Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 65,194
Top Poster #2
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 65,194
- Reaction score
- 7,151
- Points
- 916
- Awards
- 1
11.01.2025 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara di Bandar Sri Pinang di sini pada Sabtu. Beliau tiba di Bandar Sri Pinang pada jam 10.10 pagi dan disambut Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dan barisan pemimpin negeri. Projek di bawah Kementerian Pengangkutan itu menandakan permulaan era baharu transformasi bagi rangkaian pengangkutan awam di negeri ini. Laluan LRT sepanjang 29.5 kilometer ini dijangka memperkukuh hubungan serantau, meningkatkan mobiliti dan menyokong pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang pada masa depan.
Projek ini dijangka mula beroperasi pada Disember 2031, mencipta ribuan peluang pekerjaan, menarik pelaburan yang signifikan serta meningkatkan kualiti hidup rakyat Pulau Pinang. Sebelum ini, Jemaah Menteri telah meluluskan cadangan pembangunan Projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang pada Mac tahun lalu yang dijangka siap pada 2030. Projek LRT itu mengandungi 21 stesen termasuk dua stesen pertukaran iaitu di Stesen Komtar dan Stesen Penang Sentral itu. Kerajaan Pusat telah memutuskan untuk melantik MRT Corp, syarikat 100 peratus milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc), sebagai pemaju dan pemilik aset untuk projek tersebut.
Berita asal https://www.sinarharian.com.my/arti...-majlis-pecah-tanah-projek-lrt-laluan-mutiara