BTC USD 23,131.6 Gold USD 1,929.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PM 10 arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,510
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,510
Reaction score
1,256
Points
206

PMX arah tender 5G yang dianugerahkan kepada DNB dikaji semula​

Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan kakitangan pentadbirannya mengkaji semula pemberian tender 5G yang dianugerahkan kepada Digitanl Nasional Berhad (DNB). Menurut beliau, penganugerahan itu tidak dilakukan secara terus.

Buat anda yang telrepas berita, DNB adalah syarikat yang bertanggungjawab menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan 5G di Malaysia kepada telco melalaui model Rangkaian Borong Tunggal (SWN). Ia menyebabkan telco sedia ada tidak boleh membangunkan infrastruktur sendiri dan perlu membayar DNB untuk akses 5G.

Model SWN sewaktu diumumkan dulu telah menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan telco dan pemain industri lain. Misalnya, harga borong untuk akses telco yang diletakkan pada RM30,000/bulan dan ditambat pula pada kontrak 10 tahun.

Menurut kerajaan terdahulu, tiada satu sen pun dikeluarkan pihak kerajaan dan dana swasta sepenuhnya digunakan untuk projek ini. Kos keseluruhan projek 5G ini dianggarkan sebanyak RM16.5 billion untuk tempoh 0 tahun iaitu RM12.5 billion untuk infrastruktur dan RM4 billion lagi untuk penggajian kakitangan.

DNB tidak menepati jadual​

Seperti yang diumumkan tahun sudah, DNB mensasarkan untuk menyediakan perkhidmatan 5G kepada 40% kawasan berpenduduk sebelum 2022 tamat dan 80% kawasan berpenduduk sebelum 2024 tamat. Berdasarkan garis masa DNB, mereka sebenarnya berada di belakang rancangan kerana hanya berjaya membina 1,915 pemancar daripada 4,018 yang dirancang, malahan 5G masih tiada liputan di Sabah & Sarawak.

Buat masa ini, 5 daripada 6 telco utama negara telah menandatangani perjanjian akses 5G dengan DNB iaitu YTL Communications, TM, Celcom, dan Digi sementara Maxis masih belum. Yang telah menandatangani perjanjian akses masing-masing telah diberikan pegangan saham yang berjumlah 65% manakala baki 35% dipegang oleh Kementerian Kewangan.

DNB wujud selepas Langkah Sheraton​

Sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan yang diterajui Dr. Mahathir, Malaysia sudah bersiap sedia untuk mulakan projek 5G melalaui kaedah konsortium. Pelan tersebut hancur selepas Langkah Sheraton dalam bulan Februari 2020.
Model SWN diperkenal sewaktu pentabiran Muhyiddin Yassin dan beliau sendiri memberi amaran sekiranya SWN lumpuh, kerajaan akan menanggung akibat yang besar.

Misalnya, dilaporkan yang lebih 100 kontrak telah ditandatangi oleh DNB dan sebarang pelanggaran kontrak tentu sekali ada akibatnya.

Sponsored Post

pelitaminyak

Legendary Member
gem
Messages
12,593
Top Poster #6
Joined
Aug 13, 2008
Messages
12,593
Reaction score
3,626
Points
261
Awards
1

Antara langkah2 nak tukar kroni...........
 
cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
124,914
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
124,914
Reaction score
21,147
Points
2,866
Awards
1

5G tender process was transparent, says DNB​

December 5, 2022 9:04 PM

digital-nasional-logo-051222.jpg
Digital Nasional, the wholesale supplier of 5G services, awarded a contract to Ericsson last year for the rollout of the new technology.

PETALING JAYA: The tender process for the country’s 5G network rollout was done transparently and managed by a top accounting firm, says Digital Nasional Bhd, the government company handling the rollout.

The company said it hoped that a review ordered by the prime minister, Anwar Ibrahim, would clear the air and enable full execution and implementation of the 5G rollout.

Anwar had said earlier today that he had instructed a review of the federal government’s award of the 5G rollout which he alleged “was not done in a transparent manner, with no proper tender process”.

The 5G contract, costing an estimated RM11 billion, was awarded by DNB to Swedish telecommunications giant Ericsson in July last year.

However, DNB said the tender process had been managed by top global accounting firm Ernst & Young and was “conducted in a transparent manner”.

“DNB hopes the review, as proposed by the prime minister, will clear the air and enable full execution and implementation of the 5G rollout for the benefit of the nation,” it said in a statement.

“DNB is committed to working with the government and will extend our fullest cooperation to facilitate this review.”
Government-owned DNB is responsible for building and managing the 5G network and acts as the single wholesale provider of 5G services.

Celcom Axiata, Digi, Telekom Malaysia, U Mobile and YTL have begun offering retail 5G services to consumers.
 
notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,510
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,510
Reaction score
1,256
Points
206

'Semua perjanjian projek 5G akan disemak semula'​

PUTRAJAYA: Kerajaan sudah mengarahkan supaya semua perjanjian berhubung projek pelaksanaan 5G di seluruh negara disemak semula.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ia berikutan pelaksanaan perjanjian projek berkenaan tidak dilaksanakan secara telus.

"Tidak ada tender... (tiada) proses tender terbuka, jadi kita perlu menyemak semula untuk memastikan ia mematuhi prosedur kewangan yang ketat.

"Ia bagi memastikan semua perkara dijalankan dengan sewajarnya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di bangunan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai projek 5G oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Anwar sebelum ini pernah menggesa supaya isu berkaitan pelaksanaan 5G oleh DNB dibahaskan di Dewan Rakyat.

Beliau dilaporkan berkata, pelaksanaan inisiatif kerajaan itu perlu diperincikan bagi memastikan ketelusan dari segi kos dan syarikat pelaksana pembangunan infrastruktur itu tidak dipertikai kelak.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia sebelum ini, Datuk Zahidi Zainul Abidin, dilaporkan berkata, pelantikan DNB bagi pelaksanaan teknologi internet 5G di Malaysia diputuskan Kementerian Kewangan tanpa melalui perbincangan bersama Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) terlebih dulu.

Kerajaan sudah mengarahkan supaya semua perjanjian berhubung projek pelaksanaan 5G di seluruh negara disemak semula. - Foto hiasan

Kerajaan sudah mengarahkan supaya semua perjanjian berhubung projek pelaksanaan 5G di seluruh negara disemak semula. - Foto hiasan

notepad

Legendary Member
gem
Messages
11,510
Joined
Sep 17, 2011
Messages
11,510
Reaction score
1,256
Points
206
Cancel 5G Melalui DNB dan Bagi Balik Pelaksanaan 5G kepada Telco?

Saya menghormati rakan-rakan di SoyaCincau.com dan saya hormati pendangan mereka terhadap isu-isu pelaksanaan 5G di negara kita. Tapi saya tak berapa setuju dengan pandangan mereka supaya pelaksanaan 5G yang sedang dijalankan sekarang ni diubah semula.

Negara kita telah bersetuju untuk melaksanakan 5G melalui Single Wholesale Network (SWN) dimana Digital Nasional Berhad (DNB) diberikan tanggungjawab untuk melaksanakan infrastruktur 5G negara.

Melalui posting terkini di Soya Cincau, mereka telah mencadangkan 5 perkara yang perlu diperbetulkan oleh Fahmi Fadzil sebagai Menteri Komunikasi Digital.

Salah satunya adalah melihat semula pelaksanaan 5G di negara kita ni. Adakah SWN masih lagi releven atau perlukah kerajaan mempertimbangkan untuk memperkenalkan semula Dual Wholesale Network (DWN) dimana 2 konsortium dihasilkan untuk melaksanakan 5G. Satu tu adalah team telco-telco, satu lagi team DNB.

Persoalan disini adalah, siapa yang akan mendapat keuntungan dengan pelaksanaan DWN ni? Sudah semestinya pihak telco.

Dikatakan pelaksanaan 5G melalui DNB telah menyebabkan kos servis 5G meningkat dan ini membebankan rakyat. Persoalan saya adalah, adalah kos 4G menyenangkan rakyat selama ini? Telco-telco untung bersih berapa ratus juta? Untung bersih ya bukan untung kasar. Pulangan kepada pelabur berapa banyak?

Apa yang sepatunya dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi Digital Malaysia sekarang ni adalah:

1-Mengurangkan lagi kos pelan-pelan 4G dan pelan Internet fiber supaya lebih mampu milik. Pelan mampu milik tu haruslah bersesuaian dengan penggunaan pada tahun 2022/23 ni. Jangan sediakan pelan harga RM 5 ringgit sebulan tapi quota data 5GB. sebulan. Tu menipu dan menyusahkan orang namanya.

2-Apabila telco-telco tak perlu kesah pasal infra 5G, maka pihak kerajaan perlu lebih agresif dalam memastikan rangkaian 4G yang dilaksanakan oleh telco-telco negara kita ni menjadi lebih baik. Aduan tentang 4G sentiasa ada, tak kesah di kampung mahupun bandar. Tak perlu kesah pasal 5G, fokus kepada 4G yang ada tu. 5G orang lain dah buat kan. Ni ada kes kelajuan download 4G dekat Shah Alam dapat tak sampai 1Mbps, apa tu?

3-Kerajaan kena lebih agresif dalam pelaksanaan infrastuktur fiber. Pantau sikit kenapa masih lagi ada alasan seperti 'PORT TAK CUKUP" oleh isp-isp. Macam mana hampa semua buat planning.

Benda ni yang paling saya heran, contoh paling mudah adalah kawasan rumah baru. Kawasan perumahan baru siap tak sampai 2 tahun, memang development baru, tapi bila nak register untuk TM Unifi, boleh pulak diberikan alasan port tak cukup. Hampa plan macam mana? Jumlah rumah dah boleh kira kan, macam mana boleh tak cukup port pula?

4-Kerajaan kena tegas dalam penjualan produk-produk 5G di negara kita. Contoh yang paling mudah, kenapa model-model iPhone yang menyokong 5G tidak boleh menggunakan rangkaian 5G Malaysia.

Dikatakan pihak Apple yang mengelakkan servis 5G digunakan pada telefon keluaran mereka tu di Malaysia. Tak kesahlah apa sekalipun alasan yang diberikan Apple, persoalan saya, apa guna proses pensijilan 5G semua tu?

Rakyat Malaysia bayar nak guna servis 5G, boleh pula syarikat yang tetapkan "owh di Malaysia kita tak nak bagi orang guna 5G lagi dengan produk kita". Takkan kerajaan kalah dengan syarikat kot?

Sponsored Post

Top
Log in Register