BTC USD 59,142.0 Gold USD 1,802.42
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pisau lipat sambal tumis

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Pisau lipat yang ditemui dalam sambal tumis


KULIM - Seorang pekerja industri, Mohd Ridzuan Abdul Manaf 31, terkejut apabila mendapati terdapat pisau lipat dalam sambal ikan bilis yang dihidangkan di kantin kilang tempat dia bekerja.

Katanya, dia kemudiannya memaklumkan kecuaian dilaporkan kepada pengusaha kantin, tetapi ia tidak diendahkan sebaliknya pekerja kantin hanya membuang pisau itu sahaja, manakala sambal ikan bilis itu dijual semula.

“Cuba bayangkan kalau ada dia ntara pekerja kilang ini yang tertelan atau tergigit pisau itu, mereka pastinya akan mengalami kecederaan parah. Saya kesal masalah seperti ini tidak diendahkan semata-mata kami hanya pekerja kilang dan berpangkat rendah.

"Saya bersama beberapa rakan sekerja memaklumkan kejadian itu kepada pihak Sumber Manusia kilang, tetapi tidak ada sebarang tindakan diambil.

"Kami kecewa kerana sebelum ini, pengusaha kantin tidak menitik berat tentang kebersihan ketika menyediakan makanan bagi pekerja kilang seperti kami,” katanya.

Mangsa ditemui di pejabat Pengerusi Persatuan Pengguna Daerah Kulim, Mohd Zailan Hashim.

Mohd Zailan berkata, beliau meminta persatuan pengguna mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin terlibat, kerana ia membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja kilang.

Menurutnya, beliau sudah menghubungi Pejabat Sumber Manusia kilang terlibat dan meminta masalah itu disiasat.

Sekiranya enggan berbuat demikian, Persatuan Pengguna akan membuat laporan kepada Kementerian Kesihatan dan membuat pemeriksaan mengejut terhadap penyediaan makanan di kilang itu.

“Pisau dalam makanan bukan satu perkara yang harus dipandang remeh. Kita tidak boleh mengetepikan keselamatan pekerja biasa yang bukan terdiri dalam kalangan kakitangan berjawatan tinggi,” katanya.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/pisau-lipat-sambal-tumis-1.82896
 
Last edited:
Sponsored Post

fikirmanz

Fun Poster
Joined
Jul 9, 2009
Messages
888
Reaction score
3
Points
15
huhu lagi bahaya dari aku kene pagi tadi. dalam sambal sotong ade besi kawat pagar. dh b,karat plk 2..dalam pale pkir ni santau ke pedajal org nih?
 

rebellion

Legendary Member
Paid Membership
Joined
May 3, 2010
Messages
16,090
Reaction score
62
Points
135
pergh, bahaya2, hope settle baik2, jangan lipat lak penjual tu
 

rayz

Legendary Member
Joined
Jun 5, 2007
Messages
13,016
Reaction score
754
Points
161
Makanan luar memang kebersihan dan benda mcm ni xdpt dielakkan melainkan masak sendiri...


Haramjadah peniaga mcm ni, tau nk untung sj..


PISAU LIPAT SAMBAL TUMIS
KALO TGIGIT TTELAN MAMPUIH...
 

balqis07

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
kalau dah tak terjamin kerbesihannya lebih baiklah masak sendiri aje, disamping dijamin kebersihannya, dapat juga menjimatkan wang.....makan diluar pun bukannya murah sekarang ni.
 

sanz

Super Active Member
Joined
Jul 30, 2008
Messages
5,911
Reaction score
483
Points
81
kalau manusia normal macam aku ni makan, even tulang kecik pun leh terasa kat jari. maybe orang kulim ni jari dan mulutnya besar2 menyebabkan kalau tak perasan bila makan tu boleh tersuap skali pisau lipat tu.
 

Mad_Hatter

Super Active Member
Joined
Apr 12, 2011
Messages
9,831
Reaction score
1,513
Points
151
Kalau tertelan memang nahas la. Camne boleh termasuk pisau tu.
 

boyz371

CG Top Poster Club
ForexMart Fans
Joined
Aug 24, 2010
Messages
28,564
Reaction score
281
Points
131
fuh pisau lipat tu
tak hati2 jari pon leh luka
lau terkena mulut lagila
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register