Covid-19 PKP 2.0 - PM umum Pakej Bantuan Khas

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,551
Reaction score
12,176
Points
2,376
berita tv3 banjir pahang 44 masjid rosak teruk... tak tau la mcm mana nak setel tu
Tu yang betul memerlukan bantuan kerajaan sekarang
 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,899
Reaction score
12,065
Points
1,906
Pengumuman khas pakej Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia #PERMAI oleh PM Tan Sri Muhyiddin Yassin
[Infografik]

1610982842120.png

1610982851084.png

1610982858747.png

1610982866210.png

1610983026593.png
 

tokey99

Super Active Member
Joined
Jan 22, 2009
Messages
6,174
Reaction score
886
Points
121
Peniaga2 peniaga..gitulah selalu bila ada pengumuman bantuan..apakah dlm Malaysia ni xde org membeli?..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,551
Reaction score
12,176
Points
2,376
PAKEJ PERMAI | Bantuan Secara Langsung Untuk Golongan Memerlukan

Tidak sampai seminggu PKP, kerajaan telah mengambil kira segala keluhan, kerisauan rakyat dan peniaga.

Bagi pakar ekonomi, pengumuman pakej PERMAI bernilai RM15 bilion juga dilihat tepat pada masanya dan bersifat suntikan fiskal secara langsung di mana bantuan akan terus sampai kepada mereka yang memerlukan.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,899
Reaction score
12,065
Points
1,906
"Sehingga kini, rekod terdahulu menunjukkan terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekali gus menyukarkan proses penyaluran bantuan dibuat,"

Bantuan RM500: Pemandu teksi, bas boleh mohon kepada APAD
ec5ee8eeedd296a221f96323be9a829b5f64646a0fb5b.jpg



18/01/2021 11:08 PM

PUTRAJAYA, 18 Jan -- Permohonan bagi mendapatkan bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM500 kepada pemandu bas dan teksi yang diumumkan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI), boleh dibuat menerusi Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dalam kenyataan hari ini berkata maklumat lanjut mengenai perkara itu akan dimaklumkan oleh APAD dalam masa terdekat.
"Sehingga kini, rekod terdahulu menunjukkan terdapat kira-kira 600 pemohon yang layak tetapi masih belum berdaftar dengan APAD, sekali gus menyukarkan proses penyaluran bantuan dibuat," katanya.




Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan PERMAI yang bernilai RM15 bilion dengan 22 inisiatif, berteraskan kepada tiga matlamat utama iaitu memerangi wabak COVID-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.

Antara inisiatif bagi pemain industri pengangkutan termasuk bantuan one-off berkenaan yang akan memanfaatkan 14,000 pemandu pelancong serta 118,000 pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing dengan peruntukan tambahan sebanyak RM66 juta.

Selain itu, kerajaan turut memberi pengecualian duti eksais dan cukai jualan bagi tujuan pindah milik, pelupusan dan kegunaan persendirian teksi dengan syarat kenderaan dimiliki selama lima tahun, berbanding tujuh tahun sebelum ini.


Syarikat jaminan pinjaman perniagaan akan memperkenalkan Skim Rehabilitasi Sewa Beli Bas dan Teksi yang memberi jaminan 50 peratus ke atas pinjaman bagi bas terpilih seperti bas persiaran dan teksi daripada syarikat sewa beli dan pajakan.

Ia membolehkan pengusaha bas dan teksi menstruktur semula pinjaman mereka serta menikmati moratorium selama 12 bulan dan pembayaran balik bulanan yang lebih rendah.

Wee berkata pakej itu diharap memberi kelegaan dan nafas baharu kepada kepada pemain-pemain dalam industri pengangkutan dalam mengharungi waktu sukar akibat pandemik COVID-19.
-- BERNAMA

 
Sponsored Post
Top
Log in Register