BTC USD 23,472.9 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM arah polis ambil tindakan terhadap fitnah ejen Israel

Sponsored Post

none

Super Active Member
Messages
8,297
Joined
Nov 14, 2007
Messages
8,297
Reaction score
363
Points
91

Ahli Parlimen Pas nafi tuduh Anwar sebagai ejen Israel​


-
30 November 2022

Hassan-saad.jpg

Hassan Saad
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pas Hassan Saad menafikan pernah mengeluarkan kenyataan mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen Israel.

Hassan yang memenangi kerusi Parlimen Baling pada Pilihan Raya Umum ke-15 berkata, video menggunakan gambar beliau sebagai latar belakang telah mengaitkan Anwar dengan Israel dikesan tular sejak 27 November lalu.


“Kesan penyebaran video dengan suara latar seorang wanita itu membuatkan ada yang mempercayainya walaupun jelas ia bukanlah kenyataan atau suara milik saya.

“Justeru saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan seperti mana didakwa dan ditularkan dalam video berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memohon semua pihak supaya menyiasat terlebih dahulu sebelum mudah mempercayai apa-apa berita atau maklumat.

Media semalam melaporkan pihak polis telah menerima laporan berhubung kenyataan yang dikaitkan dengan Ahli Parlimen Baling itu terhadap Perdana Menteri sebagai ejen Israel.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Saaduddin, berkata, siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Bahagian Pendakwaan/Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Bukit Aman.

Katanya, kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 504, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Anwar dilaporkan telah menghantar surat tuntutan kepada Hassan dan memberi masa tiga hari supaya menarik balik dengan serta-merta kenyataan dan audio fitnah mengaitkan pelantikannya dengan pengaruh Israel.

Anwar yang mengemukakan surat tuntutan (LOD) melalui firma guaman SN Nair & Partners, turut menuntut Hassan membuat permohonan maaf tanpa syarat dalam cara dan bentuk yang akan diluluskan peguam beliau serta disiarkan dalam akhbar dan media pilihannya.

Selain itu, Hassan diminta mengemukakan aku janji bertulis untuk tidak mengulangi mana-mana dakwaan dan komen seperti dalam perkataan serta audio memfitnah berkenaan.-MalaysiaGazette


Aikk.. Gitu pulak.. .
Berani kerana benar. Biar polis siasat, dedahkan bukti dsai ni mg ejen israil.
Bahaya ooi klu betul ejen israil...
Tp klu sekadar main hembus..
Jgn tkut siasatan polis tp tkut ler balasan akhirat nt...
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
125,444
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
125,444
Reaction score
21,325
Points
2,866
Awards
1
1670230651753.png



PM nafi arah polis siasat pengkritik, berbeza pendapat dibenarkan

Diterbitkan: Dec 5, 2022 4:33 PM

Dikemaskini: 4:44 PM



Perdana Menteri Anwar Ibrahim menafikan dirinya mengarahkan pihak polis supaya menyiasat lawannya.
Katanya, orang ramai dibenarkan untuk mengkritik perdana menteri dan kerajaan, dan dia akan menjawap segala persoalan yang dilontarkan dan bukannya mengarahkan polis untuk menyiasat mereka.

Bercakap pada sidang media di Putrajaya, Anwar berkata siasatan polis sekarang adalah susulan titah mesyuarat khas Majlis Raja-Raja Melayu yang mahukan unsur hasutan berbaur perkauman dan agama dihentikan segera.


729f54ef611015457a73dcf7ab6c9851.jpg

“Dia bukan arahan perdana menteri atau kerajaan, Ini ketetapan perlembagaan dan kenyataan tegas oleh Raja-Raja Melayu tentang kewaspadaan terhadap memainkan sentimen perkauman dan sikap pelampau agama.




“Arahan itu adalah daripada Raja-Raja Melayu untuk mematuhi semangat perlembagaan.

“Ini tidak boleh disamakan kritik kepada perdana menteri atau kerajaan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas kabinet Kerajaan di Putrajaya, hari ini.

Sejuruh selepasa PRU15, Pemimpin PAS telah melancarkan serangan bermotifkan perkauman dan agama terhadap kerajaan selepas PN gagal menawan Putrajaya.


6eeac2d6de566a6b4ccddcbd5cd06d82.jpg


Susulan itu, pada 28 Nov lalu, ketika masih belum dilantik menganggotai kabinet, ketua penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata bahawa perdana menteri telah mengarahkan polis mengambil tindakan terhadap pihak yang membuat fitnah atau mengeluarkan kenyataan keterlaluan sehingga boleh mengancam keharmonian negara.




Ini, katanya, termasuk menetapkan batas kepada elemen-elemen seperti fitnah tuduhan ejen Israel yang disifatkan sebagai keterlaluan.
Titah Raja-Raja Melayu supaya tiada lagi pemimpin yang membangkitkan isu perkauman atau agama dengan tujuan untuk menghasut masyarakat dibuat dua hari sebelum itu iaitu pada 30 Nov.
Sementara itu, Anwar berkata hasutan seumpama itu tidak boleh disamakan dengan tindakan mengkritik perdana menteri atau kerajaan.
c01146327a564b6f8443c62b155c535c.jpg


“Saya tidak pernah arahkan, malah (saya) beritahu Ketua Polis Negara bahawa kritikan kepada perdana menteri dan kerajaan dalam sistem demokrasi itu diizinkan, seperti mana saya juga akan guna ruang itu untuk menjawab,” katanya,
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,696
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,696
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul. Beliau dilihat tiba pada jam 2.57 petang tadi dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire putih. Beliau hadir di IPD, Sentul untuk memberi keterangan kepada polis sebentar tadi susulan beberapa laporan terhadapnya sebelum ini.

1670237110278.png
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,396
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
35,396
Reaction score
4,599
Points
261
Awards
1
Ketua Pemuda Pas Selangor dipanggil polis beri keterangan isu ejen Israel

Manzaidi Mohd Amin6 December 2022
MGF06122022_PC-KETUA-DEWAN-PEMUDA-PAS-2
Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar bersama peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan selepas selesai memberi keterangan pada pihak polis berhubung kenyataannya dalam media sosial mengenai dakwaan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ejen Israel ketika di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam. Foto MOHD ADZLAN, 06 DISEMBER 2022.
SHAH ALAM – Ketua Dewan Pemuda Pas Selangor (DPPS), Mohamed Sukri Omar hari ini hadir di Balai Polis Shah Alam (IPD) untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya agar presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang tidak diganggu.

Katanya, berikutan kenyataan itu, ada pihak dari Kerajaan Perpaduan telah membuat laporan polis kononnya beliau turut bersengkongkol dengan Presiden Pas mengenai dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan ejen Israel.

“Hari ini saya dipanggil untuk beri keterangan mengenai kenyataan saya agar Presiden Pas tidak diganggu. Keterangan ini diambil kononnya saya dan Presiden Pas ada mengeluarkan kenyataan menuduh Anwar ejen Israel.

“Sedangkan sehingga hari ini tidak ada pun mana-mana pihak dapat membuktikan apatah lagi mengesahkan Abdul Hadi ada mengeluarkan kenyataan seumpama itu.

“Selain Abdul Hadi dan saya, Ahli Parlimen Baling, Hassan Saad juga turut disiasat. Sedangkan, Hassan tidak menyebut demikian,” katanya ketika ditemui di pekarangan IPD Shah Alam di sini hari ini.

Beliau ditemani peguamnya, Ahmad Amzar Ahmad Azlan yang memberi keterangan hampir dua jam dari pukul 9.30 hingga 11.30 pagi.

Sementara itu Ahmad Amzar berkata, keterangannya diambil oleh pegawai penyiasat Ibupejabat Polis Daerah Shah Alam dan mengucapkan terima kasih kepada polis kerana memberi layanan yang baik.

“Anak guam saya memberi kerjasama sepenuhnya dan kami menunggu tindakan lanjut daripada pegawai penyiasat sama ada akan panggil semula atau angkat kertas siasatan itu Pendakwa Raya.

“Selain keterangan, telefom bimbit anak guam saya juga diambil oleh polis untuk membantu siasatan,” katanya. – MalaysiaGazette
 

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,396
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
35,396
Reaction score
4,599
Points
261
Awards
1
Kami kenal Tuan Guru Presiden kami

December 6, 2022

SEMALAM Presiden PAS Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul untuk dirakam keterangannya berikutan beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya. Menurut peguamnya siasatan polis dijalankan Tuan Guru mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan (kenyataan yang mendatangkan khianat awam) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar perkhidmatan dan rangkaian perkhidmatan).

Selama lebih 40 tahun Tuan Guru menjadi ADUN, Ahli Parlimen, Menteri Besar, Ketua Pembangkang, beliau bersungguh bertarung di atas pentas politik demi memenangkan matlamat dan dasar perjuangan PAS. Di atas pentas politiklah kita memberi penerangan, menjernihkan kekeruhan, menyatakan kebenaran walau pahit semata-mata kerana mahu menegakkan perjuangan masing-masing.

Ada yang kita perkatakan atas pentas itu pedas dan tidak boleh diterima musuh politik, itu adat. Yang penting ianya benar dan biar rakyat yang menilai dan mengukurnya.

Sementara itu politik juga membuka ruang untuk kita berkuasa bagi melaksanakan cita-cita perjuangan. Semasa diberi kuasa, demikianlah juga sepatutnya pentas politik digunakan iaitu untuk memberi penerangan.

Yang menjadikan ahli politik tempang dan pincang adalah apabila ia diberi kuasa, ia khianat. Alhamdulillah sepanjang 40 tahun, ada ketika sebagai pembangkang, ada menjadi kerajaan dan kini kembali pembangkang (di Terengganu masih kerajaan) rekod Tuan Guru bersih dari sebarang siasatan atau pendakwaan yang melibatkan pengkhianatan amanah dan kepercayaan rakyat terhadapnya.

Tuan Guru tidak pernah disiasat atau didakwa kes rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah apatah lagi kes-kes melibatkan jenayah seksual. Ini semua kemungkaran, tindakan tidak bermoral yang perlu dijauhi apatah lagi buat seseorang yang berkecimpung di pentas politik.

Kerana itu apabila Tuan Guru disiasat, kerana kononnya didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur khianat awam atau seumpamanya, ahli-ahli PAS tidak gusar kerana kita kenal Tuan Guru kita. Ahli-ahli PAS akan berdiri teguh mempertahankan Tuan Guru kerana kita semua malah rakyat Malaysia tahu dan mengenali akhlak dan keperibadiannya.

Yang kita akan marah apabila Tuan Guru disiasat kes rasuah atau salah guna kuasa atau pecah amanah serta kes jenayah seksual kerana ianya bukan amalan ahli atau pimpinan gerakan Islam seumpama PAS.

Jika benar Tuan Guru ada melakukan kesalahan mengikut undang-undang yang dinyatakan siasat dan dakwalah beliau, biar masing-masing kemukakan bukti. Biar ianya diadili seadil-adilnya.

Kami sedikit pun tidak akan goyang dalam memberi ketaatan dan kepatuhan kepada beliau selaku Presiden parti. Kami masih boleh berdiri tegak dan bangga kerana pentas politik tidak dicemari atau dinodai Tuan Guru kami.

Yang malang dan mengaibkan adalah apabila kuasa politik disalah guna untuk menipu dan menyeleweng wang rakyat. Kuasa politik diguna untuk mengugut penjawat awam, melakukan jenayah seksual. Dan lebih malang ahli-ahli membuta menyokong mereka yang seumpama ini.

Syukur kerja-kerja mungkar itu bukan berasal dari PAS tetapi pimpinan parti lain.

Kerana itu rakyat khasnya umat Melayu Islam menerima perjuangan PAS, kerana itu rakyat menolak mereka yang mungkar dan pincang.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 6/12/2022

 
Sponsored Post

Top
Log in Register