BTC USD 41,686.6 Gold USD 1,735.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKRC MAEPS Tempat Pengisian Oksigen Pesakit COVID-19

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,832
Reaction score
4,169
Points
236
29.07.2021 - Kuala Lumpur, Pekarangan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang kini menempatkan loji pengisian oksigen gred perubatan yang dapat memastikan bekalan oksigen untuk kegunaan pesakit COVID-19 sentiasa mencukupi dan diperoleh dengan segera. ika sebelum ini, tong oksigen yang kosong perlu dihantar dari PKRC MAEPS 2.0 ke Banting sebanyak tiga kali sehari untuk pengisian semula dengan perjalanan sehala mengambil masa lebih sejam, kini perjalanan untuk melakukan pengisian semula tidak sampai pun 10 minit.

Pengarah PKRC MAEPS 2.0, Dr Shahabuddin Ibrahim berkata loji pengisian oksigen yang mula beroperasi sejak Sabtu lalu itu mempunyai kemampuan mengisi sehingga 600 tangki oksigen bersaiz 6.8 liter sehari bagi memastikan bekalan oksigen sentiasa konsisten dan mencukupi untuk pesakit COVID-19 di fasiliti berkenaan.

"Silinder oksigen ini diperlukan dalam keadaan cepat," katanya sambil menambah, pada setiap hari, kira-kira 2,000 tong oksigen digunakan di PKRC MAEPS 2.0.

Dr Shahabuddin berkata, loji pengisian oksigen itu turut membantu pengisian semula tangki oksigen bagi fasiliti kesihatan di sekitar Lembah Klang yang memerlukan bekalan dalam kadar segera. Katanya, loji pengisian oksigen di PKRC MAEPS 2.0 itu adalah yang pertama dibina di luar kawasan hospital memandangkan kawasannya yang luas serta lokasinya yang strategik untuk membantu menampung peningkatan penggunaan oksigen di hospital di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, pengoperasian loji itu akan dipantau pasukan keselamatan demi keselamatan loji untuk mengelakkan kebakaran, serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi memastikan 'high-purity oxygen' selamat digunakan manusia.​

1627522141068.png
 

CG Sponsors




Top
Log in Register