BTC USD 40,802.6 Gold USD 1,803.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 PKP & SOP Syawal, Total Lockdown 1-28 Jun 2021 UPDATED

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,568
Reaction score
328
Points
51

PKPD di lapan kawasan ditamatkan

PKPD_KAMPUNG_LAKAI_1624446833.jpg

PUTRAJAYA: Majlis Keselamatan Negara (MKN) hari ini memutuskan untuk menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan kawasan.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata dua daripadanya adalah Kampung Batu Layar, Pulau Banggi, Kudat, dan Taman Wawasan, Beaufort di Sabah, ditamatkan pada jam 11.59 malam ini seperti dijadualkan.

Beliau berkata, enam lagi kawasan PKPD ditamatkan esok termasuk satu PKPD di Lorong Pasir Putih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan, Sabah yang tamat sehari lebih awal dari tarikh yang dijadualkan.

Lima PKPD ditamatkan esok adalah PKPD di Kampung Kutan Tengah, Mukim Wakaf Bharu dan Kampung Ketil, Mukim Pengkalan Kubor di Tumpat, Kelantan; FELDA Jengka 7, Maran, Pahang; FELDA Inas, Kulai, Johor; Kampung Sinar Budi Baru,Kuching, Sarawak dan Lorong Pasir Putih, Taman Pasir Putih Fasa 1, Putatan, Sabah.

"Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati trend kes menurun dan kluster adalah terkawal, manakala semua kes positif sudah menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ismail Sabri berkata, MKN juga memutuskan untuk melanjutkan PKPD di Kampung Likas, Kota Kinabalu, Sabah bermula esok hingga 7 Julai dan di PKPD lima Sub-zon Labuan, mulai 25 hingga 28 Jun ini.

Beliau berkata, PKPD di kedua-dua kawasan itu sepatutnya berakhir pada hari ini di Kampung Likas dan esok di lima sub-zon di Labuan.

Katanya, sepanjang pelaksanaan PKPD di Kampung Likas sehingga hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 25 kes positif melalui 2,058 ujian saringan yang dilaksanakan.

"KKM juga mendapati penularan masih berlaku dalam komuniti serta ada kes baharu direkodkan di lokaliti itu.

"Kementerian juga melaksanakan 8,682 ujian saringan di lima Sub-zon di Labuan dan 1,632 daripadanya didapati positif COVID-19.'

"Bagaimanapun, KKM mengesahkan masih terdapat penularan berterusan di kawasan PKPD dengan kadar kebolehjangkitan masih tinggi," katanya.

Sementara itu, MKN mengarahkan pelaksanaan PKPD di tiga kawasan bermula esok hingga 8 Julai ini.

Tiga kawasan itu adalah Kampung Pulau Tukang Dollah, Kemumin, Kota Bharu; serta di Kampung Tambulion Ulu, Kota Belud, dan Kampung Kukut, Beaufort, di Sabah.

Ismail Sabri berkata, KKM sudah melakukan ujian saringan terhadap 63 penduduk di Kampung Pulau Tukang Dollah dan mendapati 41 daripadanya dikesan positif COVID-19 dengan kadar positiviti 65 peratus.

Katanya, 29 saringan yang dijalankan terhadap penduduk di Kampung Tambulion Ulu pula menemukan 10 kes positif COVID-19 manakala 18 daripada 34 ujian saringan yang dijalankan di Kampung Kukut didapati positif.

"Pada masa sama, KKM mendapati kes meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu.

"Pelaksanaan PKPD ini memudahkan KKM melakukan saringan, menyekat pergerakan dan penularan jangkitan dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti itu," katanya.


== berita harian
 
Sponsored Post
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register