PKR Kuala Selangor lumpuh, Khalid nafi ia dibubarkan

CG Sponsors

alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap "lumpuh" setelah 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau.

Malah menurut timbalan ketua cabang itu, Arshad Abu Bakar, cabang itu telah bubar kerana kini hanya tinggal tiga pemimpinnya yang dipilih terdiri beliau sendiri, Khalid serta seorang AJK, Faridah Abdul Rahman.

Bercakap kepada pemberita hari ini, beliau berkata 11 AJK cabang serta Ketua Angkatan Muda, Nazarudin Darmawan, dan Ketua Wanita, Fauziah Sulaiman, meletak jawatan antara November tahun lalu dan 18 Januari tahun ini.

Katanya, mereka yang meletak jawatan itu bagaimanapun masih kekal sebagai anggota PKR tetapi mereka telah hilang kepercayaan terhadap Abdul Khalid untuk menerajui cabang Kuala Selangor.

Mereka mendakwa Abdul Khalid telah meletakkan PKR Kuala Selangor dalam keadaan "penuh kecelaruan" tanpa asas tadbir urus yang kukuh.

Arshad berkata, sejak 14 bulan lalu, AJK cabang itu gagal mengadakan mesyuarat mengakibatkan tiada sebarang gerak kerja dan aktiviti parti dapat dijalankan.

Beliau berkata, Abdul Khalid tidak mengambil inisiatif memperkukuhkan parti meskipun ada ahli bukan Melayu di Ijok dan Batang Berjuntai telah keluar parti.

Ketika diminta mengulas kenyataan Arshad itu, Khalid menafikan cabang PKR Kuala Selangor itu telah dibubarkan.

Bercakap kepada pemberita di sini selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, beliau berkata tidak ada mesyuarat diadakan untuk membubarkan cabang itu.

"Pemilihan akan berlaku tahun ini untuk AJK baru pada Mac. Itulah sebabnya sesetengah nak berhenti," katanya.

Khalid berkata, krisis seperti itu adalah satu perkara biasa kepada beliau.

"Mereka yang tidak sealiran dan tidak sehaluan lebih baik keluar daripada menyukarkan parti untuk diurus," katanya.

Khalid berkata, pada awal 2007 PKR Kuala Selangor mempunyai tidak sampai 100 orang ahli tetapi sekarang bilangannya adalah 3,000 orang.

"Alasan hilang kepercayaan itu perkara biasa...ataupun ayat itu ditulis oleh Umno untuk dia (Arshad) cakap," katanya. - Bernama
 
Sponsored Post

xflixz

Active+ Member
Joined
May 21, 2007
Messages
2,968
Reaction score
60
Points
30
ni sumber berita hairan ke utusan melayau ni?hhahaha:eek::eek::eek::eek:
 
matcitra

Fun Poster
Joined
Oct 8, 2008
Messages
772
Reaction score
0
Points
10
habis lah selangor....

siap masuk berita TV lagi tu....!

khalid dh kecut perut dah...
 
amir_dais

Active Member
Joined
Feb 12, 2009
Messages
1,473
Reaction score
19
Points
25
ak antara ank kuala sgor..
mmg ak prasan org2 pkr ni mcm huru hara sket...sombong2 blaka..xtau la klu kt tmpt len diorg ok..
musykil la..knp bg khalid jd teraju..pdhal parlimen ksgor dr zul y pegang dr pas..ntah la..ak mmg kureng sket tgk org2 pkr kt kg ak ni..sori 2 say la..mmg agak smbong...
igt lg msa khalid trun padang kt kmpg aku..bleh dikra la bpe org dtg..huh..lg pun kt tmpt ak ni mmg msih kubu kuat umno..

p/s:tringat ak msa dr hasan ali bca khutbah..meleleh air mata beb..dia bg mmg mkn dlm beb...
 
shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
Ketua AMK Cabang Kuala Selangor TIDAK Letak Jawatan!!!

Mohd Faizal Baharuddin Adalah Ketua AMK Cabang Kuala Selangor Yang Sebenar

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

22hb Januari 2010

Mohd Faizal Baharuddin Adalah Ketua AMK Cabang Kuala Selangor Yang Sebenar

Angkatan Muda Keadilan Selangor menjelaskan bahawa Saudara Mohd Faizal Baharuddin adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuala Selangor yang sebenar dan bukan Nizaruddin Darmawan seperti yang dilaporkan oleh media. Justeru Ketua AMK Cabang Kuala Selangor yang sebenar dan sah iaitu Mohd Faizal Baharuddin tidak pernah sama sekali terlibat dalam komplot cubaan membubarkan Cabang PKR Kuala Selangor.

Oleh itu, dakwaan Ketua AMK Cabang Kuala Selangor meletak jawatan adalah tidak benar sama sekali. Mohd Faizal Baharuddin telah mengambil alih kepimpinan AMK Cabang Kuala Selangor melalui pemilihan semula mengikut perlembagaan yang ditetapkan selepas Nizaruddin Darmawan tidak aktif menggerakkan AMK Cabang Kuala Selangor sebelum dan selepas PRU-12. Malahan segala butir-butir maklumat pemilihan ini sudah dihantar laporannya malahan semasa Mesyuarat Agung AMK Cabang Kuala Selangor pada 2008,Mohd Faizal adalah ketua AMK Cabang Kuala Selangor yang sebenar yang dihadiri oleh semua AJK AMK Cabang Kuala Selangor bersama pemerhati daripada AMK Selangor dan Pusat.

Malahan mesyuarat Exco AMK Selangor , Mohd Faizal Baharuddin yang hadir untuk mesyuarat tersebut sejak daripada pemilihannya. Oleh itu, AMK Selangor menolak sama sekali dakwaan bahawa Nizaruddin Darmawan adalah ketua AMK Cabang Kuala Selangor yang sebenar.

Adalah dengan penjelasan media ini, maka sewajarnya semua pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa ketua AMK Cabang Kuala Selangor telah meletak jawatan. Malahan keyakinan AMK Cabang Kuala Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim adalah mantap dan memberi sepenuh kepercayaan untuk beliau terus memimpin Cabang PKR Kuala Selangor.

AMK Selangor membidas pihak UMNO yang cuba menangguk di air keruh dalam situasi dalaman PKR Cabang Kuala Selangor. Pihak AMK Selangor memberi amaran keras kepada UMNO agar tidak sekali-kali cuba mencampuri urusan dalaman PKR khususnya apa yang berlaku di Cabang PKR Kuala Selangor.

Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin

Ketua AMK Selangor
 
Last edited:

aes

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2008
Messages
9,557
Reaction score
19
Points
65

apa le umno ni .... sibuk ngan parti org pulak

betulkan parti kesayangan korang tu dulu :)):))
 
anak_jatiperak

Super Active Member
Joined
Sep 5, 2009
Messages
5,360
Reaction score
6
Points
65
Salam...biasa tu .....asyik2 PKR yg bermasalah da.....tapi parti lain dlm kerajaan steady je....
 
roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
2010 = isu berbangkit ---> sibuk kaco parti org lain..cucuk cucuk :))
 
Sponsored Post
Top
Log in Register