BTC USD 100,814 Gold USD 3,367.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PKNS Serah Sumbangan RM100,000 Kepada Rumah Anak Yatim Damai Kuang

combat13

Super Active Member
Messages
6,251
Joined
Dec 18, 2007
Messages
6,251
Reaction score
201
Points
73
61cf4f90848622592636c57141a133c8663f6d5b9aeef


Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyerahkan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada Persatuan Kebajikan Rumah Anak Yatim Damai Kuang, Gombak, sempena majlis berbuka puasa anjuran perbadanan itu di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (Usaha Sama Strategik) PKNS, Ir. Md. Kamarzan Md. Rais kepada Pengurus Rumah Kebajikan berkenaan, Muhamad Syafiq Suhaimi.

Menurut PKNS, sumbangan itu bertujuan menyokong kelangsungan operasi serta memenuhi keperluan asrama dan anak-anak di rumah kebajikan tersebut.

Pada majlis yang sama, agensi itu melalui Persatuan Pegawai Kanan (SOA) PKNS turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM2,500 kepada rumah kebajikan berkenaan.

Selain itu, seramai 59 anak yatim dari rumah kebajikan tersebut turut diraikan dan menerima duit raya sebanyak RM50 setiap seorang.

Sumbangan ini mencerminkan keprihatinan PKNS terhadap golongan kurang bernasib baik, khususnya anak yatim, lebih-lebih lagi dalam keberkatan Ramadan.

Selain anak-anak yatim, majlis turut meraikan 500 kakitangan perbadanan itu.

Menurut PKNS, sebanyak RM166,100 telah diperuntukkan bagi menjalankan lapan siri program tanggungjawab sosial korporat (CSR) sempena Ramadan tahun ini.

Antara program tersebut ialah Shopping Raya Ramadan Kasih PKNS, iftar bersama golongan gelandangan dan rakan strategik, program solat serta tasbih berjemaah dan Iftar Ramadan Kasih PKNS.

 
Back
Top
Log in Register