BTC USD 53,945.2 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM terima kunjungan hormat pemimpin Parti Komunis China

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
53,677
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
53,677
Reaction score
6,407
Points
881
Awards
1
PM terima kunjungan hormat pemimpin Parti Komunis China

Anwar (kanan) menerima kunjungan hormat Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Liu Jianchao di Perdana Putra, Putrajaya.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat menerima kunjungan hormat Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Liu Jianchao di Perdana Putra, Putrajaya.

Perdana Menteri berkata, semasa kunjungan hormat itu, mereka membincangkan kunjungan rasmi Premier Li Qiang sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan persahabatan Malaysia-China pada tahun ini.

Beliau berkata, mereka juga mencapai kata sepakat untuk memperkukuh kerjasama ekonomi terutama pelaburan dari China, mempertingkat kesalinghubungan selain terus menjalin usaha sama dalam lapangan pendidikan dan sektor belia.

"Liu dan saya juga bersependapat untuk mengeratkan hubungan intra-parti dan berkongsi pendirian yang jitu dan kukuh terutamanya dalam konflik kemanusiaan melibatkan Palestin.

"Hubungan Malaysia dan China pasti akan terus diperkukuh demi kesejahteraan rakyat kedua-dua negara sahabat,” katanya dalam hantaran di Facebook pada Jumaat.

Hubungan persahabatan Malaysia-China terjalin sejak termeterainya Kenyataan Bersama antara bekas Perdana Menteri Tun Abdul Razak dan Perdana Menteri Zhou Enlai pada 31 Mei 1974.

Anwar (tengah) menerima kunjungan hormat Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Liu Jianchao (lima dari kiri) di Perdana Putra, Putrajaya.

Terdahulu, Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan memaklumkan lawatan kerja dua hari Liu ke Malaysia, yang bermula semalam, menyasarkan untuk menjalin kerjasama lebih erat antara parti politik di kedua-dua negara serta membincangkan isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Liu turut melakukan kunjungan hormat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dan Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Menurut Wisma Putra, lawatan itu menambah makna kepada sambutan Ulang Tahun ke-50 Penubuhan Hubungan Diplomatik Malaysia-China sejak hubungan kedua-dua negara dinaik taraf kepada Perkongsian Strategik Komprehensif pada 2013.

China merupakan rakan perdagangan terbesar Malaysia untuk 15 tahun berturut-turut dengan nilai dagangan RM450.84 bilion (AS$98.80 bilion) pada 2023.- Bernama


 
Sponsored Post

Lebih banyak kerjsama TVET Malaysia, China - Ahmad Zahid

Lebih banyak kerjsama TVET Malaysia, China - Ahmad Zahid
China menyediakan lebih banyak latihan kepada pelajar dan pekerja Malaysia. - Foto BH
KUALA LUMPUR: Malaysia dan China akan mengadakan lebih banyak kerjasama dalam Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi memperkasa bidang itu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkara itu dibincang dalam pertemuannya dengan Menteri Jabatan Perhubungan Antarabangsa Parti Komunis China, Liu Jianchao hari ini.

"China juga telah menawarkan kesediaan untuk menyediakan lebih banyak siri latihan, perkongsian pengalaman dan peluang pendidikan dalam bidang teknologi dan vokasinal, khususnya kepada pelajar serta pekerja di Malaysia," menurutnya dalam hantaran di laman Facebook hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pertemuan itu turut membincangkan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China pada 31 Mei ini.


Hadir sama Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin dan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Liu diiringi Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing. – BERNAMA
 
Gambo lame ke edit ke ape ni?
Bkn ke alergik dgn komunis...
Original komunis china ni... 🤣
 

Attachments

  • 50.4 KB Views: 11
  • 52.3 KB Views: 9
Rugi lah kalau Malaysia tak mau erat dgn China

China dah jadi kuasa terkuat ekonomi dunia

YG SEBENARNYA NO.1 CHINA!



Tambahan Malaysia memang dah ada kaum Cina sebagai Warganegara...mudah nak buat usaha sama.

Tak perlu sentimen2 bodoh utk Kemakmuran Negara


..........................

p/s : Tapi isu " Jual Negara" tu lain...janganlah sampai nak juak Negara
Yg penting..WIN WIN

kalau jaman PM Najib...berlaku semacam bentuk "Penjajahan Ekonomi" kalau dibiarkan .

Apa2 pun..Usaha kena Bijak dan Ikhlas
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register