PM Luang Masa Dengar Luahan Pemandu, Penghantar Grab

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
24.11.2020 - Kuala Lumpur, Luahan pemandu dan penghantar Grab berhubung beberapa isu mendapat perhatian Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meluangkan masa bertemu sekumpulan daripada mereka di Pusat Pemandu Grab di Petaling Jaya dekat Kuala Lumpur, hari ini. Dalam hantaran di Facebooknya, perdana menteri berkata beliau akan mengkaji dan berbincang dengan kementerian berkaitan berhubung masalah kesukaran pemandu dan penghantar Grab mendapatkan pinjaman kewangan serta kekangan bantuan kerajaan seperti subsidi minyak.

Katanya kebanyakan pemandu dan penghantar Grab juga melahirkan kebimbangan mengenai peraturan Lesen Pengendali Sementara (LPS) dan garis panduan perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan atau p-hailing, yang khabarnya akan dilaksanakan Kementerian Pengangkutan (MOT) sedikit masa lagi.

“Saya akan meminta MOT meneliti semula perkara ini dengan seberapa segera,” katanya.

Menyifatkan golongan berkenaan sebagai petugas barisan hadapan tidak didendang, Muhyiddin menzahirkan rasa bangga dengan semangat dan dedikasi mereka bagi mencari rezeki untuk keluarga demi kelangsungan hidup terutama sejak wabak Covid-19 melanda negara. Perdana menteri turut menghargai sumbangan besar para pemandu dan penghantar dalam menjana ekonomi negara. Muhyiddin berkata mereka bukan sahaja mencari rezeki untuk diri sendiri, malah membantu memperluaskan rantaian ekonomi para peniaga lain.

“Mendengar luahan hati mereka, saya dapat tahu rata-ratanya menunggu peluang pekerjaan yang lebih baik dan stabil. Namun tidak mahu berpeluk tubuh, mereka menjadi pemandu/rider Grab, sekurang-kurangnya dapatlah membantu menampung kehidupan bersama keluarga. Ada antara mereka terpaksa memandu atau menghantar pesanan pelanggan lebih lapan jam sehari. Ramai juga yang telah menjadi pemandu atau riders sepenuh masa setelah hilang pekerjaan tetap,” katanya.

Perdana menteri turut berkongsi bahawa mereka memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM4,000 ke RM5,000 sebulan sebelum wabak Covid-19 namun, kini hanya memperoleh pendapatan sekitar RM2,000 ke RM2,500 sebulan atau kurang, bergantung kepada kekerapan perjalanan yang dibuat.

“Sekarang ini kalau dapat RM100 sehari pun mereka mampu tersenyum tetapi jika mereka mendapat RM150 sehari, bolehlah mereka tersenyum lebar,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau juga berpeluang bertemu pasangan suami isteri orang kelainan upaya (OKU) Siti Fatimah dan suaminya Nijaz Nathan Vellasamy yang tidak menjadikan kekurangan sebagai penghalang untuk mencari rezeki. Beliau difahamkan terdapat lebih 200 pemandu OKU beroperasi dalam perkhidmatan Grab ketika ini.

“Mereka meminta kerajaan memberikan sokongan kepada pemandu OKU dengan mempermudahkan syarat pengambilan lesen pemandu PSV (Kenderaan Pengangkutan Awam) yang dikatakan amat ketat dan membolehkan mereka bekerja seperti pemandu e-hailing lain,” katanya.

Muhyiddin turut menitipkan pesanan buat para pemandu dan penghantar supaya menjaga keselamatan diri ketika mencari rezeki serta tidak berputus asa atau cepat mengalah apabila berdepan dugaan.

Screenshot-3335.jpg


Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/552353
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
286,987
Reaction score
11,947
Points
2,376
E-HAILING | PM Akan Kaji Bantuan Kewangan & Subsidi Petrol

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengkaji dan berbincang dengan kementerian berkaitan bagi menyalurkan bantuan kewangan dan subsidi petrol kepada pemandu dan penghantar E-Hailing yang terjejas.

 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,489
Reaction score
1,086
Points
151
Cerita pi jumpa kt opis grab, patut kerajaan tekan company mcm grab, perah tenaga org tp hasil xberbaloi....benda dr zaman najib lg.....minyak xdk subsidi, tmbg mcm tu, maintance keta lg....sapa yg buat grab faham la.....grab mcm mn.....
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,798
Reaction score
3,791
Points
236
Cerita pi jumpa kt opis grab, patut kerajaan tekan company mcm grab, perah tenaga org tp hasil xberbaloi....benda dr zaman najib lg.....minyak xdk subsidi, tmbg mcm tu, maintance keta lg....sapa yg buat grab faham la.....grab mcm mn.....
kalo rajin ok je, dulu i pernah buat, skrg member i buat .. tapi kurang pendapatan skit sbb MCO, kete maintenance free (kalo amik kat Grab / 3rd party), kalo dapat subsidi minyak bagus :)
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,644
Reaction score
1,395
Points
201
Cerita pi jumpa kt opis grab, patut kerajaan tekan company mcm grab, perah tenaga org tp hasil xberbaloi....benda dr zaman najib lg.....minyak xdk subsidi, tmbg mcm tu, maintance keta lg....sapa yg buat grab faham la.....grab mcm mn.....
Mcm aku ckp.. bile situasi gawat. Yg untung company corporate. Konon memberi peluang pekerjaan.. pm tak tau ke dia org x ada basic.. makan komission je.. pusing sana sini yg untung grab.. elok lagi syaid Sadiq
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,644
Reaction score
1,395
Points
201
Baca komen kt group rider grab.. dianorg kata yg pm jumpe tu org office.. bukan rider pon.. saje pakai baju grab
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,489
Reaction score
1,086
Points
151
Mcm aku ckp.. bile situasi gawat. Yg untung company corporate. Konon memberi peluang pekerjaan.. pm tak tau ke dia org x ada basic.. makan komission je.. pusing sana sini yg untung grab.. elok lagi syaid Sadiq
Bkn waktu gawat ja waktu sebelum gawat pun grab buat hal, bila pemandu buat aduan mn ada tindakan langsung
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,644
Reaction score
1,395
Points
201
Bkn waktu gawat ja waktu sebelum gawat pun grab buat hal, bila pemandu buat aduan mn ada tindakan langsung

Lepas tu pi jumpe offfice grab.. ingat rider yg terkesan duduk kt opis kot.. haha. Nasib la
 
Sponsored Post
Top
Log in Register