cek mek molek
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 128,642
Paid Membership
Top Poster #2
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 128,642
- Reaction score
- 22,067
- Points
- 2,866
- Awards
- 1
#BHnasional #PRU15 Ismail Sabri berkata sebagai mengenang jasa mereka, parti akan memutuskan bentuk ganjaran selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU15
https://bit.ly/3O5e1ds
November 14, 2022 @ 5:00pm
Ismail Sabri (dua dari kanan) merasmikan Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak Seksyen Selangau WPC08 hari ini. - BERNAMA
SELANGAU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengakui kecewa apabila beberapa menteri dan timbalan menteri dalam Kabinet beliau tidak dicalonkan semula untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Perdana Menteri itu berkata, beliau kecewa kerana semua yang terbabit itu mempunyai jasa cukup besar untuk parti dan negara, selain status mereka juga disifatkan sebagai 'winnable' atau calon mampu menang.
"Ya saya sendiri pun memang rasa kecewa apabila calon 'winnable' itu tidak bertanding," katanya pada sidang media selepas perasmian Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak, Seksyen Selangau, hari ini.
Ismail Sabri berkata demikian ketika ditanya mengenai masa depan menteri dan timbalan menteri yang tidak dicalonkan, tetapi masih setia bersama parti.
BN melalui pengumuman senarai calon untuk PRU15 sebelum ini menggugurkan nama beberapa menteri dan timbalan menteri daripada Kabinet pentadbiran Ismail Sabri.
Antaranya Menteri Perpaduan Negara, Halimah Mohamed Sadique (Kota Tinggi); Menteri Komunikasi dan Multimedia, Annuar Musa (Ketereh); Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim (Arau) dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Dr Adham Baba (Tenggara).
Turut tidak disenarai semula sebagai calon adalah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Zahidi Zainul Abidin (Padang Besar); Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ahmad Hamzah (Jasin); Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Ismail Abdul Mutalib (Maran); dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Mastura Mohd Yazid (Kuala Kangsar).
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata sebagai mengenang jasa mereka, parti akan memutuskan bentuk ganjaran selepas Barisan Nasional (BN) memenangi PRU15.
"Rakan menteri dan timbalan menteri (yang digugurkan) mempunyai jasa cukup besar kepada parti dan negara.
"Kita tidak akan melupakan jasa mereka, lebih-lebih apabila mereka yang tidak bertanding itu tidak menentang parti," katanya.
https://bit.ly/3O5e1ds
PM akui kecewa menteri, timbalan menteri 'winnable' BN tak dicalon semula