BTC USD 49,241.2 Gold USD 1,786.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Platform Popular Imgur Di Ambil-Alih Oleh MediaLab

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,493
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,493
Reaction score
4,298
Points
236
Jika anda seperti saya, seorang pengguna tegar Reddit, anda pasti mengenali platform muat-naik imej dan GIF popular Imgur yang sebelum ini digunakan untuk memuat-naik fail-fail digital ke platform media sosial tersebut. Dilancarkan pada Februari 2009, Imgur merupakan platform muat-naik imej pilihan untuk sekitar 300 juta pengguna di seluruh dunia, terbina dengan pelbagai fungsi-fungsi yang memudahkan pengguna untuk berkongsi imej-imej mereka di mana-mana platform, tidak kira di Reddit, Facebook, Twitter dan lain-lain platform.

Hari ini, pihak pengurusan Imgur telah mengumumkan bahawa platform tersebut telah diambil alih oleh sebuah syarikat bernama MediaLab, yang juga memiliki pegangan majoriti dalam syarikat-syarikat teknologi lain seperti Kik, Whisper dan WorldStarHipHop. Imgur tidak memberitahu sebab mengapa mereka diambil-alih oleh MediaLab, mahupun jumlah yang dibayar untuk membeli platform tersebut, tetapi kami menjangkakan bahawa nilai pengambil-alihan boleh dianggarkan dalam berpuluh juta USD, khususnya apabila platform sarikata lagu Whisper diambil-alih pada nilai $80 juta oleh syarikat tersebut pada awal tahun ini.

Sejak ia diperkenalkan pada tahun 2009, penggunaan Imgur dilihat meningkat secara mendadak bukan sahaja kerana pertaliannya dengan Reddit, tetapi juga kebolehan pengguna untuk menggunakan sahaja platform ini sebagai satu cara untuk memuat naik imej dan GIF mereka secara awanama. Imgur mengatakan bahawa pengambil-alihan oleh MediaLab ini ialah kerana Imgur sendiri mahu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan mereka, dan wang yang boleh diberi oleh syarikat tersebut akan menjadikan perkara tersebut sebuah realiti.

Kami menjangkakan walaupun dengan pengambil-alihan ini, fail-fail yang dimuat-naik oleh pengguna tidak akan dibuang, dan perkhidmatan tersebut masih lagi akan berjalan dan berfungsi seperti sedia.​

1633352887931.png

Sumber asal
 

CG Sponsors




Top
Log in Register