhsan Ise, atau nama sebenarnya Mohamad Ikhsan Kamarudin, 35 tahun, meninggal dunia jam 1.37 pagi ini.
Jenazah Allahyarham dimaklumkan akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang.

 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,437
Reaction score
1,169
Points
201
Innalillah.... moga dikalangan org beriman
 
Sponsored Post
Top
Log in Register