Covid-19 PKPD: Lahad Datu, Tawau, Kunak, Semporna. PKPB di KK, Penampang, Putatan

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
PKPD di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna tengah malam ini

September 28, 2020 3:51 PM

ISMAIL_SABRI_YAAKOB_FMT_MOGAN_26092020-13.jpg

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan bersasar (PKPDB) akan dilaksanakan di 4 daerah sekitar Sabah, susulan peningkatan kes positif Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata PKPDB secara pentadbiran di Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, hingga 12 Oktober depan dan melibatkan seramai 962,661 penduduk.

“Pelaksanaan PKPD bersasar ini bagi membendung jangkitan dan penularan Covid-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” katanya dalam kenyataan hari ini.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
COVID-19: Kerajaan laksana PKPDB di empat daerah Sabah

September 28, 2020 15:46 MYT
COVID-19: Kerajaan laksana PKPDB di empat daerah Sabah

Keputusan itu diambil selepas kesemua empat kawasan berkenaan telah mencatatkan 1,195 kes antara 1 hingga 27 September, 2020. - Gambar hiasan/BERNAMA

PUTRAJAYA: Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran di empat daerah di Sabah, kerana kawasan itu telah mencatatkan jumlah kes COVID-19 yang tinggi.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan hari ini berkata, kawasan berkenaan ialah Lahad Datu, Tawau, Kunak, dan Semporna.


Beliau berkata, keputusan itu diambil selepas kesemua empat kawasan berkenaan telah mencatatkan 1,195 kes antara 1 hingga 27 September, 2020.
Menurut beliau lagi, PKPDB secara pentadbiran itu akan berkuatkuasa 12.01 malam ini, sehingga 12 Oktober, 2020.

“Pelaksanaan PKPDB ini bagi membendung jangkitan dan penularan COVID-19 dalam daerah tersebut serta membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari.

“Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa,” katanya lagi.

Sepanjang pelaksanaan PKPDB, Ismail Sabri berkata, semua penduduk tidak dibenarkan keluar dari kawasan berkenaan, dan bukan penduduk serta pelawat dilarang masuk ke tempat itu.

Kesemua aktiviti perniagaan pula akan dihentikan, kecuali premis barangan keperluan dan perkhidmatan penting.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan akan membuka pangkalan perubatan di semua kawasan yang telah diwartakan.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas Ibu Pejabat Polis Daerah seperti berikut :

Lahad Datu : 089-881255
Tawau : 089-752222
Kunak : 089-851222
Semporna : 089-782020

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
[ TERKINI ] PKPDB secara pentadbiran ini akan berkuatkuasa mulai 12.01 tengah malam ini, 29 September 2020 sehingga 12 Oktober 2020 dan akan melibatkan seramai 962,661 orang penduduk.
#NormaBaharu #DisiplinMalaysia #HapusCOVID19

1601280747598.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
Kempat-empat zon merah Covid di Sabah telah dilaksanakan PKPD bersasar.

Kota Setar di Kedah yang juga zon merah setakat semalam baru dilepaskan PKPD kecuali sebuah blok flat yang masih ada kes baru dikesan.

Pada pendapat saya, ini adalah keputusan yang tepat.

Saya harap penduduk di sana boleh faham dan bersabar.

Kerajaan baru Sabah dan Persekutuan perlu memberi segala bantuan yang patut untuk meringankan beban dan pengorbanan penduduk Lahad Datu, Tawau, Kunak dan Semporna.
https://www.bharian.com.my/.../pkpdb-di-lahad-datu-tawau...

 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,631
Reaction score
412
Points
51
dh bis PRN..baru nk bg PKPD kan?barbee betul politikus ni
 

azmann33

Legendary Member
Joined
Mar 2, 2009
Messages
10,416
Reaction score
866
Points
171
dh bis PRN..baru nk bg PKPD kan?barbee betul politikus ni
Sepatutnya buat sebelum hari mengundi..
Barulah penyokong2 Warisan tak boleh keluar mengundi baru2 ni...
Semua kawasan tu kubu kuat Warisan.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
MOBILISASI PEGAWAI PERUBATAN KKM DARI SEMENANJUNG MALAYSIA KE NEGERI SABAH

Seramai 5 orang Pegawai Perubatan JKN Perak telah dimobilisasi ke Hospital Lahad Datu, Sabah iaitu masing-masing dari Hospital Teluk Intan, Hospital Slim River, Hospital Changkat Melintang, Hospital Selama dan Hospital Gerik.

Mereka telah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa, Kota Kinabalu pada hari ini (28.9.2020) dan seterusnya akan menyambung perjalanan ke Lahad Datu esok ( 29.9.2020).

Kesemua petugas barisan hadapan ini telah bersiap sedia untuk menjalankan tugas di lapangan dalam usaha negara membendung penularan pandemik COVID-19.

Bagi pihak rakyat Malaysia, terima kasih diucapkan kepada wira-wira negara ini!

1601336163223.png


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Jun 3, 2013
Messages
68,720
Reaction score
10,847
Points
1,906
Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat kawasan dalam negeri Sabah.
#KWSP #malaysiagazette

KWSP tutup pejabat, kaunter di empat kawasan di Sabah


-
29 September 2020

MG111019_TINJAUAN-BELANJAWAN202002-1-681x454.jpg


KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabat dan kaunter di Lahad Datu dan Tawau mulai hari ini hingga dimaklumkan kelak berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) di empat kawasan dalam negeri Sabah, iaitu Lahad Datu, Tawau, Kunak, dan Semporna.

Sehubungan itu semua permohonan Janji Temu Online (JTO) ke KWSP Lahad Datu dan KWSP Tawau akan dibatalkan serta merta.


Ahli yang telah membuat janji temu di pejabat Lahad Datu dan Tawau yang dijadualkan dalam tempoh PKPDB perlu membuat semula janji temu mereka setelah
perintah kawalan tamat, kata KWSP.
Bagaimanapun, ahli dan majikan masih boleh menggunakan perkhidmatan atas talian KWSP, iaitu i-Akaun (Ahli) dan i-Akaun (Majikan), yang beroperasi seperti biasa.

Pmbayaran caruman masih boleh dibuat melalui perbankan internet atau ejen bank berdaftar di kaunter.
KWSP menasihatkan ahli dan majikan disarankan untuk mendapatkan maklumat daripada saluran rasmi KWSP sahaja. – MAlaysiaGazette

 
Sponsored Post
Top
Log in Register