BTC USD 62,579.1 Gold USD 1,803.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM lancar Pelan Perlindungan Takaful anak yatim

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR — Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor malam tadi melancarkan Pelan Perlindungan Takaful bagi anak yatim di bawah Projek Inspirasi Harapan yang dilaksanakan Yayasan Harapan Kanak-Kanak Malaysia (YHKM).

Rosmah yang juga Penaung YHKM berkata, inisiatif itu merupakan satu contoh bernas dan daya usaha kreatif yang mampu mencipta harapan baharu serta jaminan masa depan lebih baik kepada anak yatim.

"Saya dimaklumkan bahawa dengan hanya caruman minimum RM50 sebulan atau RM600 setahun, kita dapat menyediakan jaminan pendidikan, simpanan kewangan dan pampasan kemalangan kepada anak-anak yatim terlibat,” katanya ketika berucap pada sambutan Aidilfitri 1Malaysia anjuran YHKM di sini.

Rosmah berkata, perlindungan takaful disediakan oleh yayasan itu akan membolehkan anak yatim yang mencapai usia 21 tahun memiliki simpanan sendiri sekurang-kurangnya RM18,000 dan boleh dimanfaatkan bagi tujuan pendidikan mahupun masa depan setelah keluar dari rumah anak yatim masing-masing.

Bagi memulakan pelaksanaan Projek Inspirasi Harapan, 100 anak yatim dari Rumah Titian Kaseh dan Rumah Anak Yatim Sabak Bernam dipilih menjadi kumpulan perintis yang akan menerima pelan perlindungan takaful itu.

Rosmah berkata, yayasan itu perlu mengumpul dana sebanyak RM60,000 bagi membiayai kos penyediaan pelan takaful bagi tahun pertama untuk kumpulan anak yatim tersebut.

"Dalam merealisasikan Projek Inspirasi Harapan ini, saya menggesa seluruh anggota masyarakat agar tampil memberi sumbangan kepada anak-anak yang terpilih untuk menerima pelan takaful ini,” katanya.

Beliau berharap pelaksanaan pelan takaful kepada kumpulan perintis itu akan membuka jalan supaya lebih ramai anak yatim di seluruh negara tanpa mengira bangsa dan agama menikmati perlindungan takaful yang disediakan YHKM. — BERNAMA



*:D:D:D
 
Sponsored Post

mahir_tg

Super Active Member
Paid Membership
Joined
Jan 29, 2012
Messages
8,260
Reaction score
20
Points
65
Ada udang sebalik batu bata ni...:D:D:D
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register