Covid-19 PKP 2.0 - PM umum Pakej Bantuan Khas

CG Sponsors




Sponsored Post

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Org melayu meniaga xbanyak yg daftar SSM..
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
26,008
Reaction score
3,798
Points
236
Bantuan RM500 - Pemandu Teksi, Bas Boleh Mohon Kepada APAD

19.01.2021 - Kuala Lumpur, Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), boleh dibuat menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD). Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam kenyataan hari ini berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan oleh APAD dalam masa terdekat.

“Sehingga kini, rekod terdahulu menunjukkan terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekali gus menyukarkan proses penyaluran bantuan dibuat,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan PERMAI yang bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif, berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan. Antara inisiatif bagi pemain industri pengangkutan termasuk bantuan one-off berkenaan yang akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing dengan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

Selain itu, kerajaan turut memberi pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama lima tahun, berbanding tujuh tahun sebelum ini. Syarikat jaminan pinjaman perniagaan akan memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi yang memberi jaminan 50 peratus ke atas pinjaman bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan.

Ia membolehkan pengusaha bas dan teksi menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah. Wee berkata pakej itu diharap memberi kelegaan dan nafas baharu kepada kepada pemain-pemain dalam industri pengangkutan dalam mengharungi waktu sukar akibat pandemik COVID-19.

Berita asal https://malaysiagazette.com/2021/01/19/bantuan-rm500-pemandu-teksi-bas-boleh-mohon-kepada-apad/
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,263
Reaction score
1,542
Points
201

PM dan Menteri ada drebar. Tak gaduh penat harung jem, tol bagai. Sampai rumah orang gaji dah siap sedia dengan dinner terbentang atas meja, tunggu basuh tangan dan suap ke mulut je.

Memang tak perlu I-Sinar. Memang tak perlu fikir sangat apa dalam peti sejuk. Memang tak kisah pun kedai makan tutup pukul 8 malam.

Hujung bulan Pak Menteri dapat gaji lebih RM80,000...yang nombor satu, gaji sebulan dah almost RM100,000.

Paling kalau nak cuak pun kalah pilihanraya je, tu pun pencen masih menimbun, saving masih berkepuk.

Bukan nak keji, benda yang bagus tetap kita puji, tapi dengarlah juga rakyat punya isihati.

Yang rakyat harap, gunakanlah kuasa yang ada untuk membantu mereka, kalau tak banyak pun boleh dibantu, janganlah pula sampai menyusahkan.

Setakat buat pengumuman depan kamera, pusing-pusing cerita sama, tak boleh disoal wartawan, tak boleh didebatkan di Parlimen, itu belum cukup champion.

Jangan marah kalau Makcik Kiah pun nanti dah mula nyampah.

Hanya nak ingatkan saja, maklumlah orang politik cepat nau terlupa.


FB_IMG_1611018806861.jpg
 

chel_fi82

Active+ Member
Joined
Nov 25, 2009
Messages
4,345
Reaction score
52
Points
40
#SiBodohKauDengarSini Bantuan RM15 billion. Siapa luluskan? Duit dari mana? Kita dapat apa?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register