Pistol Di Temui Bersama Mangsa Kemalangan Maut

Recommended Brokers


Xploit Machine

Legendary Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
10,366
Reaction score
2,121
Points
226
27.06.2019 - Kuala Lumpur, Sepucuk pistol ditemui bersama seorang pengawal keselamatan yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban dalam kejadian petang tadi.

Ketua JSPT Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, kejadian jam 1.05 petang itu berlaku selepas masuk ke Bulatan Kuda Sungai Besi dari arah Kuala Lumpur menghala ke arah Kajang.

Menurutnya, mangsa Mohd Fazlizal Ibrahim, 39 yang menunggang motosikal Yamaha Ego Avantiz maut akibat kecederaan bahagian muka.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang bersendirian dari arah Pusat Bandar ingin ke Nilai melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dipercayai telah hilang kawalan selepas cuba mengelak sebuah kenderaan lain.

“Mangsa kemudian terbabas sendiri dan melanggar tembok longkang yang berapa di tepi kiri jalan.

“Akibat kemalangan tersebut mangsa telah mengalami kecederaan di muka dan terjatuh di tepi jalan. Mangsa telah disahkan meninggal dunia di lokasi oleh paramedik dan dibawa ke Unit Forensik PPUKM bagi tujuan bedah siasat,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, turut dijumpai bersama-sama mangsa ialah senjata Api jenis P.99. “Siasatan kes diklasifikasikan di bawah Sek.41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.





Berita asal https://www.sinarharian.com.my/article/34746/BERITA/Tragedi/Pistol-ditemui-bersama-mangsa-kemalangan-maut
 
Top
Log in Register