BTC USD 57,071.6 Gold USD 1,831.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 PKP & SOP Syawal UPDATED

Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,550
Reaction score
262
Points
51

APMM perketat kawalan menjelang Aidilfitri

Gambar hiasan, aset APMM. FOTO Arkib NSTP.


Alor Setar: "Kami tidak pernah 'tidur' dalam mengawal perairan negara daripada penyeludupan," kata Timbalan Pengarah Zon (Operasi) Maritim Kuala Kedah, Leftenan Maritim Zool Hilmi Mohd Nadzir.

Menurutnya, pihaknya komited menjalankan amanah dipertanggungjawabkan bagi memastikan perairan di utara negara tidak dibolosi penyeludup yang menggunakan jalan laut untuk membawa masuk barang mahupun manusia ketika Aidilfitri.

Katanya, kawalan semakin diperketatkan lagi pada musim perayaan ini supaya tiada cubaan menyeludup bunga api dan mercun dari negara jiran, selain ketum mahupun dadah.

Beliau tidak menolak ada cubaan menyeludup barangan itu di tengah laut namun, kekerapan rondaan dan kawalan membantutkan usaha penyeludup.

"Sepanjang Ramadan ini juga, kita berjaya menggagalkan tiga kali cubaan menyeludup daun ketum ke negara jiran yang bernilai RM380,000.

"Permintaan tinggi daun ketum di Thailand dan harga pasaran yang lebih tinggi iaitu RM180 sekilogram, berbanding RM40 sekilogram di negara ini menyebabkan penyeludup cuba menggunakan jalan laut tapi membawanya keluar," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zool Hilmi berkata, rampasan terbaharu di muara Kuala Kedah pada 2.55 pagi kelmarin yang merampas 500 kilogram daun ketum, namun penyeludup sempat terjun ke dalam laut sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa.

Katanya, pihaknya mengambil serius semua maklumat dan risikan yang diterima berkenaan penyeludupan terutama ketika negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan.

Beliau mengalu-alukan maklumat dan aduan daripada orang ramai yang mengetahui sebarang aktiviti jenayah dengan menyalurkannya ke talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah 05-7310579.


== harian metro
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,550
Reaction score
262
Points
51

Kebenaran solat sunat Aidilfitri diumum selepas dapat perkenan Agong

116016109_197373061813232_5232125149216884592_o.jpg


PUTRAJAYA – Kebenaran untuk mengadakan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Wilayah Persekutuan akan dimaklumkan dalam masa terdekat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata, Jawi akan mengeluarkan kenyataan rasmi dalam tempoh terdekat selepas mendapat perkenan baginda.

“Jawi telah mengangkat permohonan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan mengenai kebenaran menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau-surau Jumaat.

WhatsApp-Image-2021-04-29-at-11.04.57-1.jpeg


“Sebaik sahaja mendapat perkenan, Jawi akan mengadakan sidang akhbar secara rasmi,” katanya selepas majlis Program Kembara Al-Amin Nuzul Al-Quran bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri di Surau Putra Al-Amin, di sini hari ini.

Beliau berkata, pengumuman di peringkat kebangsaan akan dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, beliau memaklumkan sebanyak RM9.23 juta diperuntukkan Jawi bagi pelaksanaan program mengimarahkan masjid-masjid dan surau sempena bulan Ramadan di Wilayah Persekutuan.

Menurutnya, peruntukan itu merangkumi 89 masjid, 123 surau solat Jumaat dan 578 surau.

“Bagi setiap masjid, Jawi memperuntukan RM15,000 manakala surau solat Jumaat (RM12,500) dan surau pula sebanyak RM11,000,” katanya.


== Kosmo Online
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,550
Reaction score
262
Points
51
SOP Aidilfitri, rentas daerah dijangka diputuskan minggu depan

1050154.jpg


KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) minggu depan dijangka memutuskan beberapa perkara berkaitan sambutan hari raya antaranya prosedur operasi standard (SOP) Aidilfitri dan rentas daerah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP yang bakal dikeluarkan itu berdasarkan nasihat dan cadangan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Hari ini Jawatankuasa Teknikal akan berbincang, kemudian ia akan dibentangkan dalam sidang khas MKN pada Isnin ini yang akan dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Selepas ia dibentangkan (sidang khas MKN), barulah kami boleh memutuskan sebarang keputusan dan kami akan mendengar pembentangan KKM mengenai nasihat yang akan diberikan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan majlis menandatangani Perjanjian Program e-Bakat antara Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat) bersama Mgate Emerging Technologies Sdn Bhd dan HRD Corp di Kem Kementah di sini pada Jumaat.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, seramai 12,000 suri rumah kepada anggota tentera disasar menyertai program Bakat untuk menjana pendapatan.

Beliau berkata, Bakat mengambil inisiatif dengan tujuan untuk memberi peluang kepada isteri angkatan tentera yang tidak bekerja mempelajari kemahiran dan menjana pendapatan keluarga.

“Mereka akan dilatih untuk membuat produk, memasarkan produk dan menjual produk berkenaan.

“Malah pendekatan yang diambil ini bukan sahaja akan menambahkan sumber pendapatan keluarga mereka secara tidak langsung tetapi ia akan menjadi kerja sampingan untuk anggota tentera yang akan berpencen nanti,” katanya.

Program itu merupakan sebuah program yang dirangka di bawah Program Transformasi Bakat iaitu Pembangunan Ekonomi Keluarga bagi meningkatkan kemahiran serta pengetahuan ahli Bakat untuk membentuk mereka menjadi usahawan berjaya melalui perancangan dan platform yang sistematik.

Selain itu, ia juga bertujuan memperkasakan mereka melalui pembangunan modal insan yang teratur dan berpotensi tinggi dalam menjana pendapatan tambahan sekeluarga.


== sinar harian
 

stuck

Active+ Member
Joined
Apr 12, 2007
Messages
4,186
Reaction score
176
Points
33

SOP sambutan Aidilfitri yang tular palsu - Ismail Sabri

View attachment 364879

Prosedur Operasi Standard (SOP) mengenai sambutan Aidilfitri yang tular di media sosial hari ini adalah palsu dan tidak benar, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata kerajaan belum mengeluarkan sebarang SOP mengenai perayaan itu, dan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.

"Senarai SOP itu fake (palsu), tidak betul.... kononnya pada Aidilfitri nanti rentas daerah tidak dibenarkan, itu tidak benar sama sekali.

"Saya akan umumkan nanti SOP sambutan itu termasuklah tentang takbir raya, solat Aidilfitri, kunjung mengunjung dan ziarah tanah perkuburan," katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Wisma Pertahanan.

Hari ini tular senarai kononnya SOP Aidilfitri termasuklah program ziarah dan rumah terbuka tidak dibenarkan, ziarah hanya boleh dalam kalangan ahli keluarga yang terdekat dan tidak melebihi 15 orang, selain aktiviti rentas daerah tidak dibenarkan lima hari sebelum perayaan hingga lima hari selepasnya.

Sementara itu ditanya mengenai peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, Ismail Sabri secara peribadi menyifatkan hukuman itu terlalu tinggi dan tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata jenis-jenis kesalahan dan jumlah kompaun telah dibentangkan dengan terperinci sebelum ini, dan kompaun RM50,000 adalah berkaitan dengan syarikat.

"Pengeluaran kompaun adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) manakala untuk rayuan pengurangan adalah di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan (KKM).

"Bagaimanapun perkara ini sedang diambil tindakan oleh KKM, jadi kita tunggulah pengumuman secara rasmi dari pihak mereka," katanya sambil memberitahu mereka yang dikenakan kompaun boleh membuat rayuan kepada KKM.

Mengulas mengenai keperluan melaksanakan semula arahan bekerja dari rumah susulan kerajaan mengumumkan sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu selepas cuti Hari Raya, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dibincangkan bersama pihak berkaitan dalam masa terdekat.

"Sebelum ini, kita sudah umumkan bekerja dari rumah dan apabila keadaan berubah dengan kes semakin menurun, kita benarkan untuk bekerja di pejabat masing-masing termasuk pihak swasta.

"Dengan keadaan sekarang kes semakin meningkat, pihak berkaitan (Jabatan Perkhidmatan Awam), MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) akan umumkan mengenai perkara ini (bekerja dari rumah)," katanya.

Semalam, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata sesi pembelajaran selepas cuti hari raya Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah.

Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).


== malaysiakini
selalunya yg dok nafi tu la yg betulnya
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,550
Reaction score
262
Points
51

Ini senarai SOP Hari Raya Aidilfitri yang perlu anda tahu​

71619001605_salam.jpg


Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah meneliti pembentangan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) mengenai prosedur operasi Standard (SOP) Hari Raya Aidilfitiri yang dijangka disambut pada 13 Mei ini.

Hasil daripada penelitian berkenaan kerajaan akhirnya mengeluarkan SOP Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini:

Perincian SOP itu adalah seperti berikut:

1. Takbir Raya

• Takbir Raya di masjid/ surau dibenarkan di kawasan PKP, PKPB dan PKPP mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.
Namun begitu, bagi kawasan PKPD, tidak dibenarkan.
• Bagaimanapun, amalan takbir dari rumah ke rumah tidak dibenarkan di semua kawasan.
• Bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP, solat sunat hari raya dibenarkan berlangsung di masjid/ surau, namun dengan jumlah kehadiran serta penyertaan jemaah lelaki, wanita dan kanak-kanak mengikut ketetapan pihak berkuasa agama negeri.

2. Solat sunat hari raya
• Solat sunat hari raya di masjid/ surau tidak dibenarkan di kawasan PKPD.
• MKN juga telah membuat keputusan bahawa jamuan selepas solat hari raya di masjid/ surau, rumah terbuka hari raya, ziarah tanah perkuburan tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD.
• Bagi kawasan PKPB dan PKPP, samuan selepas solat hari raya di masjid dan surau dibenarkan tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri. Jawatankuasa masjid/ surau digalakkan menyediakan juadah secara berbungkus dan diedarkan kepada para jemaah untuk dibawa pulang.

3. Ziarah hari raya
• Ziarah hari raya bagi kawasan PKP dibenarkan pada 1 Syawal sahaja dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 15 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Ziarah hari raya bagi PKPB dan PKPP dibenarkan pada 1 sehingga 3 Syawal sahaja. Namun begitu, bagi kawasan PKPB kehadiran tetamu terhad kepada 20 orang pada satu-satu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Manakala, bagi kawasan PKPP ziarah Hari Raya dibenarkan dengan kehadiran tetamu tidak melebihi 25 orang pada satusatu masa mengikut saiz rumah dengan penjarakan fizikal.
• Dalam memastikan penularan wabak ini terkawal, tuan rumah digalakkan untuk menyediakan alat pengimbas suhu badan, menggunakan QR Code MySejahtera atau menyediakan buku
bagi mencatatkan nama dan nombor telefon tetamu.

4. Ziarah kubur
• Ziarah tanah kubur dibenarkan bagi kawasan PKPB dan PKPP dengan syarat had tidak melebihi enam orang bagi satu lot/ petak kubur serta tidak lebih daripada 30 minit.
• Bagaimanapun, ziarah tanah kubur bagi kawasan PKP dan PKPD tidak dibenarkan.
• Bagi kawasan PKP Diperketatkan (PKPD), sambutan Hari Raya Aidilfitiri hanya dibenarkan dalam kalangan ahli keluarga daripada rumah yang sama sahaja. Ini bermakna mereka tidak dibenarkan sama sekali untuk keluar daripada rumah dan melakukan amalan kunjung mengunjung.
• Penganjuran sebarang majlis/ rumah terbuka hari raya bagi semua kawasan adalah tidak dibenarkan.

== astro awani
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
3,550
Reaction score
262
Points
51

PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei​

PKP dilaksanakan di enam daerah di Selangor berkuat kuasa 6 Mei


KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam daripada sembilan daerah di Selangor berkuat kuasa 6 hingga 17 Mei ini.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan, ia melibatkan daerah Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Bagaimanapun, tiga daerah lagi masih kekal Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor.

"Sidang khas MKN bersetuju melaksanakan PKP ke atas enam daripada sembilan daerah di Selangor iaitu Hulu Langat, Petaling, Gombak, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

"PKP berkuat kuasa pada 6 hingga 17 Mei 2021. Tiga daerah yang terlibat iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor masih PKPB," katanya dalam sidang media di sini pada Selasa.

Ujarnya, keputusan itu mengambil kira peningkatan kes COVID-19 yang mendadak serta bagi memutuskan penularan jangkitan COVID-19.

Dengan pengumuman PKP itu, maka pergerakan rentas daerah dan negeri bagi enam daerah berkenaan adalah tidak dibenarkan kecuali kes-kes kecemasan, kematian dan melibatkan urusan kerja.

"SOP PKP sama seperti SOP PKP di kawasan lain seperti di Kelantan dan lima daerah di Kedah," ujarnya lagi.


== astro awani
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #5
Joined
Jun 3, 2013
Messages
79,328
Reaction score
12,642
Points
1,906

1f4cd.png
Penganjuran rumah terbuka Aidilfitri tidak dibenarkan di seluruh negara tahun ini
1f4cd.png
Aidilfitri: Aktiviti ziarah kubur tidak dibenarkan di kawasan PKP, PKPD
1f4cd.png
Ziarah hari raya bagi kawasan PKPD tidak dibenarkan
1f4cd.png
Ziarah Hari Raya dibenarkan di kawasan PKPB dan PKPP pada 1 hingga 3 Syawal, dengan syarat ketat
1f4cd.png
Pergerakan merentas negeri dan daerah tidak dibenarkan di enam daerah dikenakan PKP di Selangor - Ismail Sabri.
1f4cd.png
Jamuan selepas solat hari raya di masjid dan surau tidak dibenarkan di kawasan PKP dan PKPD - Ismail Sabri
Majlis Keselamatan Negara
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1958687

1620175744574.png
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register