BTC USD 57,426.8 Gold USD 1,789.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM, k'jaan Malaysia kena saman isu kedaulatan Pulau Batu Puteh

cik_piz

Fun Poster
Messages
373
Joined
Jan 24, 2011
Messages
373
Reaction score
48
Points
20
Bahana kerajaan PH suatu ketika dahulu....


Elok la Kerajaan sekarang semak dan mohon tuntutan semula. Harta negara tu..
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
94,919
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
94,919
Reaction score
15,382
Points
1,906
Mesyuarat Kabinet semalam, memutuskan untuk menubuh 3 jawatankuasa khas bagi siasatan menyeluruh kes kematian Allahyarham Adib, semakan semula perundangan ke atas kes Pulau Batu Putih dan siasatan terhadap dakwaan bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.
Ketiga-tiga jawatankuasa diberi tempoh 6 bulan untuk mengemukakan dapatan dan cadangan kepada Kabinet untuk tindakan susulan.

1633764562305.png

1633764572021.png

1633764581975.png
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,241
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,241
Reaction score
2,957
Points
201
Hatta yang memfailkan saman itu menerusi Tetuan Mohaji, Hazury & Ismail, menuntut supaya defendan membayar pampasan minimum RM10 juta kepada setiap rakyat Malaysia bagi kehilangan pulau itu.

Kaya la kita pasni hehe
 

akudotcom

CG Top Poster Club
Messages
20,241
Joined
Jun 17, 2007
Messages
20,241
Reaction score
2,957
Points
201
Mungkin benar kata Najib, kehilangan Pulau Batu Puteh salah Dr M, kata pemimpin DAP

FMT ReportersOctober 13, 2021 1:46 PM

Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad menarik balik permohonan semakan kes Pulau Batu Puteh pada 2018 atas alasan ia tidak boleh dimenangi. (Gambar AFP)
PETALING JAYA: Kenyataan bekas Perdana Menteri, Najib Razak, bahawa Dr Mahathir Mohamad bertanggungjawab atas kehilangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, mungkin ada benarnya, kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy.

Najib, dalam catatan Facebook baru-baru ini, bertanya siapakah yang menasihati Mahathir supaya menarik balik permohonan semakan kes berkenaan setelah Pakatan Harapan (PH) merebut Putrajaya kira-kira tiga tahun lalu.

Katanya, pentadbiran PH menulis kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) untuk menarik balik permohonan itu pada 28 Mei 2018.

Semakan kes itu difailkan pada Februari 2017 oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Ramasamy berpendapat, PH sepatutnya merayu keputusan terdahulu ICJ.

“Mahathir diberi nasihat yang salah bahawa Malaysia tidak berpeluang memenangi rayuan itu dan bahawa kos rayuan terlalu tinggi,” katanya dalam catatan Facebook.


Katanya, bukan terletak pada Mahathir untuk memutuskan sama ada permohonan semakan boleh dimenangi atau tidak.

“Bukan terletak pada kerajaan PH mahupun Mahathir untuk membuat keputusan menentang rayuan tersebut atas alasan tiada peluang menang.

“Mereka sepatutnya membiarkan ICJ atau Mahkamah Rayuan membuat keputusan mengenai rayuan itu. Mana tahu, Malaysia mungkin menang,” katanya.

Ramasamy berkata, mengapa hal ini dirujuk kepada ICJ dari awal masih menjadi misteri.

“Mahathir mesti menjawab persoalan mengapa perkara ini dirujuk bersama kepada ICJ sedangkan ada jalan diplomatik lain yang boleh diambil.

“Memandangkan Singapura mendapat banyak manfaat daripada hubungan jangka panjangnya dengan Malaysia, ini dapat digunakan secara diplomatik untuk mendapatkan pulau tersebut.

“Saya diberitahu, walaupun Malaysia mempunyai kes yang kuat dan mungkin dapat menang, fakta yang dibentangkan tidak kukuh dan tidak kompeten.

“Mahathir harus jawab kegagalan besar ini,” katanya.

Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas untuk mengkaji kes Pulau Batu Puteh.

Pasukan petugas berkenan akan meminta pandangan pakar undang-undang antarabangsa mengenai permohonan menyemak semula keputusan ICJ.

Bagaimanapun, Ramasamy ragu-ragu pasukan petugas “yang ditubuhkan secara terburu-buru” itu dapat mengatasi masalah tersebut.

“Pasukan petugas mengenai Pulau Batu Puteh nampaknya bermotifkan politik berbanding benar-benar mahu menangani isu ini,” katanya.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,310
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,310
Reaction score
4,277
Points
236
Langkawi bukan Batu Puteh, Dr M jawab Sultan Johor

20.10.2021 - Kuala Lumpur, Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata membenarkan tambakan tanah oleh Singapura adalah tindakan buruk yang lebih serius berbanding mematuhi keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ) untuk mengisytiharkan Pulau Batu Puteh milik republik tersebut, menjawab kritikan Sultan Johor berhubung keputusan Malaysia yang tidak membuat rayuan terhadap keputusan itu.

Mahathir juga menolak perbandingan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berhubung pulau yang menjadi pertikaian itu dengan Langkawi, yang juga merupakan kawasan Parlimen yang diwakili oleh bekas perdana menteri itu. Beliau berkata, berbanding Pulau Batu Puteh yang dituntut Singapura, Langkawi tidak pernah dituntut oleh Thailand, atau tertakluk dengan kes undang-undang antarabangsa di mana dua negara perlu bersetuju dan patuh dengan keputusannya.

“Sebaliknya kerajaan Johor melalui surat telah menyatakan bahawa Johor tidak menuntut Pulau Batu Puteh sebagai milik kerajaan Johor. Kemudian Malaysia mendakwa Pulau Batu Puteh adalah milik Malaysia. Maka ini dipertikai oleh Singapura. Dan berlakulah kontroversi,” tulisnya.

Minggu lalu, Sultan Ibrahim mengecam keputusan Mahathir supaya kerajaan Malaysia tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan ICJ pada 2008 dalam penghakimannya berhubung Batu Puteh atau turut dikenali sebagai Pedra Branca, sebagai milik Singapura.

“Mengapa soal kedaulatan Johor seolah-olah tidak penting kepada kerajaan pada waktu itu? Adakah kita negeri anak tiri? Kalau tak suka Johor… Cuba kalau Malaysia kehilangan Pulau Langkawi kepada Thailand, bagaimana rasa orang Kedah agaknya?” kata Sultan Ibrahim dalam sebuah hantaran Facebook.

Awal bulan ini, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pasukan tindakan khas untuk mengkaji beberapa pilihan yang boleh diambil Malaysia dalam tuntutannya terhadap Batu Puteh. Pulau seluas 8,500 persegi itu terbentuk daripada batu granit, ia dianugerahkan kepada Singapura pada 2008 setelah kedua-dua kerajaan bersetuju untuk membawa tuntutan ke ICJ.

Sultan Ibrahim berkata pasukan petugas tersebut harus mencari alasan di sebalik keputusan Mahathir untuk menerima keputusan ICJ dan tidak berusaha untuk merayu semakan semula kes tersebut sambil menambah isu Pulau Baru Puteh adalah membabitkan isu kedaulatan negara. Mahathir mengingatkan Malaysia sudah berjanji untuk mematuhi setiap keputusan muktamad yang dikeluarkan ICJ, selain turut berkata rundingan mengenai perkara itu tidak menghasilkan sebarang keputusan.

“Negara yang bermaruah mesti hormati janji. Hanya negara yang tidak bermaruah yang akan mungkir janji. Muktamad adalah muktamad. Jika sebuah negara tidak hormati janji, tidak ada negara lain yang akan buat perjanjian dengan negara berkenaan. Ia menjadi negara pariah,” katanya.

Dalam pada itu, Mahathir turut memetik penambakan tanah oleh Singapura berhampiran perairan Johor sebagai contoh di mana kedaulatan negara boleh tergugat.

“Jika tanah yang dijual adalah untuk menambak dan membesar negara lain, dia tidak berbeza dengan menjual bahagian-bahagian tertentu negara kepada negara lain. Hari ini kita jual air dan tanah berlori-lori dan berkapal-kapal ke negara lain guna untuk membesar negara mereka. Atau kita jual laut untuk ditambak dan dimiliki serta diduduki oleh orang lain, keadaannya tidak berbeza dari menjual bahagian-bahagian negara kepada negara asing,” katanya.

Mahathir yang memiliki hubungan keruh dengan Istana Johor beberapa kali mengkritik perjanjian dalam penjualan air mentah Johor ke Singapura. Mahathir dan Sultan Ibrahim juga turut memiliki perselisihan berhubung projek kontroversi, Forest City, sebuah projek pembangunan mega melibatkan empat pulau buatan yang dibina bagi menarik pembeli rumah dari China.
1634734077818.png
 

apoeki

Super Active Member
Messages
7,596
Joined
Aug 7, 2012
Messages
7,596
Reaction score
792
Points
121
Malang kita dpt politician cilaka
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register