BTC USD 49,441.2 Gold USD 1,783.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Plus beri diskaun tol tambahan sempena Krismas

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
PETALING JAYA: PLUS Expressways Bhd akan memberi diskaun tol tambahan hampir 20 peratus apabila pengguna keluar dari Lebuhraya Utara-Selatan dan Lebuhraya Elite antara jam 12 tengah malam hingga 7 pagi mulai 22 hingga 30 Disember ini.

Diskaun sempena cuti perayaan Krismas itu, yang diberikan kepada pengguna kenderaan kelas 1 itu adalah tambahan kepada diskaun 10 peratus yang sedia ada di kedua-dua lebuh raya tersebut di luar waktu puncak setiap hari.

Pengarah Urusan PLUS Expressways Bhd, Noorizah Abd Hamid dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata diskaun itu adalah sebahagian daripada Program Insentif Perjalanan Plus, untuk menghargai pengguna lebuh raya, terutamanya pada musim perayaan.

"Program Insentif Perjalanan Plus juga bertujuan untuk mengagihkan aliran trafik ke waktu luar puncak, sekali gus membolehkan pelanggan menikmati perjalanan yang lebih selesa dan lebih lancar.

"Ia juga memberi peluang kepada pengguna membuat pilihan dan menikmati nilai tambahan dengan bayaran tol yang lebih rendah pada hari dan waktu yang ditetapkan," katanya.

Bagi perjalanan kenderaan kelas 1 dari Plaza Tol Sungai Besi (Kuala Lumpur) ke Skudai (Johor), pengguna hanya dikehendaki membuat bayaran sebanyak RM33.60 sekiranya keluar dari lebuh raya antara 12 malam hingga 7 pagi pada tarikh yang disebutkan berbanding RM41.30 yang dikenakan pada waktu biasa.

Dalam pada itu, Plus juga menasihatkan pengguna yang bercadang untuk memandu pada waktu malam atau awal pagi agar mengambil langkah-langkah keselamatan.

"Pemandu perlu merancang perjalanan mereka, mendapatkan rehat yang cukup di samping memastikan keadaan fizikal dan kenderaan mereka bersedia untuk perjalanan pada waktu malam," kata Noorizah.

Bagi keterangan lanjut, pemandu diminta hubungi Pengurus Besar Komunikasi Korporat Plus, Khalilah Mohd Talha di talian 019-2630680 dan alamat e-mel, [email protected] ataupun Iskandar Zulkifli, Pengurus Komunikasi Korporat, di talian 019-2710280 ataupun e-mel kepada [email protected]. - Bernama
 
Sponsored Post

emoney

Super Active Member
Messages
8,574
Joined
Feb 13, 2007
Messages
8,574
Reaction score
86
Points
70
Kenapa tak bagi diskaun semasa perayaan org Islam. Aidilfitri / Aidiladha :-?
 

lelakigila

Active+ Member
Messages
2,543
Joined
Jul 11, 2008
Messages
2,543
Reaction score
24
Points
35
Bagi jer free..., kan senang.... :)) :)) :))
Apa lar.., moloh!!!
 

mtx_69

Super Active Member
Messages
8,190
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
ok lah tu..daripada full prizes
 
Sponsored Post
Top
Log in Register