BTC USD 95,263.2 Gold USD 2,689.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini

zackpenang

Active+ Member
gem
Messages
4,778
Top Poster #7
Joined
Jan 9, 2010
Messages
4,778
Reaction score
1,734
Points
111
NASIONAL

PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini​

Oleh Zatul Iffah Zolkiply
Ogos 10, 2024 @ 12:39pm
[email protected]

PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini.
PM Anwar sambut hari lahir ke-77 hari ini.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-77 hari ini.

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi hantaran di Facebook rasminya hari ini memuat naik serangkap pantun dan ucapan hari lahir kepada Anwar.

"77 angka keramat,
Iltizam membara seiring usia,
Moga teguh memikul amanat,
Allah berkati hidup bahagia.

"Selamat ulang tahun kelahiran buat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," demikian menurut hantaran itu.
PMO turut memuat naik video berdurasi 2 minit 49 saat yang merangkumkan ucapan selamat hari lahir daripada kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, serta Jemaah Menteri.
Mereka turut mendoakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah SWT.
Tidak ketinggalan, ucapan mendoakan Anwar akan membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi serta diberi kebijaksanaan untuk terus memimpin Kerajaan Madani

"Selamat ulang tahun kelahiran, mudah-mudahan barakah, ketakwaan, keimanan bertambah," ucapan Ahmad Zahid kepada Anwar.
"Selamat menyambut ulang tahun kelahiran YAB Perdana Menteri. Semoga dirahmati Allah, yang lebih utama ialah diberi taufik dan hidayah, menjadikan Malaysia sebuah negara yang berjaya," ucap Fadilah.
"10 Ogos tarikh keramat bagi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau nampaknya sihat, berjalan begitu pantas," kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke turut tidak ketinggalan mengucapkan selamat ulang tahun kepada Anwar, " Happy Birthday dan Selamat Hari Jadi'.
"Jangan lupa Datuk Seri dah 77 tahun, kalau boleh lari banyak sikitlah daripada yang sedia ada," Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
"Selamat menyambut hari ulang tahun," ucap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Antara menteri lain yang menitipkan ucapan ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said; Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad
Tinjauan di ruangan komen mendapati pengguna media sosial turut menyampaikan ucapan hari lahir dan mendoakan Perdana Menteri ke-10 itu diberkati dan sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sejahtera.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register