BTC USD 40,982.0 Gold USD 1,803.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 PKP & SOP Syawal, Total Lockdown 1-28 Jun 2021 UPDATED

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,568
Reaction score
328
Points
51
'Total lockdown' mungkin disambung dengan modifikasi

1105038.jpg


SHAH ALAM - Pelaksanaan sekatan pergerakan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang dijangka berakhir 28 Jun ini berkemungkinan besar perlu disambung dengan syarat ia dimodifikasi dan ditambah baik mengikut keperluan semasa.

Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Mikrobiologi Perubatan, Universiti Putra Malaysia, Profesor Madya Dr Malina Osman berkata, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh dilihat kurang memberi kesan yang diharapkan sebagaimana PKP 1.0 disebabkan pecahan kes jangkitan Covid-19 tinggi di Selangor serta kewujudan banyak kluster tempat kerja terutama kluster kilang industri.

Jelas beliau, pelaksanaan sekatan pergerakan penuh bukan sebenar-benarnya mencapai objektif 'total lockdown' sebagaimana PKP 1.0 kerana sektor perkilangan dilihat masih beroperasi secara menyeluruh dengan risiko 1.5 juta pekerja yang belum divaksin.

“Kes jangkitan Covid-19 masih mencatatkan jumlah tinggi susulan langkah kerajaan negeri Selangor melaksanakan saringan Covid-19 percuma secara besar-besaran yang membawa pecahan kes tinggi di negeri itu serta peningkatan kewujudan kluster tempat kerja.

“Dengan kadar kematian masih dicatatkan sekitar purata 60 hingga 70 hari, saya berpandangan 'total lockdown' mungkin perlu diteruskan dengan sedikit modifikasi dari aspek kawalan penularan di tempat kerja serta kajian semula strategi saringan besar-besaran,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau mengulas kebimbangan ramai pihak terhadap keberkesanan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh PKP 3.0 susulan jumlah kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada lebih 6,000 kes.

Peningkatan semula jumlah kes jangkitan itu amat mengejutkan memandangkan kerajaan sudah melaksanakan sekatan pergerakan penuh selama tiga minggu dan keputusan itu sepatutnya memberi kesan positif terhadap usaha membendung penularan Covid-19.

Pada Ahad, kes harian positif Covid-19 menurun kepada 5,293 kes pada Ahad berbanding 5,911 kes pada Sabtu dan 6,440 pada Jumaat.

Mengulas mengenai peningkatan kluster tempat kerja, Dr Malina mencadangkan agar kerajaan memberi keutamaan pemberian vaksin kepada golongan pekerja perkhidmatan perlu, warga emas, pelajar menduduki peperiksaan utama serta kelompok berisiko Covid-19.

Jelas beliau, fokus itu amat penting memandangkan majoriti golongan pekerja sektor khidmat perlu ini kebiasaannya menjadi punca penularan jangkitan kepada keluarga dan komuniti.

“Kerajaan perlu meneliti semula definisi sebenar perkhidmatan perlu atau kritikal itu kerana bagi saya, golongan pekerja tergolong bukan sektor khidmat perlu, mereka juga perlu bekerja untuk menyara kehidupan keluarga dan tidak boleh dianggap kelas kedua,” katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berpandangan bahawa kerajaan tidak perlu meneruskan sekatan pergerakan penuh setelah tempoh pelaksanaannya berakhir 28 Jun ini.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan sudah boleh menumpukan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan berisiko tinggi Covid-19 atau kawasan yang mencatatkan angka penularan tinggi.

“Tempoh empat minggu pelaksanaan sekatan pergerakan penuh tidak boleh dianggap tidak berkesan sepenuhnya, meskipun kadar penurunan kes masih tidak begitu memuaskan sebagaimana PKP 1.0.

“Kalau kita lihat, kluster dalam kalangan komuniti turun mendadak, cuma kluster tempat kerja terutama daripada kilang yang masih tinggi.

“Saya berharap pada akhir Jun ini, jumlah kes jangkitan akan menurun kepada angka lebih baik kurang daripada 3,000 kes dan saya yakin kita masih mempunyai masa untuk mencapainya,” katanya.

Boon Chye yang juga Ahli Parlimen Gopeng itu berkata, tempoh pelaksanaan sekatan pergerakan penuh selama sebulan sepatutnya memberikan maklumat sains dan data mencukupi kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengenal pasti lokasi dan faktor tercetusnya kluster baharu Covid-19.


== sinar harian
 
Sponsored Post

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,568
Reaction score
328
Points
51

Taman, kampung di Mentakab dan Mersing dikenakan PKPD

ismail-sabr-696x464.jpg


BEBERAPA kawasan perumahan di Mentakab, Pahang dan Mersing, Johor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan peningkatan kes di kawasan terlibat.

Turut dikenakan PKPD ialah beberapa kampung dan taman perumahan di Sabah melibatkan Kota Kinabalu, Kunak, Keningau, Kalabakan dan Tawau.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD Lima Taman Perumahan Dalam Kawasan Mentakab melibatkan Taman Bukit Bendera, Taman Rimba, Taman Sri Layang, Taman Saga dan Taman Saga Inda.

Katanya, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 di kelima-lima lokaliti tersebut di mana lapan kes positif direkodkan di Taman Bukit Bendera, Taman Rimba (10 kes), Taman Saga (3), Taman Saga Indah (2) dan Taman Sri Layang (7).

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti yang dinyatakan berkuat kuasa 22 Jun sehingga 5 Julai 2021.

“Pelaksanaan PKPD ini bagi memudahkan KKM menjalankan pengesanan awal kes positif dan kontak rapat supaya dapat diasingkan secepat mungkin serta menyekat pergerakan dan penularan jangkitan COVID-19 dari kawasan berisiko keluar dari lokaliti tersebut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Sementara itu, kata Ismail Sabri, PKPD empat Lokaliti di Mukim Tenglu, Mersing melibatkan Kampung Tanjung Genting, Kampung Benaung, Kampung Makam dan Kampung Sawah Datok.

Katanya, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes COVID-19 di keempat-empat lokaliti tersebut di mana 54 kes positif telah direkodkan hasil dari 268 ujian saringan yang dijalankan.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP dan atas nasihat KKM, Kerajaan bersetuju melaksanakan PKPD di empat lokaliti tersebut berkuat kuasa 22 Jun sehingga 5 Julai 2021,” jelasnya.

Sementara itu, kawasan lain yang terlibat dengan PKPD ialah Kampung Skim Pamalan, Keningau; Kampung Jaya Baru, Kunak; Taman Wijaya Park, Kota Kinabalu; Kampung Serudung Baru, Tawau dan Ladang Brumas, Kalabakan.

Dalam perkembangan berasingan, Ismail Sabri memaklumkan 113 buah kilang diarah tutup sejak 1 Jun lalu sehingga semalam.
Katanya, kesuluruhannya, pasukan Task Force Operasi Pematuhan telah melakukan pemeriksaan ke atas 510 buah kilang dalam tempoh berkenaan.

“Secara kumulatifnya, sebanyak 24,942 kilang dan premis perniagaan telah diperiksa sejak 14 Januari 2021 yang melibatkan 22,819 premis perniagaan dan 2,123 kilang.

“Sehingga kini, 167 kilang dan 17 premis bukan kilang telah diarahkan tutup,” ujarnya.

Tegasnya, seramai 852 individu ditahan atas kesalahan ingkar SOP semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 821 individu dikompaun manakala 31 lagi direman.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (175), tidak memakai pelitup muka (143), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (129), tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (94), bawa penumpang berlebihan (45) dan lain-lain (266),” tegasnya.


== UtusanTV
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,568
Reaction score
328
Points
51

Pelanjutan pengecualian bayaran fi lesen pengusaha, pemandu pelancong

MOTAC.jpg


PUTRAJAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) menyediakan beberapa inisiatif pelanjutan pengecualian pembayaran fi lesen bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang dilesenkan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).

MOTAC dalam satu kenyataan memaklumkan, inisiatif tersebut terdiri daripada pelanjutan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula dari 1 Julai lalu sehingga 31 Disember depan.

Kenyataan itu berkata, inisiatif tersebut turut melibatkan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang belum mendapat kelulusan pembaharuan lesen disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang telah mendapat keputusan pembaharuan lesen namun tidak dapat membuat bayaran fi lesen disebabkan oleh PKP juga dilaksanakan.

Melalui pelaksanaan pelanjutan inisiatif itu, MOTAC berharap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang itu untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing bagi memastikan pengecualian tersebut dapat dinikmati.

“MOTAC sentiasa prihatin dengan senario cabaran besar dan berterusan yang masih dihadapi oleh penggiat industri pelancongan susulan impak pandemik Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Dalam masa sama, katanya, kementerian turut menyeru semua pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang terlibat untuk membuat pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan bagi memastikan pematuhan kepada perundangan sedia ada.


== UTUSAN ONLINE
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,568
Reaction score
328
Points
51

Beberapa kawasan di 4 negeri dikenakan PKPD

GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA


Kuala Lumpur: Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di beberapa kawasan di Sarawak, Sabah, Melaka dan Perak mulai esok hingga 6 Julai ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD itu bagi memudahkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaksanakan ujian saringan dan mengelak penularan wabak Covid-19 ke luar kawasan.

Beliau berkata, PKPD itu membabitkan dua lokaliti di Mukah iaitu Rumah Panjang Gabriel Bujang anak Ikau, Sungai Lepah, Tanjung Manis dan Kuarters Pekerja Balingian Power Generation, Jalan Sibu-Mukah.

"Sebanyak 49 kes direkodkan hasil daripada 117 ujian saringan di Rumah Panjang Gabriel Bujang anak Ikau manakala di Kuarters Pekerja Balingian Power Generation, sebanyak 25 ujian saringan dilakukan dan 15 daripadanya positif Covid-19.

"Pada masa sama, KKM mendapati kes meningkat dalam tempoh singkat dengan kadar kebolehjangkitan yang tinggi di lokaliti itu," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Di Sabah, Ismail Sabri berkata, empat lokaliti dikenakan PKPD iaitu Blok 11 Kampung Titingan dan Batu 7 Jalan Tinagat di Tawau, Kampung Ejuk di Kota Belud dan Kampung Warisan di Kota Kinabalu.

Menurutnya, sebanyak 13 kes positif Covid-19 direkodkan di Blok 11 Kampung Titingan manakala Batu 7 Jalan Tinagat (12 kes), Kampung Ejuk (lapan kes) dan Kampung Warisan (13 kes).

Selain itu, katanya, PKPD di Melaka pula membabitkan Penjara Sungai Udang (kecuali Kuarters Penjara) yang sudah merekodkan 157 kes positif Covid-19.

Beliau berkata, di Perak, Kilang Sawit Cahaya Muda di Batang Padang termasuk kuarters pekerja dikenakan PKPD selepas merekodkan 97 kes positif.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri turut mengumumkan penamatan beberapa PKPD di Sabah iaitu Taman Apas Permai, Bandar Sri Indah, Taman Megah Jaya di Tawau; Kampung Narandang, Kudat; Ladang FGV Kalabakan Selatan; Kampung Bolong Baru dan Kampung Simpangan, Tuaran.

Katanya, turut ditamatkan PKPD Politeknik Sultan Azlan Shah, Muallim dan Felda Trolak Utara, Sungkai di Perak serta Felda Tembangau 1 dan 3, Bera, Pahang.


== harian metro
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,568
Reaction score
328
Points
51

Melaka benar ibadat korban sempena Aidiladha

FOTO HIASAN.


Melaka: Kerajaan negeri menerusi Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka membenarkan aktiviti ibadat korban dilaksanakan di negeri ini sempena Aidiladha, bulan depan.

Mufti Negeri, Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, kebenaran itu bagaimanapun tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan kepada semua penganjur aktiviti berkenaan.

Beliau berkata, pelaksanaan ibadat korban dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah dibenarkan kecuali kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), namun ia bergantung kepada kelulusan pihak berkuasa negeri atas nasihat Kementerian Kesihatan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Ibadat korban semasa PKP hanya boleh dilaksanakan di empat lokasi yang dibenarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) iaitu di Kompleks Abatoir Jasin, Kompleks Abatoir Alor Gajah, pusat ternakan haiwan milik Abdullah Sulaiman di Bukit Tembakau dan pusat ternakan haiwan milik Md Yusni Abu Bakar di Sungai Putat di sini.

"DVS bersama pihak berkuasa agama negeri juga menawarkan pusat penyembelihan sementara di kandang ternakan yang mempunyai kemudahan kawasan sembelih atau masjid, surau atau institusi yang mempunyai kawasan lapang dan kemudahan untuk aktiviti penyembelihan serta melapah daging," katanya pada sidang media di lobi Pusat Islam Melaka, Bukit Palah di sini, hari ini.

Menurut beliau, pihaknya juga menetapkan, haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan biri-biri perlu menepati syarat korban ditetapkan syarak.

Manakala bilangan haiwan yang dibenarkan korban adalah lima ekor lembu serta 10 ekor kambing sehari.

"Semua ketetapan itu terpakai selama empat hari bermula 10 sehingga 13 Zulhijjah (hari Tasyrik)," katanya.

Mengulas lanjut, Abdul Halim berkata, aktiviti penyembelihan di tempat sembelihan sementara perlu mendapat kebenaran DVS dan peserta yang mengambil bahagian dalam program korban berkelompok pula digalakkan untuk mewakilkan sembelihan kepada penyembelih atau wakil yang dilantik sebelum korban dilaksanakan.

Katanya, proses penyembelihan, melapah dan keratan asas pula perlu dilaksanakan di lokasi penyembelihan sahaja manakala proses menyiang dan membungkus daging hendaklah dibuat di tempat lapang dengan menghindari '3S' iaitu sesak, sempit dan sembang dekat.

"Pengagihan daging korban hendaklah dibuat secara pandu lalu atau penghantaran rumah ke rumah oleh petugas yang ditetapkan.

"Semua penganjur perlu merekodkan kehadiran melalui aplikasi MySejahtera atau buku rekod kehadiran selain memeriksa suhu badan, memakai pelitup muka, sarung tangan, penjarakan sosial dan penyediaan tanda had pergerakan," katanya.

Kanak-kanak di bawah 12 tahun serta pesakit kronik tidak dibenarkan hadir ke lokasi selain hanya 25 pekerja yang dibenarkan berada di lokasi aktiviti ibadat itu diadakan.

Pihak berkuasa seperti polis, DVS, Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan memantau pelaksanaan ibadat korban di semua lokasi bagi memastikan SOP sentiasa dipatuhi.


== harian metro
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
24,318
Reaction score
2,550
Points
201
Sampai hati Nat Geo cakap macamni.

Photo by @iantehphotography / As many parts of the world emerge from their COVID-19 pandemic struggles, Malaysia has implemented tight lockdown measures to contain its spread. Once seen as a positive example for Southeast Asia in containing the virus, now Malaysia has become one of the worst affected in the region. Frustrated Malaysians use the trending Twitter hashtag #kerajaangagal, meaning "failed government," to vent about the government's handling of the situation and the country's battered economy. Lockdown measures have curbed cases, as the national rate of infection declined to 6.61 percent from the previous week's 7.28 percent. Swipe left to see more: Kuala Lumpur's skyline, with a view of the iconic Petronas Twin Towers; empty roads during lockdown; my local mall, closed except for the supermarket and pharmacy; communal facilities like the swimming pool and gym are closed at my condominium; public announcements displayed on giant LCD screens in the city center; and in central Kuala Lumpur many factories and construction sites are deemed essential and allowed to work at 60% capacity, despite statistics from the Ministry of Health revealing that the highest infection rates come from these sectors. Follow me on @iantehphotography to see more images and stories from around the world. #KualaLumpur Malaysia #Covid19 #CoronaDiaries #TwinTowers

 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,568
Reaction score
328
Points
51

SOP baharu sesi persekolahan sudah sedia

SESI_PERSEKOLAHAN_1624366588.jpg

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memiliki kerangka dan bersedia untuk melaksana prosedur operasi standard (SOP) baharu sebaik sesi persekolahan bersemuka dibuka kelak.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata beberapa SOP sudah dirangka dan ditambah baik dan akan dilaksanakan dijangka pada fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Kita sudah ada beberapa pendekatan yang sudah dirangka yang akan dilaksanakan berdasarkan situasi. Kita sudah ada perancangan untuk terus menambah baik SOP, namun begitu sebarang pelaksanaan tertakluk kepada situasi pada waktu itu.

"Kementerian akan lihat perkembangan dari semasa ke semasa. Situasi COVID-19 adalah dinamik. Tempoh buka sekolah pada fasa tiga (PPN) dan kita tidak tahu apa situasinya," katanya dalam wawancara khas secara maya bersama media berkenaan PPN hari ini.

Radzi berkata, berdasarkan risiko penularan dan penelitian kes jangkitan COVID-19 di sekolah sebelum ini, sebahagian besarnya berlaku di sekolah berasrama.

"Jika kita lihat data, semua sekolah asrama bila pelajar tinggal dalam asrama, ia susah untuk dikawal. Kita sudah buat pemetaan SOP dalam kelas, ia berfungsi dengan baik.

"Kita akan buat pemetaan satu persatu untuk melihat bagaimana sekiranya jangkitan berlaku, di mana murid itu duduk, mereka dengan siapa dan sebagainya. Ini sudah dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh pengambilan khas seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' bermula Oktober ini, Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sedia meneliti keperluan pengambilan mereka dari kalangan graduan yang tidak memiliki iktisas pendidikan.

"Apa yang berlaku kini, kita ada Institut Pendidikan Guru (IPG) dan graduan pendidikan dari Universiti Awam (UA). Mereka ini sudah dilatih dalam pendidikan.

Namun sekiranya tempat yang ada tidak dapat dipenuhi graduan pendidikan ini, kita akan buka kepada lain. Selepas saringan dan mereka dapat tawaran, latihan akan diberikan kepada graduan yang tiada iktisas pendidikan ini.

"Mereka akan diberi latihan bagi memastikan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang baik.," katanya.

Beliau berkata walaupun pengambilan dibuat secara terbuka, ia tidak bermakna kementerian berkompromi dengan kualiti guru.

"Kami akan pastikan supaya pendekatan ini tidak menjejaskan kualiti guru-guru yang bakal dilantik kelak," katanya.

Berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Radzi berkata murid dan guru sudah mula membiasakan dengan prosesnya.


== berita harian
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,324
Reaction score
1,601
Points
156

SOP baharu sesi persekolahan sudah sedia

SESI_PERSEKOLAHAN_1624366588.jpg

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan (KPM) sudah memiliki kerangka dan bersedia untuk melaksana prosedur operasi standard (SOP) baharu sebaik sesi persekolahan bersemuka dibuka kelak.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata beberapa SOP sudah dirangka dan ditambah baik dan akan dilaksanakan dijangka pada fasa tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN).

"Kita sudah ada beberapa pendekatan yang sudah dirangka yang akan dilaksanakan berdasarkan situasi. Kita sudah ada perancangan untuk terus menambah baik SOP, namun begitu sebarang pelaksanaan tertakluk kepada situasi pada waktu itu.

"Kementerian akan lihat perkembangan dari semasa ke semasa. Situasi COVID-19 adalah dinamik. Tempoh buka sekolah pada fasa tiga (PPN) dan kita tidak tahu apa situasinya," katanya dalam wawancara khas secara maya bersama media berkenaan PPN hari ini.

Radzi berkata, berdasarkan risiko penularan dan penelitian kes jangkitan COVID-19 di sekolah sebelum ini, sebahagian besarnya berlaku di sekolah berasrama.

"Jika kita lihat data, semua sekolah asrama bila pelajar tinggal dalam asrama, ia susah untuk dikawal. Kita sudah buat pemetaan SOP dalam kelas, ia berfungsi dengan baik.

"Kita akan buat pemetaan satu persatu untuk melihat bagaimana sekiranya jangkitan berlaku, di mana murid itu duduk, mereka dengan siapa dan sebagainya. Ini sudah dilakukan," katanya.

Dalam pada itu, menyentuh pengambilan khas seramai 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan gred DG41 secara 'one-off' bermula Oktober ini, Radzi berkata Kementerian Pendidikan (KPM) sedia meneliti keperluan pengambilan mereka dari kalangan graduan yang tidak memiliki iktisas pendidikan.

"Apa yang berlaku kini, kita ada Institut Pendidikan Guru (IPG) dan graduan pendidikan dari Universiti Awam (UA). Mereka ini sudah dilatih dalam pendidikan.

Namun sekiranya tempat yang ada tidak dapat dipenuhi graduan pendidikan ini, kita akan buka kepada lain. Selepas saringan dan mereka dapat tawaran, latihan akan diberikan kepada graduan yang tiada iktisas pendidikan ini.

"Mereka akan diberi latihan bagi memastikan dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang baik.," katanya.

Beliau berkata walaupun pengambilan dibuat secara terbuka, ia tidak bermakna kementerian berkompromi dengan kualiti guru.

"Kami akan pastikan supaya pendekatan ini tidak menjejaskan kualiti guru-guru yang bakal dilantik kelak," katanya.

Berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), Radzi berkata murid dan guru sudah mula membiasakan dengan prosesnya.


== berita harian
Salah satu punca kes banyak di sekolah asrama ialah dari ibubapa yang menziarahi anak mereka.
Ibubapa singgah kawasan hot spots dan terus peluk anak bila jumpa.
Anak pulak cium tangan ibubapa.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register