BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Plaza tol kena langgar lagi

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
IPOH: Plaza Tol Ipoh Utara yang baru setahun dibuka bagi menggantikan ‘plaza maut’ di Jelapang, mencatat kes kemalangan kedua semalam apabila sebuah lori melanggar kereta Perodua Kenari sebelum merempuh pondok kutipan tol dan terbabas ke arah penghadang besi berhampiran pejabat plaza tol terbabit.

Dalam kejadian jam 3.28 petang itu, lori yang membawa muatan batu dari Pulau Pinang itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar sebuah Perodua Kenari yang berhenti untuk membayar tol.

Pemandu kereta terbabit, Heng Su Kiang, 30, berkata ketika kejadian, dia berhenti di salah sebuah pondok kutipan tol sebelum dilanggar dari arah belakang oleh lori berkenaan.

“Lori itu muncul secara tiba-tiba dan hilang kawalan lalu melanggar kereta saya menyebabkan ia berpusing dua kali. Lori itu merempuh pondok kutipan tol berhampiran.

“Bagaimanapun, pada waktu itu tiada pekerja di dalam pondok kutipan tol terbabit, jika tidak berkemungkinan perkara yang lebih buruk akan terjadi,” katanya
 
Hmmm...buatlah mcmana selamat sekalipun...tp jika aspek kecuaian masih berada di atas...tetap akan memusnahkan segalanya....
 
apapun taziah kpd mangsa....
 
tu maknanya tol patut dihapuskan
 
Back
Top
Log in Register