BTC USD 65,054.4 Gold USD 1,783.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Planet Nibiru Akan Langgar Bumi Pada 2012?

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,938
Reaction score
1,166
Points
201
Kerajaan nafi dakwaan Planet Nibiru akan langgar bumi pada 2012

2010/12/14

KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini menafikan dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.

"Pihak NASA telah mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya. Setakat ini tiada satu pun objek dalam angkasa lepas yang dikenal pasti memberi ancaman kepada Bumi secara langsung.

"Sekiranya kewujudan planet itu sahih, ia akan dapat dilihat dengan mata kasar dan pastinya ahli astronomi akan buat pemantauan objek tersebut kerana semakin menghampiri bumi seperti yang dikatakan," katanya pada sesi soal jawab Dewan Negara di Parlimen, di sini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Shamsudin Mehat tentang pendirian kerajaan berhubung dakwaan berkenaan.

Dakwaan berhubung Planet Nibiru akan melanggar Bumi mula dibangkitkan pada tahun 1995 namun semakin hangat dibincangkan oleh orang ramai terutama di internet sejak tahun lalu. - BERNAMA
 
Sponsored Post

lizzqute

Super Active Member
Joined
Feb 8, 2010
Messages
9,786
Reaction score
58
Points
70
Apa la diorg ni.. merepek sungguh.... Dalam Al-Quran pon dah bgtau, hanya kiamat sahaja yang akan menyebabkan pelanggaran antara planet2 di dunia ini.. Tetapi, tidak ada sesiapa pon yang akan tahu, bila kiamat akan berlaku.... Hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu.... Jangan jadikan isu mcm ni mempengaruhi minda kita.. ini semua dakyah Orang kafir untuk melemahkan pembangunan dan kemajuan Islam..
 

akukurt

Legendary Member
Joined
Feb 9, 2010
Messages
10,593
Reaction score
60
Points
120
betol ka ni???



cabik.jpg
 

Gaara92

Fun Poster
Joined
Apr 7, 2008
Messages
398
Reaction score
6
Points
15
nak2 pada tahun 2012. macam agenda daripada filem 2012 tu huhu..
 

zuljaalaa

Legendary Member
Joined
Jun 3, 2006
Messages
11,897
Reaction score
56
Points
125
baguslah kalau macam tu..
sape ntah yang buka thread tasik gailee tu, leh tlg komen thread ni tak?
 

arul57

Super Active Member
Joined
Jul 21, 2008
Messages
6,186
Reaction score
76
Points
80
mcm2 benda baru utk menakut- nakutkan penduduk dunia. umat Islam jgn percaya sgt.
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,938
Reaction score
1,166
Points
201
Ni semua agenda utk pesongkan akidah umat islam. Dlm Al-Quran dah jelaskan tanda2 akan berlaku kiamat. Berdosa kalau percayakan selain Al-Quran & Hadis.
 

forexian

Super Active Member
Joined
Sep 28, 2008
Messages
6,036
Reaction score
61
Points
80
Apa ada pada angka 2012 ???? ...... makin feymes aku tgk sejak dari movie 2012 tu
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register