BTC USD 62,284.9 Gold USD 1,804.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKR dan DAP parti anak beranak sdn bhd... kenapa PAS membisu?? Dulu bukan main lagi.

anuarcsu

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Feb 3, 2010
Messages
2,630
Reaction score
0
Points
20
73561_101728496562312_100001754855071_8457_2748786_n.jpg


KUALA LUMPUR 5 Dis. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggelarkan pembangkang sebagai pakatan nepotisme memandangkan kepimpinannya yang dibarisi suami, isteri, bapa dan anak-anak.
Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu berkata, perkara tersebut jelas apabila keputusan pemilihan sebuah parti pembangkang baru-baru ini menyaksikan ketua umum, presiden dan naib presidennya datang daripada sebuah keluarga.
Lebih menarik lagi menurut beliau, timbalan presidennya pula dikatakan ada hubungan istimewa dengan ketua umum parti berkenaan.
Katanya, begitu juga dengan satu lagi anggota pakatan pembangkang yang dilihat sebagai parti 'Anak Beranak Sendirian Berhad'.
''Dengan hegemoni dua dinasti, satu keluarga dengan kuasa dan satu lagi keluarga tanpa kuasa, semuanya ini telah ditentukan. Sebabnya dalam sistem parti ini setiausaha agung lebih berkuasa daripada pengerusi.
''Sungguh lucu rasanya apabila mereka pula yang berani menuduh kita sebagai pengamal nepotisme. Saya ingin bertanya siapa pengamal nepotisme yang sebenar di sini?" sindirnya.
Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dasar sempena Konvensyen BN di Wisma MCA di sini hari ini.
Mengenai Pas, Najib di dalam ucapannya hairan dengan pendirian parti itu kerana sanggup menjalin kerjasama dengan para pembohong besar, pemalsu dokumen, petualang bangsa dan pengkhianat negara walaupun mengaku menjadi pendukung Islam.
Oleh itu beliau berkata, lebih tepat lagi pakatan pembangkang terdiri daripada dua buah keluarga dengan satu lagi parti menjadi pak turut atau kuda tunggangan.
''Apa yang boleh dikatakan Pas sepatutnya bertindak lebih bijak daripada itu dan eloklah Pas terus berpegang teguh kepada apa yang kononnya menjadi prinsip mereka selama ini," katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri dengan nada sinikal mempersoalkan kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bahawa suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah anugerah tuhan.
''Ya, kita faham kesetiaan dan kekaguman seorang isteri terhadap 'ke..he..ba..tan' suaminya itu. Namun rakyat Malaysia ingin bertanya, berdasarkan nas atau hadis mana pendapat itu dibuat.
''Berbekalkan justifikasi hukum atau istinbat mana sehingga pernyataan begini sanggup dikeluarkan. Adakah ini ijtihad baru atau lebih tepat, satu lagi ajaran songsang? Cukup-cukuplah sandiwara dan drama yang songsang-songsang itu," katanya disambut tepukan gemuruh serta sorakan perwakilan.
Isu pemimpin-pemimpin PKR keluar parti juga berjaya menarik perhatian perwakilan sekali gus menggamatkan dewan apabila Perdana Menteri menyebut jawatan mereka yang bertindak demikian.
''Ramai pimpinan utama mereka keluar parti antaranya timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda, ketua penerangan, pengerusi, ketua cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, bekas timbalan ketua menteri, lima ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
''Senarai panjang sangat. Izinkan saya minum air dahulu. Lantaran itu amat tepat jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai," katanya.
 
Sponsored Post

amridz

Fun Poster
Joined
Oct 11, 2008
Messages
157
Reaction score
0
Points
10
org pas ni dorang akan cari salah umno je..x nampak keburukan yg ade pd parti tu..tgkla nanti org pas komen mcamana..
 

haudli

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
''Ramai pimpinan utama mereka keluar parti antaranya timbalan presiden, naib presiden, setiausaha agung, ketua pemuda, ketua penerangan, pengerusi, ketua cabang termasuk Cabang Permatang Pauh, bekas timbalan ketua menteri, lima ahli Parlimen dan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
''Senarai panjang sangat. Izinkan saya minum air dahulu. Lantaran itu amat tepat jika PKR itu kita katakan sebagai Parti Keluar Ramai-Ramai," katanya.

:eek::eek::eek:

pandai gak buat lawak...
 

anuarcsu

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Feb 3, 2010
Messages
2,630
Reaction score
0
Points
20
org pas ni dorang akan cari salah umno je..x nampak keburukan yg ade pd parti tu..tgkla nanti org pas komen mcamana..

ye.. kita tengok sama2 macam ane diorg komen... nak selamatkan kawan separti...
 

usahOne

Super Active Member
Joined
Jan 16, 2007
Messages
7,192
Reaction score
11
Points
65
Bukan isu besar....isu yg lagi besar dan amat memalukan ialah pemimpin umno telah merompak harta negara utk kepentingan peribadi itu yg beza dgn pr....anak beranak dlm umno mengkayakan kaum kerabat semata2 .minta tolong jadilah melayu yg cerdik berfikir bukanya melayu yg kronik...alahaiiiiiiii bukan msalah nak omen parti atauapa..yg salah tetap salah walaupun kesalahan itu dtg dr PR...klu salah bawa ke mahkamah dan buktikan jgn jadi mcm umNO hanya pandai membuat fitnah tetapi apbila di suruh membawa ke mahkamah diam seribu bhsa...klu ada pun sekadar utk cover line ending x der kes...mcmana nak ada kes pendakwarayac gani patail pun org upahan umCo alahai
 
Last edited:

amridz

Fun Poster
Joined
Oct 11, 2008
Messages
157
Reaction score
0
Points
10
Bukan isu besar....isu yg lagi besar dan amat memalukan ialah pemimpin umno telah merompak harta negara utk kepentingan peribadi itu yg beza dgn pr....anak beranak dlm umno mengkayakan kaum kerabat semata2 .minta tolong jadilah melayu yg cerdik berfikir bukanya melayu yg kronik...alahaiiiiiiii
ada bukti ke umno rompak..nampak depan mata ke dia rompak..fitnah tu kalau x betul..
 

iwak

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2008
Messages
7,594
Reaction score
37
Points
80
anak beranak pn x kisah lh. tujuan utama nk tumbangkan BN je
 

anuarcsu

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Feb 3, 2010
Messages
2,630
Reaction score
0
Points
20
cakap guna mulut.. semua orang boleh buat...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register