PKR Nibong Tebal, Tan Tee Beng akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin

CG Sponsors




BerkatNiaga

Banned
Joined
Oct 20, 2008
Messages
1,491
Reaction score
13
Points
25
'Saya tidak takut'

Oleh ABDUL MUIN SAPIDIN
[email protected]

BUTTERWORTH 17 Feb. - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 23 Februari ini ekoran kritikan kerasnya terhadap kepimpinan parti dan Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Tee Beng yang juga bekas Ketua Penerangan PKR negeri ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima surat tunjuk sebab mengenai perkara itu hari ini dan diminta menjawabnya dalam tempoh lima hari.

Menurutnya, surat tunjuk sebab itu menyentuh tindakannya yang didakwa tidak mematuhi keputusan parti, berkelakuan tidak baik, merosakkan imej parti dan membuat kritikan terbuka terhadap kepimpinan parti komponen pakatan pembangkang.

Beliau bagaimanapun menegaskan akan mempertahankan pendirian serta kritikan yang dilemparkan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang termasuk Guan Eng.

''Saya tidak takut dan saya akan menghantar jawapan berhubung surat tunjuk sebab itu dalam tempoh dua hari. Saya akan tetap dengan pendirian saya sebelum ini," katanya di sini hari ini.

Tee Beng sebelum ini secara terbuka mengkritik kepimpinan Guan Eng dan menyifatkan Setiausaha Agung DAP itu sebagai pemimpin berat sebelah, tiada kelas dan tidak menghiraukan pandangan rakan-rakannya dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Kritikan itu menyusul selepas seorang lagi pemimpin PKR yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyerang kepimpinan Guan Eng yang didakwanya sebagai 'diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya'.

Zahrain kemudiannya meletakkan semua jawatannya dalam PKR dan mengumumkan keluar dari parti itu pada 12 Februari lalu.

Tee Beng berkata, tindakan mengheretnya kepada Jawatankuasa Disiplin PKR membuktikan kepimpinan pakatan pembangkang tidak terbuka dalam menerima kritikan demi kebaikan parti.

''Kepimpinan pakatan pembangkang sepatutnya bersifat rendah diri untuk mendengar pandangan yang berbeza. Nampaknya mereka tidak boleh disentuh dan tidak boleh dipersoalkan langsung," tegasnya.

Beliau turut mencabar kepimpinan pakatan pembangkang supaya bersikap adil dengan menyiasat segala kritikannya terhadap kepimpinan Guan Eng.

Tambahnya, tindakan tegas juga sepatutnya diambil terhadap dua pemimpin DAP iaitu Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy dan Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri, Jeff Ooi yang membuat tuduhan liar terhadapnya baru-baru ini.

''Jika tindakan tidak diambil, maka ia tidak memberi keadilan kepada saya kerana mereka (Ramasamy dan Jeff) membuat tuduhan yang menjejaskan imej dan reputasi saya sebagai wakil rakyat pakatan pembangkang," katanya.
 
Sponsored Post

mtx_69

Super Active Member
Joined
Aug 9, 2009
Messages
8,190
Reaction score
1,406
Points
141
bagus tu..buang je dia dari parti..bikin kacau je org mcm ni..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register