BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM akan umum berita gembira berkenaan barangan makanan esok - Fahmi

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,710
Joined
Apr 18, 2010
Messages
46,710
Reaction score
4,787
Points
266
Awards
1
2690937.jpg

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman baik berkenaan barangan makanan esok, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, pengumuman itu, hasil kerjasama baik dan persefahaman antara pihak kerajaan dan sektor industri sebagai usaha membantu rakyat.

"Kita tunggu daripada Perdana Menteri esok. Intro nya berkaitan dengan serba sedikit barang makanan yang lazim kita makan seharian, jadi ada berita baik daripada Perdana Menteri.

"Tetapi ia menunjukkan bahawa bila kita ada kerjasama yang baik dari sektor industri, pihak kerajaan dan ada persefahaman bahawa niat kita adalah untuk rakyat, jadi kita berupaya untuk buat pengumuman seperti yang akan diumumkan Perdana Menteri esok,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Mydin Mart Pantai Dalam dan menyampaikan sumbangan Aidiladha kepada penduduk di Parlimen Lembah Pantai, hari ini.

Ditanya sama ada pengumuman itu mengenai beras, Fahmi berkata, semua pihak perlu menunggu pengumuman istimewa daripada Perdana Menteri itu esok.

Sementara itu, Fahmi berkata, beliau menghargai pembukaan Mydin Mart di Lembah Pantai yang menawarkan produk dan barangan segar dengan harga berpatutan.

Beliau turut memuji tindakan pihak pengurusan pasar raya itu, kerana tidak menaikkan harga barang seperti yang dilakukan beberapa peniaga lain atas alasan penyasaran subsidi diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"(Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad) Datuk Dr Ameer Ali Mydin jelaskan tadi, tidak perlu ada kenaikan harga barang kerana subsidi diesel bagi sektor logistik masih diteruskan dan mereka masih menerima subsidi diesel RM2.15 sen satu liter.

"Jadi saya tegaskan langkah (penyasaran subsidi) kerajaan adalah untuk membantut aktiviti penyeludupan dan laporan KPDN (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup) menunjukkan berlaku perubahan dari segi pola jualan diesel yang cukup mendadak dan ini memberi keyakinan kita untuk meneruskan subsidi kepada kumpulan yang layak dan memerlukan adalah tepat," katanya.

Beliau turut meminta orang ramai memanfaatkan aplikasi price checker yang dibangunkan KPDN, bagi membuat perbandingan harga dan mendapatkan barangan dengan harga lebih murah.

Dalam pada itu, Fahmi berkata, pihaknya juga telah memulakan usaha untuk memanfaatkan produk tempatan sebagai barangan pilihan, dalam memberi sumbangan kepada orang ramai.

Fahmi berkata, usaha itu dapat membantu produk tempatan terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang dijamin berkualiti dan berpatutan, diperkenalkan kepada semua peringkat. - Bernama

Sponsored Post

Dengar boleh percaya jangan..

Kenapa hanya di pasaraya2 pasaraya tertentu saja?
Kenapa dianaktiri rakyat yang jauh dari pasaraya?
Kenapa tak fikir kos utk rakyat yg tinggl jauh dari pasaraya untuk dapatkan barangan murah tu?
KENAPA TIDAK SELARASKAN HARGA SECARA MENYELURUH.

Jika agensi penguatkuasa kerajaan @KPDN tidak makan gaji buta dan rasuah tentu kes penyeludupan diesel dapat dibanteras sebelum ni.
Kenaikan harga diesel menyebabkan harga makanan naik ...
 
X apa, kita ketap bibir dan jalan terus utk penggal ni saja tuan.

Penggal depan nnt kita bagi parti pujaan tuan naik jadi kerajaan. Waktu tu semua masalah selesai, yer x.

Eh, bila tgk gambar profil tuan teringat kes Allahyarham Adib. Dah selesai kan kes tu masa 33 bulan dulu? Alhamdulillah.
 
Kalau buat deal baru lagi dgn businessman memang silap lagi la. Politician kena berhenti buat deal dgn peniaga. Depa nak buat untung, nak jaga perut masing masing. Depa takkan peduli apa faedah untuk rakyat kecuali untuk diri sendiri dan keluarga sendiri.
 
Saya sangka Mat Sabu idaman ramai boleh selesaikan kes keterjaminan makanan rupanya gagal juga ya.Berpuluh tahun mamat ni sembang kuat dalam Pas dan dalam PAN..Apa dia lakukan bila ada kuasa. kencing mcm PMX juga kan?

Semuga parti idaman saya menang dan dapat rakyat hidup aman damai dan selesa dengan keredaan Allah. Amiinn.

p/s tuan undi parti mana PRU15 baru baru ni?
 
Kalau win2 situation ok jer. Kerajaan akan silap andai anggap peniaga sbg musuh. Semua situasi mesti menang2.

Tp dalam apa jua keadaan akan ada yg loss, itu lumrah dlm dunia. Sbb tu sukar utk kerajaan memerintah, nk kurangkan impak terhadap yg terkesan.

Mana mungkin satu2 tindakan akan menghasilkan situasi semua gembira.
 
Saya sangka Mat Sabu idaman ramai boleh selesaikan kes keterjaminan makanan rupanya gagal juga ya.Berpuluh tahun mamat ni sembang kuat dalam Pas dan dalam PAN..Apa dia lakukan bila ada kuasa. kencing mcm PMX juga kan?

Semuga parti idaman saya menang dan dapat rakyat hidup aman damai dan selesa dengan keredaan Allah. Amiinn.

p/s tuan undi parti mana PRU15 baru baru ni?
Semua politikus sama saja, sembang lebih dari kemampuan.

Owh, silap. Politikus idaman tuan x pernah sembang pandai.
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register