BTC USD 59,365.9 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Singapura berhasrat serah kepimpinan kepada TPM Lawrence Wong sebelum PRU

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,671
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,671
Reaction score
914
Points
121

PM Singapura berhasrat serah kepimpinan kepada TPM Lawrence Wong sebelum PRU​

Bernama
November 5, 2023 08:27 MYT
PM Singapura berhasrat serah kepimpinan kepada TPM Lawrence Wong sebelum PRU

Lee (kanan) yang juga merupakan Setiausaha Agung PAP berkata Lawrence telah memaklumkan kepadanya bahawa "beliau sudah bersedia." - Foto FB People's Action Party

SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyuarakan hasratnya untuk menyerahkan pucuk kepimpinan kepada timbalannya Lawrence Wong, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Lawrence dan pasukan 4G (Generasi Keempat) telah berkhidmat selama bertahun-tahun. Mereka telah memikul tanggungjawab yang besar, dan sedang bersiap sedia untuk mengambilalih kepimpinan.

"Mereka telah membuktikan kemampuan mereka semasa COVID-19 dan sekarang sedang melakar agenda nasional. Mereka bersama-sama dengan warga Singapura dalam melangkah ke hadapan bersama gerakan Forward SG," kata Lee ketika Majlis Anugerah dan Konvensyen Parti Tindakan Rakyat (PAP) 2023 di sini, pada Ahad.

Lee yang juga merupakan Setiausaha Agung PAP berkata Lawrence telah memaklumkan kepadanya bahawa "beliau sudah bersedia."
"Pasukan 4G juga sudah bersedia. Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap Lawrence dan pasukannya. Tidak ada sebab untuk menangguhkan peralihan politik itu nanti," katanya.

Lee yang berusia 71 tahun pada tahun ini, berkata disebabkan COVID-19 beliau tidak dapat melaksanakan peralihan itu pada hari lahirnya yang ke-70 seperti diharapkan.

"Tetapi jika semuanya berjalan lancar, saya akan menyerahkannya menjelang ulang tahun ke-70 PAP tahun depan," katanya. PAP diasaskan pada 21 Nov 1954.
Lee dilihat tidak dapat menahan sebak di akhir ucapannya selama satu jam.

"Adalah suatu penghormatan buat saya untuk berkhidmat kepada negara, pertama dalam SAF (Angkatan Bersenjata Singapura), dan kemudian dalam parti dan kerajaan, sepanjang hidup saya.

"Saya telah menjadi PM (perdana menteri) selama hampir 20 tahun," katanya.
Lee berkata Singapura dan PAP telah berubah secara menyeluruh, berdepan pelbagai dugaan dan cabaran, tetapi ada beberapa perkara yang kekal tidak pernah berubah.

"Kami masih memakai pakaian serba putih, dan kami masih bersapa satu sama lain sebagai rakan seperjuangan. Kami tetap berdedikasi kepada Singapura, kami masih berasa terpanggil untuk berkhidmat kepada rakyat, kami masih mempunyai kewajipan kepada generasi akan datang untuk memastikan negara ini berkembang maju dan selamat."

"Perkara ini tidak berubah di bawah pengawasan saya, dan ia juga tidak akan berubah di bawah 4G," katanya.
PRU Singapura kali terakhir diadakan pada Julai 2020.

-- BERNAMA

Sponsored Post

DPM Wong ambil alih jawatan PM Lee pada 15 Mei​

1713170252624.png

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong bakal menyerahkan teraju pucuk pimpinan Singapura kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 15 Mei ini. - Foto ST

Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan menyerahkan teraju pucuk pimpinan Singapura kepada Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 15 Mei ini.

Encik Wong akan menjadi Perdana Menteri keempat Singapura selepas beliau mengangkat sumpah di Istana pada 8 malam pada hari tersebut.

Tarikh penyerahan itu diumumkan menerusi kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada 15 April.

Kenyataan itu berkata Encik Lee akan menyerahkan jawatannya itu kepada Encik Wong pada 15 Mei.

Selain menjadi pilihan Encik Lee, Encik Wong, juga telah mendapat sokongan penuh para Anggota Parlimen (AP), yang sebulat suara memilih beliau sebagai calon paling sesuai mendukung jawatan Perdana Menteri Singapura yang keempat dan menerajui pasukan pemimpin generasi keempat (4G) kata kenyataan tersebut.

Encik Lee, 72 tahun, meletak jawatan selepas menyandang jawatan Perdana Menteri selama 20 tahun.

Beliau telah dilantik sebagai Perdana Menteri ketiga Singapura pada 12 Ogos 2004 bagi menggantikan Encik Goh Chok Tong.

Pada November 2023, Encik Lee mengumumkan bahawa beliau berhasrat untuk berundur sebelum pilihan raya umum 2025 dan akan digantikan oleh Encik Wong, 51 tahun.

Walaupun telah memberi bayangan tentang rancangan meletak jawatan itu sejak tahun lalu, Encik Lee telah membiarkan tarikh peralihan itu sebagai satu tanda tanya.

Wong was born on 18 December 1972 in the eastern part of Singapore. He is of ethnic Hainanese descent and was raised in the Methodist denomination of Christianity.[8] Growing up, Wong and his family lived in a public Housing and Development Board (HDB) flat in Marine Parade.[8] Wong's father worked as a sales executive while his mother was a teacher at his primary school.

Wong attended Haig Boys' Primary School (now Tanjong Katong Primary School), Tanjong Katong Technical School (now Tanjong Katong Secondary School), and Victoria Junior College before going to college.

Wong received a Bachelor of Science with a major in economics from the University of Wisconsin–Madison in 1994 under the Public Service Commission scholarship. He received a Master of Arts in applied economics from the University of Michigan in 1995 and a Master in Public Administration from Harvard University in 2004.

Bakal PM Singapore....

Lepas tu kita duk buat2 tanya knp Singapore lagi maju dari kita 😂
 
Fakta :

Menteri kita mat sabu masuk uitm pun tak graduate
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register