PKR tidak mampu bawa perubahan -Zaid

CG Sponsors




Mata_Pena

Active+ Member
Joined
Oct 22, 2008
Messages
4,683
Reaction score
1,519
Points
101
SHAH ALAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) mungkin tidak mampu menjadi parti yang akan membawa perubahan kepada politik dan pentadbiran negara sekiranya isu Zulkifli Noordin tidak dapat selesai dengan cara yang sepatutnya, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zaid Ibrahim.

Beliau berkata, Pas dilihat lebih berprinsip dan berani kerana sanggup mengambil tindakan disiplin kepada Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang menegur Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) secara terbuka.
Namun PKR katanya, tidak berani mengambil tindakan yang sama terhadap Ahli Parlimen Bandar Baharu itu yang jelas tidak menghormati semangat kerjasama dalam Pakatan apabila membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Abdul Samad.

"Dalam memperkatakan semua ini saya mungkin dipecat oleh parti kerana tidak mempunyai kekebalan seperti sasetengah pemimpin PKR namun, saya biasa dipecat tetap menyuarakan perjuangan politik yang sihat dan bermaruah demi kebaikan parti," katanya.

Beliau yang juga bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkata, ramai yang berasakan pimpinan PKR tidak serius untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli, malah ada yang sudah menjangka tiada keputusan tegas diambil dalam tempoh 30 hari penyiasatan terhadap Zulkifli

"'Gag order' atau larangan supaya beliau tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh memudaratkan parti dilihat hebat namun Zulkifli setiap minit terus menghina pendirian Pakatan Rakyat (PR) dalam media ," katanya.

Zaid berkata, beliau hairan melihat keadaan itu, seolah-olah Zulkifli Nordin adalah seorang yang tidak boleh disentuh oleh parti.

"Entah mengapa ada keistimewaan itu dan sebab itulah beliau menggelar sesiapa saja yang mengkritiknya sebagai firaun kecil dengan merujuk kepada pegawai parti yang tidak ada taring seperti saya," katanya.

Beliau yakin selepas hari ini PKR tidak mampu mempertahankan sesuatu prinsip utama dalam perjuangan nya.

"PKR hari ini tak jauh bezanya dengan UMNO, cuma ia hanya seperti acuan atau 'a poor man's version of' UMNO. Hanya yang mudah dan 'expedient'," katanya.

Menurutnya, rakyat harus yakin dan berpegang kepada prinspin perlembagaan serta pendapat alim ulama mengenai isu kalimah Allah ini.

Zaid berkata, sementara siasatan selesai, Zulkifli sepatutnya digantung sementara kerana kesalahannya jelas dan berterusan.

"Kita perlu berlaku adil kapada dia, tetapi kita juga perlu berlaku adil kapada ratusan ribu ahli parti yang mengharapkan pembelaan dalam mempertahankan prinsip perjuangan parti dan Pakatan Rakyat," katanya.
 
Sponsored Post

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
ye betul. umno pulak memang mampu pokaikan rakyat malaysia.
 

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Zaid.... Nak lompat lagi nampak....
 

Halimm

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2009
Messages
3,963
Reaction score
14
Points
25
alahai... rileks ler bang zaid oiii... belum apa2 ko lak yg dah panas lebih2... tunggu ler hasil mesyuarat... apa laaaaa.... yg ko lebih2 napa?
 

Sarkozy

Fun Poster
Joined
Oct 28, 2008
Messages
272
Reaction score
0
Points
10
Standard la bro... Isu yg xde kaitan pun, dikait ny juga... Sape yg pokai idea & tandus modal skrg ni? :)paid
dari situlah kita bule dapat tahu siapa tuh sebenarnye pencacai kot? :D
 
Sponsored Post
Top
Log in Register