BTC USD 54,162.4 Gold USD 2,497.39
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM China Tiba Untuk Lawatan Rasmi 3 Hari Di Malaysia

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
60,649
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
60,649
Reaction score
6,707
Points
916
Awards
1
18.06.2024 - Perdana Menteri China Li Qiang tiba di Malaysia bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari yang juga kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak menyandang jawatan itu pada Mac tahun lalu. Pesawat Air China yang membawa Li dan delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8.44 malam tadi. Antara yang menyambut ketibaan beliau ialah Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing, Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dan Duta Besar Malaysia ke China Norman Muhamad. Sejurus tiba, Li memeriksa kawalan kehormatan yang dibarisi oleh 28 pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (Infantri Istiadat) diketuai Nur Ahmad Zaim Zahari.

Lawatan beliau juga adalah bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China susulan pemeteraian Kenyataan Bersama antara Abdul Razak dan Chou En Lai pada 31 Mei 1974. Semasa lawatan itu, Li dijadual mengadakan mesyuarat dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim bagi membincangkan hal berkaitan hubungan dua hala serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu-isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama. Kedua-dua pemimpin juga akan menyaksikan pertukaran beberapa memorandum persefahaman dan persetujuan dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi digital, pembangunan hijau, pelancongan, perumahan dan pembangunan urbanisasi, pendidikan tinggi, sains dan teknologi serta pengeksportan agrikomoditi ke China.

Anwar dan Li akan menghadiri majlis makan malam bagi menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China. Li juga akan mengadakan kunjungan bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim. Perdana menteri China itu juga dijangka menghadiri majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Gombak dan makan tengah hari bersama komuniti perniagaan dari kedua-dua negara. Pada 2023, China kekal sebagai rakan perdagangan terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut sejak 2009 dengan nilai dagangan RM450.84 bilion (USD98.90 bilion). Hubungan Malaysia dan China semakin kukuh susulan peningkatan hubungan dua hala melalui perkongsian strategik komprehensif pada 2013.
1718728205729.png
 
Sponsored Post

China Sedia Kerjasama Dengan Malaysia, Selaras Strategi Serta Pembelajaran Bersama- Li Qiang

18.06.2024 - China bersedia bekerjasama dengan Malaysia, menjadikan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik sebagai titik permulaan baharu, untuk menyelaraskan strategi pembangunan, mempereratkan kerjasama yang saling mendatangkan manfaat dan meningkatkan pertukaran serta pembelajaran bersama antara tamadun, kata Perdana Menteri China Li Qiang. Li, yang sedang dalam lawatan rasmi selama tiga hari ke Malaysia, berkata China juga bersedia mempromosikan pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan dan memberikan sumbangan lebih besar kepada keamanan, kestabilan, pembangunan, dan kemakmuran rantau ini serta dunia secara keseluruhan.

“Pada masa ini, China sedang memajukan pemodenan warga China secara menyeluruh melalui pembangunan berkualiti tinggi. Malaysia, di pihaknya, mempromosikan pembangunan negara di bawah visi Malaysia MADANI. China bersedia bekerjasama dengan Malaysia…,” katanya dalam kenyataan ketibaan yang disediakan kepada Bernama selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Selasa.

Ini merupakan lawatan pertama Li ke negara ini sejak memegang jawatan itu pada Mac tahun lepas.Lawatannya berbetulan dengan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan China, selepas penandatanganan Kenyataan Bersama antara Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China ketika itu Chou En Lai pada 31 Mei 1974.Menurut Li, sepanjang 50 tahun sejak penubuhan hubungan diplomatik, hubungan China-Malaysia telah mengekalkan momentum pertumbuhan yang baik.

“Kami telah mengukuhkan kepercayaan strategik bersama, memperhebatkan pertukaran antara rakyat, dan mencapai hasil yang memberangsangkan dalam kerjasama Jalur dan Laluan yang berkualiti tinggi. Malaysia adalah ekonomi memuncul yang utama di Asia, ahli utama ASEAN, dan mempunyai peranan penting untuk kemakmuran serta kestabilan serantau,” kata Li.

Perdana Menteri itu berkata pertumbuhan hubungan China-Malaysia telah membawa manfaat nyata kepada rakyat kedua-dua negara, dan memberikan sumbangan positif kepada keamanan dan pembangunan di rantau ini. Li berkata beliau berbesar hati untuk melakukan lawatan rasmi ke Malaysia atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat China, saya ingin menyampaikan salam mesra dan ucap selamat kepada kerajaan dan rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas, Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Anwar mencapai persefahaman penting mengenai pembinaan komuniti China-Malaysia yang berkongsi masa depan, membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala. Dalam lawatan rasminya kali ini, beliau “menantikan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan bertemu Perdana Menteri Anwar untuk perbincangan mendalam mengenai pembinaan komuniti berkongsi masa depan China-Malaysia dan mempereratkan kerjasama strategik menyeluruh kami.”

“Saya juga akan menghadiri sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik China-Malaysia dan Tahun Persahabatan China-Malaysia,” katanya.
1718736979015.png
 
Hubungan Malaysia-China Terbina Atas Ikatan Rasa Saling Menghormati, Persefahaman - PM

20.06.2024 - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merujuk kepada interaksi dengan Perdana Menteri China, Li Qiang mengetengahkan sikap kepimpinan China yang dianggapnya amat mesra dan saling menghormati, di samping menekankan kepada pemahaman mendalam mengenai perbezaan budaya antara negara. Dalam ucapannya di majlis makan tengah hari Komuniti Perniagaan Malaysia-China hari ini, beliau menyentuh tentang skeptisisme yang sering dibangkitkan oleh pemerhati antarabangsa khususnya dari negara Barat, mengenai hubungan dua hala yang ditingkatkan antara Malaysia dan China. Beliau berkata pengkritik kerap mempersoalkan sama ada perkongsian strategik yang komprehensif itu akan memudaratkan Malaysia, sebuah negara yang lebih kecil.

“Saya telah beri jaminan berdasarkan sejarah terdahulu dari zaman Maharani di China dan Sultan Melaka. Lawatan Perdana Li Qiang, sahabat saya yang dihormati ini, telah membuktikan (kemesraan). Kami berbincang selama berjam-jam, tanpa sebarang keangkuhan atau ultimatum. Walaupun terdapat isu yang dipertikaikan, kita lihat mereka sebagai rakan kongsi dan sahabat yang dipercayai… terlibat dalam perbincangan selama beberapa jam sebagai rakan kongsi setara dan boleh dipercayai,” katanya di sini.

Dalam merujuk kepada skop kerjasama Malaysia-China yang lebih luas, Anwar menyentuh kepada perkara-perkara yang menjadi perhatian bersama seperti masa depan pendidikan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Kecerdasan Buatan (AI) dan kemajuan digital. Beliau turut mengetengahkan manfaat bersama mempelajari antara satu sama lain dan bekerjasama bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat di kedua-dua negara, serta kepentingan untuk memahami dan menghargai perbezaan budaya dan agama. Perdana Menteri kemudiannya merujuk kepada penganjuran persidangan antarabangsa besar mengenai Islam dan Konfusianisme pada tahun 1995, yang memupuk prinsip etika di samping mengetengahkan amalan ekonomi berperikemanusiaan, dan beliau melahirkan rasa gembira kerana Perdana Menteri China, Li Qiang turut menyokong idea untuk meningkatkan pemahaman dan dialog antara Islam dan Konfusianisme.

“Saya memilih untuk menyentuh perkara ini kerana ia sendiri merupakan satu teguran dan sanggahan terhadap propaganda berlebihan kononnya kita harus meragui dan merasa bimbang akan dominasi China dari segi ekonomi, ketenteraan, teknologi. Kita di Malaysia berpendirian neutral, dan mempunyai keazaman untuk bekerjasama dengan semua negara dan dengan China, kita melihat Perdana Menteri Li Qiang sebagai rakan yang akan bekerjasama dengan kita, bekolaborasi, serta membuktikan kepada dunia bahawa perpaduan, persahabatan ini amat bermakna,” katanya.

Majlis makan tengah hari itu turut dihadiri oleh Li, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz, Menteri Perdagangan China, Wang Wentao, anggota delegasi dan juga anggota komuniti perniagaan. Li tiba di Malaysia pada hari Selasa untuk lawatan rasmi tiga hari, dan ia merupakan kunjungan sulung beliau ke negara ini sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada Mac 2023. Lawatan juga bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia – China, susulan pemeteraian Kenyataan Bersama antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China pada masa itu, Chou En Lai pada 31 Mei 1974. China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun sejak 2009, dengan jumlah perdagangan berjumlah RM450.84 bilion (AS$98.90 bilion) pada 2023.
1718866650656.png
 
Hubungan Erat Dengan China Tarik Pelabur Bawa Teknologi Tinggi

21.06.2024 - Hubungan yang erat dengan China menjadikan Malaysia bukan saja mempunyai rakan dagang yang besar tetapi juga pelabur asing yang mampu membawa teknologi tinggi untuk dibangunkan di Malaysia, demikian menurut penganalisis. Kemasukan modal asing dari China serta perdagangan dua hala dalam pelbagai produk mampu melonjakkan pertumbuhan ekonomi negara terutamanya kesan rantaian terhadap industri yang berkaitan serta menggalakkan pemindahan teknologi, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat. Di samping itu, hubungan yang erat dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu juga membolehkan Malaysia mengimbangi dominasi ekonomi dan politik Barat.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr Aimi Zulhazmi Abdul Rashid, berkata kepesatan ekonomi China diterajui oleh pembangunan teknologinya dan penyelidikan yang intensif. Beliau berkata, melalui hubungan dengan China, Malaysia boleh memanfaatkan pembangunan dan penyelidikan teknologi China yang diiktiraf antara yang termaju di dunia. Malah, katanya, keupayaan kewangan China juga turut membantu dalam mengembangkan ekonomi Malaysia.

“Dengan pasaran domestik yang terbesar di dunia pada waktu sebelum India mempunyai lebih ramai penduduk, perindustrian China diterajui oleh pasaran domestik yang besar, membolehkannya memperbaiki kualiti barangan keluarannya sehingga boleh bersaing di peringkat antarabangsa. Dengan mengeratkan lagi hubungan dengan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia itu, Malaysia bukan saja mempunyai rakan dagang yang besar tetapi juga pelabur asing yang mampu membawa teknologi tinggi untuk dibangunkan di Malaysia. Kita tidak mahu negara kita hanya menjadi kilang pemasangan barang yang diimport dari luar dengan teknologi dari luar, menggunakan kos pengeluaran yang rendah di Malaysia sama ada gaji yang rendah atau pun menggunakan tenaga pekerja asing yang murah di Malaysia,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian bagi mengulas hubungan Malaysia dan China diperkukuhkan lagi dengan beberapa memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatan sulung Perdana Menteri China, Li Qiang ke Malaysia, memperingati Jubli Emas hubungan diplomatik kedua-dua negara. Aimi Zulhazmi berkata, Malaysia juga memerlukan hubungan yang erat dengan China untuk mengimbangkan kuasa Barat terutamanya Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) yang telah lama menguasai pasaran, komoditi utama dunia, makanan dan kekuatan ketenteraan. Beliau berkata, kewujudan BRICS juga memberikan impetus kepada pengaruh China di peringkat global.
1718953063464.png
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register