BTC USD 69,616.5 Gold USD 2,360.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Thailand Sambut Songkran Di Hua Hin

Xploit Machine

Banned
gemgem
Messages
58,231
Joined
Nov 23, 2012
Messages
58,231
Reaction score
6,483
Points
916
Awards
1
13.04.2024 - Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin hari ini menyambut Songkran atau Tahun Baharu Thai di Hua Hin, di bahagian utara negara ini. Dalam hantarannya di platform X, Srettha berkata beliau menaiki sebuah trak pikap untuk menyertai pesta air itu di Hua Hin.

“Kami memandu ke Hua Hin tahun ini untuk menyambut Songkran di Taman Suan Phon King Phet anjuran Majlis Perbandaran Hua Hin,” katanya hari ini.

Srettha berkata Hua Hin dipenuhi dengan warga Thailand dan pelancong asing yang meraikan pesta air itu.

“Songkran di negara kita adalah cantik dan menyeronokkan dipenuhi dengan kekayaan tradisi. Saya mengucapkan selamat menyambut Songkran kepada saudara dan saudari semua. Hati-hati ketika bermain dan sentiasa menjaga kesihatan anda,” katanya.

Buat julung kalinya tahun ini, Songkran telah diiktiraf ke dalam Senarai Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Sebagai sebahagian daripada budaya tradisional Thai, menjadi adat untuk mereka menyambut tahun baharu dengan menyimbah air antara satu sama lain sebagai upacara membersihkan dosa dan nasib malang dengan mempercayai ini akan membawa tuah dan rahmat dalam tahun mendatang.
1713019924180.png
 
Back
Top
Log in Register