PLUS tunggu keputusan kerajaan ambil alih konsesi lebuh raya

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
260,317
Reaction score
8,758
Points
2,226

Kerajaan belum terima tawaran menarik ambil alih PLUS


KUALA LUMPUR: Kerajaan belum menerima cadangan yang menarik setakat ini berhubung tawaran pengambilalihan PLUS Malaysia Bhd (PLUS), kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri menegaskan kerajaan sedia untuk menjual PLUS dan setakat ini menerima empat tawaran daripada pihak swasta, namun semuanya tidak menarik.

“Ya (terima empat tawaran), mungkin lebih daripada itu. Memang ada yang buat cadangan (pengambilalihan PLUS), tapi belum dapat satu cadangan yang menarik.

“Biasanya, kerajaan tidak suka terbabit dengan perniagaan. Adalah lebih baik jika swasta terbabit dengan perniagaan.

“Kita harap mereka untung dan kita dapat 24 peratus daripada keuntungan mereka dengan tidak ada sebarang risiko atau pelaburan (daripada kerajaan).

“Tapi kadang-kadang cadangan daripada swasta itu tidak menarik, tidak memberi gambaran yang baik mengenai masa depan PLUS.

“Sebab itu kita sedang mengkaji. Banyak cadangan diterima dan kita akan kaji yang mana terbaik. Sama ada PLUS dimiliki kerajaan atau swasta, kita akan pilih,” katanya ketika sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan sama ada mahu menjual PLUS atau sebaliknya, berikutan beberapa tawaran diterima untuk mengambilalih syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia itu.

Empat pihak yang sudah mengemukakan tawaran rasmi mengambilalih PLUS adalah RRJ Capital, Widad Group Bhd, Maju Holdings Sdn Bhd dan ahli perniagaan Tan Sri Halim Saad.

Mengulas mengenai isu ketidakhadiran Ahli Parlimen kerajaan hingga Dewan Rakyat terpaksa dihentikan seketika Khamis lalu, Dr Mahathir menegaskan semua menteri, timbalan menteri dan Ahli Parlimen kerajaan sudah diberikan amaran.

Bagaimanapun, beliau tidak melihatnya sebagai isu disiplin kerana perkara itu berlaku pada mana-mana kerajaan, selain isu tidak cukup korum hanya dibangkitkan atas faktor politik.

“Kita sudah bincang perkara ini dalam Kabinet dan dapati kadang-kadang menteri berada di luar negeri kerana perlu hadiri banyak mesyuarat antarabangsa sekarang ini, dan Ahli Parlimen biasa juga ada masalah lain.

“Kadang-kadang mereka tiada dalam Dewan, tapi ada dalam bangunan Parlimen ini, jadi mereka boleh dipanggil dengan menggunakan loceng.

“Ini berlaku pada mana-mana kerajaan. Saya lihat di Kongres Amerika Syarikat, saya dapati orang itu bercakap seorang diri bersama dua orang lagi, tapi mereka tak bangkit soal korum. Korum bangkit kadang-kadang kerana politik,” katanya.


 
Sponsored Post

dloanman

Legendary Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
15,650
Reaction score
998
Points
166

AGENDANASIONAL

Kerajaan cari jalan selesai masalah hutang PLUS
November 4, 2019 2:45 pm

BANGKOK, 4 NOV: Kerajaan akan mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah kewangan yang membelenggu PLUS Malaysia Berhad (PLUS), kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, pilihan terbaik buat masa ini adalah untuk syarikat dana pelaburan negara Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), yang merupakan pemegang saham utama dalam PLUS, supaya dapat mengurus untuk menyelesaikan hutang-hutang tersebut.

“Kita nak tengok mana yang terbaik mungkin. Kalau Khazaah urus, boleh selesai hutang, Ok la,” katanya kepada media Malaysia dalam sidang akhbar bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-35, di sini, hari ini.

Sebelum ini, dilaporkan Pengarah Urusan Khazanah, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, Khazanah yang merupakan syarikat dana pelaburan negara tidak berminat untuk menjual PLUS yang merupakan syarikat konsesi lebuh raya terbesar negara.

Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala 49 peratus lagi dipegang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) susulan pengambilalihan pada 2011 dengan nilai transaksi RM32 bilion.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersedia melepaskan PLUS jika ada pihak yang sanggup membayar harga tinggi untuk mengambil alih dan menanggung hutang yang dialaminya.
“Kalau ada orang lain menawar untuk mengambil alih hutang sampai RM30 bilion, itu sesuatu yang baik. Bagi kerajaan, kita (akan) cakap dengan Khazanah,” kata Dr Mahathir.

Minggu lepas, konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu, Widad Business Group Sdn Bhd telah menaikkan tawaran bagi PLUS dengan tawaran baharu untuk mengambil alih 100 peratus kepentingan ekuiti dalam syarikat itu kepada RM5.3 bilion daripada RM3 bilion sebelum ini.

Tawaran itu termasuk pengecualian pampasan sebanyak RM3.04 bilion dan andaian hutang sebanyak RM30 bilion, jumlah nilai perusahaan bagi tawaran itu adalah sebanyak RM38.34 bilion.
Ini dilaporkan merupakan bidaan tertinggi daripada sektor swasta setakat ini.

– BERNAMA
 
Sponsored Post
Top
Log in Register