kasturi
Legendary Member

- Messages
- 13,525
- Joined
- Jul 22, 2006
- Messages
- 13,525
- Reaction score
- 3,282
- Points
- 196
Kenapa PM Turki guna pesawat komersial aje?
- Adakah krn Turki Negara miskin?
- Adakah krn beliau tidak sesibuk PM dan RM Msia?
- Adakah krn “tak ada org nk bunuh” beliau spt mana PM dan RM Msia(alasan keselamatan)
Tahun lepas, Jabatan Perdana Menteri memberitahu parlimen bahawa Putrajaya kini memiliki sekurang-kurangnya 7 kapal terbang, termasuk jet kelas perniagaan Boeing.
Kapal terbang itu digunakan oleh VVIP termasuk Yang Dipertuan Agung dan perdana menteri. Ia termasuklah Falcon, Global Express, jet kelas perniagaan Boeing, Blackhawk, 2 Augusta dan Fokker F28.
Tahun lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu parlimen, Putrajaya membelanjakan RM14.95 juta untuk petrol dan RM160.08 juta untuk pengendalian semua jet itu.
Bagi Dr Mahathir, memiliki sebuah jet kecil sekarang ini sepatutnya tidak menjadi isu.
"Kerajaan sekarang lebih kaya berbanding masa saya dahulu. Mungkin sebab itu mereka membuat penambahbaikan," katanya sinis.
Jet-jet Putrajaya mendapat perhatian blogger Umno dua minggu lalu yang mendesak adakah benar Najib mempunyai 2 jet mewah kerana Airbus ACJ320 dilaporkan telah disewakan kepada kerajaan.
Putrajaya menjawab, penyewaan Airbus ACJ320 yang bermula 1 Februari 2013 berakhir 31 Disember tahun lalu.
Mereka memaklumkan, penyewaan itu perlu kerana Putrajaya kekurangan jet. – 9 Januari, 2014.
http://my.news.yahoo.com/saya-tak-perlu-jet-mewah-putrajaya-kini-banyak-095450795.html