BTC USD 23,589.7 Gold USD 1,868.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM arah tidak teruskan kelulusan projek tebatan banjir RM7 bilion

fuhgeddaboudit

Active Member
Messages
2,044
Joined
Mar 10, 2016
Messages
2,044
Reaction score
771
Points
71
baru nampak berkuasa, batalkan bende yang takde haha

Apa plak xda..

Dalam Rm7billion projek Tebatan Banjir nie..

Sejumlah RM4.xx Bilion telah DILULLUSKAN untuk Megeri Selangor jer..
Skrg, MB Selangor sedang cuba dapatkan declaration dr MOF,
samada Projek Tebatan Banjir di Selangor ni,
termasuk atau tidak dalam Kos RM7billion tu..
title.JPG
 
Sponsored Post

fuhgeddaboudit

Active Member
Messages
2,044
Joined
Mar 10, 2016
Messages
2,044
Reaction score
771
Points
71
Tengku Zafrul dalam kenyataan pada 11 Nov 2022,
Sebelum PRU15 mengatakan,

Kelulusan adalah sehari sebelum Parlimen dibubarkan...

Kerja bina projek tebatan banjir seluruh negara dipercepat - Tengku Zafrul​

KUALA SELANGOR: Kerajaan sudah mengarahkan supaya kerja-kerja pembinaan projek tebatan banjir di seluruh negara dipercepatkan dengan peruntukan untuk pembiayaan juga sudah ditingkatkan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, sebanyak RM15 bilion peruntukan disediakan bagi menjayakan projek mengawal bencana itu, dengan Selangor menerima peruntukan tertinggi.

"Memang (tambah peruntukan) sudah dibuat Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) dan saya dalam Kabinet sudah bentangkan isu ini sebelum ini bersama Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA).
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,325
Points
2,866
Awards
1

'Saya belum luluskan lagi projek tebatan banjir' - Tuan Ibrahim​

Timbalan Presiden PAS,  Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man ketika hadir  Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2022 Dan Pelancaran Dasar Kelantanku Bersih di Dewan Bunga Emas, Hotel perdana. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Bekas Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan beliau belum pernah menandatangani sebarang Surat Setuju Terima (SST) kepada mana-mana syarikat berhubung projek tebatan banjir.

Dalam masa sama, Tuan Ibrahim juga turut mempersoalkan jumlah peruntukan RM7 bilion yang hendak dikaji semula berikutan peruntukan asal adalah RM15 bilion.

"Setakat ini, tidak ada SST yang dikeluarkan kepada mana-mana syarikat jadi tidak timbul soal hendak batal sebab ia tidak lulus dan belum dimulakan lagi.

"Malah, saya juga tidak pernah menandatangani peruntukan RM15 bilion ini.

"Saya tidak pasti dari mana datangnya jumlah RM7 bilion yang dibangkitkan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Kelantanku Bersih Tahun 2022 dan Pelancaran Dasar Kelantanku Bersih di sini, hari ini.

Majlis disempurnakan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Tuan Ibrahim berkata, setiap kali banjir negara mengalami kerugian di antara RM6 hingga RM7 bilion dan disebabkan itu isu tebatan banjir perlu diberi perhatian yang serius.

Contohnya, beliau berkata, tebatan banjir Sungai Golok perlu disegerakan bagi mengelakkan Rantau Panjang dan Pasir Mas, Tumpat dilanda banjir setiap tahun.

"Ketika Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri, beliau melihat perlu kepada dana yang besar diperuntukkan sebanyak RM15 bilion namun ia belum dilaksanakan dan baru dalam proses.

"Keutamaan diberikan kepada perkara yang perlu diberi perhatian dan itu bukan sahaja membabitkan tebatan banjir tetapi ia juga membabitkan naik taraf sistem.

"Sebagai contohnya, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) perlu dinaik taraf termasuklah amaran awal banjir kepada pengguna dan ia membabitkan satu pakej yang besar, namun satu pun belum diluluskan lagi," katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.

Beliau dipetik berkata, kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Mengulas lanjut Tuan Ibrahim berkata, hampir setiap tahun negeri di Pantai Timur mengalami banjir sejak berpuluh-puluh tahun lalu, seolah-olah tidak ada langkah penyelesaiannya.

"Bagaimanapun bagi projek tebatan banjir fasa pertama sudah pun dilaksanakan dan berharap kerajaan baru dapat meneruskannya.

"Ini disebabkan isu bencana alam ini membabitkan kepentingan politik, kaum dan kita harus lihat perkara ini bagi kepentingan rakyat.

"Secara peribadi saya rasa perkara ini (projek tebatan) perlu diteruskan demi kepentingan rakyat dan negara untuk mengurangkan bencana, kematian serta kerugian.

"Sekiranya ia tidak dilaksanakan, negara akan mengalami kerugian hampir RM7 bilion setahun dan ia banyak dan perlu disegerakan, tetapi ia bergantung kepada Perdana Menteri untuk meneruskan atau sebaliknya," katanya.
Disiarkan pada: Disember 8, 2022 @ 2:31pm
 
puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,816
Joined
Jun 28, 2011
Messages
28,816
Reaction score
3,730
Points
261

Surat mangkubumi yang rapiji dedah haritu. Surat apa pulak?
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,325
Points
2,866
Awards
1
Surat mangkubumi yang rapiji dedah haritu. Surat apa pulak?
tn puyol, dlm hal tebatan bajir ni ada dua
1.yg rafizi, 2.yg DSAI

1.yg rafizi tu berkenaan projek rundingan terus diberikan pada masa takde kerajaan, kerajaan dah dibubarkan

2.yg DSAI tu berkenaan projek dibuat secara rundingan terus dan tak teratur
 
Maestro

Super Active Member
gem
Messages
5,806
Joined
Nov 11, 2009
Messages
5,806
Reaction score
1,783
Points
151
elok la tu...dulu pun cancel canal city(sekarang dah jadi eco sanctuary,rimbayu,gamuda 257,tropicana aman), dulu ni projek takungan air untuk selangor...cancel sebab proses tak telus katanya...sampai sekarang selangor terkesan sebab cancel canal city ni...
 
puyol

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,816
Joined
Jun 28, 2011
Messages
28,816
Reaction score
3,730
Points
261
Awards
1
elok la tu...dulu pun cancel canal city(sekarang dah jadi eco sanctuary,rimbayu,gamuda 257,tropicana aman), dulu ni projek takungan air untuk selangor...cancel sebab proses tak telus katanya...sampai sekarang selangor terkesan sebab cancel canal city ni...
Dah start buat banyak flat tinggi2 kat rimbayu. Kirim salam jela projek tebatan banjir.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register